Angkatan Tentera British

Angkatan Tentera British
British Armed Force

Cabang khidmat Panji Tentera Laut UK Tentera Laut Diraja
Lambang Komando Marin Kor Marin Diraja
Bendera Tentera Darat UK Tentera Darat British
Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Ibu pejabat Kementerian Pertahanan, London
Kepimpinan
Pemerintah Tertinggi Seri Paduka Baginda Raja Charles III
Setiausaha Pertahanan Yang Berhormat Ben Wallace
Ketua Turus Pertahanan Laksamana Sir Tony Radakin
Sedia berkhidmat
dalam tentera
14,607,724 lelaki, usia 15–49,
14,028,738 wanita, usia 15–49
Sesuai untuk
berkhidmat
12,046,268 lelaki, usia 15–49,
11,555,893 wanita, usia 15–49
Kakitangan aktif 191,900 (Okt 2008) (Kedudukan ke-26)
Kakitangan simpanan 191,300 simpanan biasa (April 2005)
42,300 simpanan sukarelawan (April 2005)
Perbelanjaan
Bajet TF 2008-09 - tempat ke-2 / ke-3
GBP £37.3 bilion [1]
Peratusan KDNK 2.5% (2008)

Angkatan Tentera British (bahasa Inggeris: British Armed Forcecode: en is deprecated ),[nb 1] juga dikenali sebagai Angkatan Tentera Kebawah Duli Yang Maha Mulia (bahasa Inggeris: Her/His Majesty's Armed Forcescode: en is deprecated ), merupakan angkatan tentera bagi United Kingdom, ia mengandungi tiga cabang perkhidmatan profesional: Tentera Laut Diraja dan Kor Marin Diraja yang membentuk Perkhidmatan Laut, Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja.

Selaku Raja dan Ketua Negara, Raja Charles III adalah Ketua Angkatan Tentera dan Pemerintah Tertinggi, kepadanya anggota-anggota tentera mengangkat sumpah taat setia. Di bawah undang-undang perlembagaan British, angkatan tentera berada di bawah Raja. Namun di bawah Akta 1689 tiada askar tetap yang boleh diselenggara sewaktu masa aman tanpa keizinan Parlimen; Parlimen memberikan keizinan ini setiap lima tahun dengan mengeluarkan satu Akta Angkatan Tentera. Angkatan tentera ditadbir oleh Majlis Pertahanan dalam Kementerian Pertahanan, yang dipimpin oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan.

Angkatan Tentera British ditugaskan dengan melindungi United Kingdom, jajahan-jajahan takluknya, serta menggalakkan kepentingan sekuriti Britain dengan lebih luas, dan membantu usaha-usaha pengaman antarabangsa. Mereka aktif dan merupakan peserta tetap dalam NATO dan operasi perikatan yang lain. Britain juga adalah anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Operasi terbaru perangnya di Afghanistan dan Iraq, campur tangan tahun 2000 di Sierra Leone, tugas-tugas pengaman di Balkan dan Cyprus, dan penglibatan PBB dalam campur tangan tentera di Libya 2011. Garison dan kemudahan luar negeri dikekalkan di Pulau Ascension, Belize, Brunei, Kanada, Diego Garcia, Kepulauan Falkland, Jerman, Gibraltar, Kenya, Qatar dan Pangkalan Tentera Berdaulat (Cyprus).

United Kingdom menguji senjata nuklear pertamanya di bawah Operasi Hurricane pada tahun 1952, menjadi negara ketiga yang mencapai status kuasa nuklear. Sehingga tahun 2012, Britain kekal salah sebuah dari lima kuasa nuklear yang diiktiraf, dengan jumlah 225 kepala peledak nuklear. Dari jumlah itu, tidak lebih 160 buah dikerahkan dan aktif. Sistem pencegahan nuklearnya berpusat pada peluru berpandu Trident diatas kapal selam peluru berpandu balistik yang berkuasa nuklear.

Lihat juga

Nota

  1. ^ Juga dirujuk sebagai Angkatan Tentera United Kingdom (bahasa Inggeris: Armed Forces of the United Kingdomcode: en is deprecated ).

