Bahasa Melayu Palembang

بهاس ملايو ڤاليمبڠ[a]
Baso Palembang
باسو ڤليمباڠAsli kepadaIndonesiaKawasanSumatera Selatan
  • Palembang
  • Banyuasin
  • Ogan Komering Ilir
EtnikMelayu Palembang[1]
Penutur bahasa
~3,930,000-4,500,000 (2023)[2]
Keluarga bahasa
Austronesia
  • Melayu-Polinesia
    • Melayu-Sumbawa
      • Melayik
        • Melayu
          • Musi
            • Bahasa Melayu Palembang
Bentuk piawai
Palembang BandarDialek/loghat
  • Palembang Sari-sari
  • Palembang Alus
Sistem penulisan
SumberBadan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan[3][4]Status rasmi
Bahasa rasmi di
Sumatera Selatan[5] (ditakrifkan sebagai bahasa daerah bumiputera bersama dengan bahasa rasmi kebangsaan Indonesia)Dikawal selia olehBadan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan[5]Kod bahasaISO 639-3muiGlottologpale1264
FramelessTengok peta negeri bahasa ni rasmi bersama bahasa kebangsaan
Tengok peta wilayah asal-usul bahasa ni
Koordinat: 2°59′30″S 104°45′49″E / 2.991732°S 104.763473°E / -2.991732; 104.763473Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.
Kulit buku Pedoman Ejaan Bahasa Palembang, yang dikeluarkan oleh Jabatan Bahasa Palembang, Pusat Linguistik Negeri Sumatera Selatan, tahun 2007[4]

Bahasa Palembang (بهاس ڤلامبڠ), juga dikenali sebagai Melayu Palembang (ملايو ڤلامبڠ) (Baso Palembangcode: mui is deprecated ) adalah bahasa ibu kepada Orang Melayu Palembang yang berasal daripada wilayah Palembang. Bahasa ini diguna pakai oleh lebih kurang 3.93 juta penduduk (mengikut kajian selidik 2023) sebagai bahasa ibu bagi penduduk tempatan Sumatera Selatan, bersama dengan lingua franca daerah popular lain di wilayah itu bahasa Melayu Basemah.

Kelas

Bahasa Melayu Palembang mempunyai dua kelas sosial, iaitu Baso Pelembang Alus atau Bebaso dan Baso Pelembang Sari-sari meski mengelaskan bahasa semacam ini sangat jarang diguna pakai. Baso Pelembang Alus dipergunakan dalam percakapan dengan ketua komuniti, orang-orang tua, atau orang-orang yang dihormati, terutama dalam upacara-upacara adat. Perbendaharaan kata dalam kelas bahasa ini mirip dengan Kromo yang ada pada bahasa Jawa, sementara sari-sari sendiri lebih menyerupai bentuk bahasa basahan dalam Bahasa Melayu Klasik, utiliti pada kelas ini tentu sesuai dengan namanya dalam sebutan dialek tempatan.

Amnya bahasa Melayu Palembang berasal daripada Bahasa Melayu Klasik, dibuktikan dengan penggunaan kata misal pacal (bermakna menyebut hamba dengan kasar) dan pelbagai kata lain yang takrif dalam dialek. Selepasnya saki-baki keturunan Sang Sapurba, ditewaskan oleh Raja-raja Jawa dari yang meluaskan pengaruh mereka yaitu Kerajaan Demak dan Kerajaan Mataram yang mempengaruhi perbendaharaan kata bahasa ini dan memperkenalkan cara berbahasa halus dan tata susila yang diambil daripada Kromo.[perlu rujukan] Loghat dalam Bahasa Melayu Palembang untuk kelas Alus maupun Sari-sari dipengaruhi oleh loghat daripada bahasa Lampung meskipun hanya sedikit perbendaharaan kata bahasa itu yang masuk.

Bahasa Melayu Palembang mempunyai kesamaan dengan dialek Melayu di wilayah di sekitarnya, seperti Jambi dan Bengkulu. Di kedua-dua daerah ini, akhiran 'a' pada kosa kata bahasa Melayu bertukar kepada 'o' berbeza dengan Riau dan Pontianak yang banyak menukar akhiran 'a' kepada 'e'. Pada dialek bahasa-bahasa Melayu di wilayah itu, pemadaman huruf 'h' pada awal, tengah dan akhir kata ialah perkara yang lazim berlaku. Inversi jika merujuk kepada dialek Riau dan Pontianak yang memperkasakan huruf 'h' pada awal, tengah dan akhir kata.

Perbandingan ayat antara bahasa

Melayu Palembang (Sari-Sari) Indonesia Melayu Piawai Minangkabau
Deklarasi Universal Pasal Hak Asasi Manusiocode: mui is deprecated Pernyataan Umum tentang Hak-Hak Asasi Manusiacode: id is deprecated Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagatcode: zsm is deprecated Deklarasi Sadunia Hak-Hak Asasi Manusiacode: min is deprecated
Pasal 1 Pasal 1 Perkara 1 Pasal 1
Segalo manusio dilaherke merdeka, serto bemartabat dengen hak-hak yang samo. mereka dikaruniai akal dengen hati nurani, dan hendaknyo begaul dengen sikok samo laen dalam semangat bedolor.code: mui is deprecated Semua orang dilahirkan merdeka dan mempunyai martabat dan hak-hak yang sama. Mereka dikaruniai akal dan hati nurani dan hendaknya bergaul satu sama lain dalam semangat persaudaraancode: id is deprecated Semua manusia dilahirkan merdeka dan mempunyai martabat dan hak-hak yang sama. Mereka mempunyai pemikiran dan hati nurani dan hendaklah bergaul antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.code: zsm is deprecated Sadonyo manusia dilahiakan mardeka dan punyo martabat sarato hak-hak nan samo. Mareka dikaruniai aka jo hati nurani, supayo satu samo lain bagaul sarupo urang badunsanak.code: min is deprecated

Bibliografi

  • P.D. Dunggio, dkk. Struktur Bahasa Melayu Palembang

Nota

  1. ^ digunakan pakai Kesultanan Palembang
  2. ^ diguna pakai masa Kesultanan Palembang

Rujukan

  1. ^ Kewarganegaraan, Suku Bangsa, Agama, dan Bahasa Sehari-hari Penduduk Indonesia (Hasil Sensus Penduduk 2010) [Bancian Warganegara, Bangsa, Ugama, dan Bahasa Ibu Rakyat Indonesia (Hasil Banci 2010)] (dalam bahasa Indonesia), Jakarta: Central Bureau of National Statistics of the Republic of Indonesia, 2010
  2. ^ Templat:E22
  3. ^ "Pedoman Ejaan Bahasa Palembang". Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (dalam bahasa Indonesia).
  4. ^ a b Trisman, Bambang; Amalia, Dora; Susilawati, Dyah (2007). Twilovita, Nursis (penyunting). Pedoman Ejaan Bahasa Palembang [Palembang Spelling System Guidelines] (dalam bahasa Indonesia). Palembang: Balai Bahasa Palembang, Provinsi Sumatera Selatan, Pusat Bahasa, Departemen Pendidikan Nasional. OCLC 697282757.
  5. ^ a b Pemetaan bahasa-bahasa di Sumatera Selatan [Languages Mapping in South Sumatra]. Linguistic Development Agency, Ministry of Education and Culture of Republic Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Palembang: South Sumatra Linguistic Center. 2017. ISBN 9786021494547.

Pautan luar

  • Penerapan Sejarah Lisan dalam Sejarah Lokal oleh Nurhabsyah[pautan mati kekal]
  • (Indonesia) Struktur Bahasa Palembang Diarkibkan 2009-08-22 di Wayback Machine
  • PLG110X Learning Blog
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkenaan Indonesia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s