Rujukan

Pautan luar

  • British Ministry of Defence
  • Support for Britain's Reservists & Employers Diarkibkan 2012-04-18 di Wayback Machine
  • British Armed Forces & National Service[pautan mati]
  • Military Knowledge Online Diarkibkan 2009-12-04 di Wayback Machine, MOD Defence Academy
  • The government’s expenditure plans 2005-06 to 2007-08 Diarkibkan 2012-10-18 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
United Kingdom Angkatan Tentera British
Pemerintah Tertinggi: Raja Charles III
Perdana Menteri: Rishi Sunak
Menteri Pertahanan: Ben Wallace
Ketua Turus Pertahanan: Laksamana Sir Tony Radakin
Naib Ketua Turus Pertahanan: Laksamana Sir Timothy Fraser
   

 Tentera Laut Diraja (1SL/CNS)

 Tentera British (CGS)

  • l
  • b
  • s
Kementerian Pertahanan United Kingdom
Angkatan Tentera
Majlis Pertahanan
Politik
  • Setiausaha Negara bagi Pertahanan
  • Menteri bagi Angkatan Tentera
  • Setiausaha Rendah Parlimen dan Menteri bagi Kelengkapan, Sokongan dan Teknologi Pertahanan
  • Menteri bagi Strategi Keselamatan Antarabangsa
  • Setiausaha Rendah Parlimen bagi Pertahanan dan Menteri Hal-Ehwal Veteran
Ketenteraan
Perkhidmatan Awam
  • Setiausaha Tetap Rendah Pertahanan
  • Setiausaha Tetap Rendah Kedua
  • Ketua Penasihat Saintifik
  • Ketua Material Pertahanan
  • Ketua Pengarah Kewangan
Lembaga tentera
Organisasi sokongan
  • Defence Business Services
  • Defence Equipment and Support
  • Defence Infrastructure Organisation
Agensi eksekutif
  • Defence Science and Technology Laboratory
  • Defence Support Group
  • United Kingdom Hydrographic Office
Badan awam bukan jabatan
  • National Army Museum
  • National Museum of the Royal Navy
  • Royal Air Force Museum
Kategori Category
  • l
  • b
  • s
Benua Amerika
Benua Eropah
Albania · Belanda · Belgium · Bulgaria · Croatia · Denmark · Estonia · Finland · Georgia · Hungary · Iceland · Jerman · Itali · Latvia · Lithuania · Luxembourg · Makedonia Utara · Perancis · Republik Czech · Norway · Poland · Portugal · Romania · Slovakia · Slovenia · Sepanyol · Sweden · Turki · United Kingdom · Yunani
  • l
  • b
  • s
Senarai anggota

Austria  · Belanda  · Belgium  · Bulgaria · Croatia  · Cyprus  · Denmark  · Estonia  · Finland  · Hungary  · Ireland  · Itali  · Jerman  · Latvia  · Lithuania  · Luxembourg  · Malta  · Perancis  · Poland  · Portugal  · Republik Czech  · Romania  · Sepanyol  · Slovakia  · Slovenia  · Sweden  · Yunani

Bendera Kesatuan Eropah
Bendera Kesatuan Eropah
Bekas anggota
  • l
  • b
  • s
Angkatan Tentera Eropah
Negara berdaulat
  • Albania
  • Armenia
  • Austria
  • Azerbaijan
  • Belarus
  • Belgium
  • Bosnia dan Herzegovina
  • Bulgaria
  • Croatia
  • Cyprus
  • Republik Czech
  • Denmark
  • Estonia
  • Finland
  • Perancis
  • Georgia
  • Jerman
  • Greece
  • Greenland
  • Hungary
  • Iceland
  • Ireland
  • Itali
  • Kazakhstan
  • Latvia
  • Lithuania
  • Luxembourg
  • Macedonia
  • Malta
  • Moldova
  • Monaco
  • Montenegro
  • Belanda
  • Norway
  • Poland
  • Portugal
  • Romania
  • Rusia
  • San Marino
  • Serbia
  • Slovakia
  • Slovenia
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Switzerland
  • Turki
  • Ukraine
  • United Kingdom
  • Vatican City
Senarai negara-negara
dengan pengiktirafan
terhad
  • Abkhazia
  • Kosovo
  • Nagorno-Karabakh
  • Utara Cyprus
  • Selatan Ossetia
  • Transnistria
Entiti lain
  • Kesatuan Eropah
Angkatan Tentera British
Tentera Darat British Tentera Darat BritishTentera Laut Diraja Tentera Laut DirajaTentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja