Bintulu

Bintulu
بنتولو
Pusat bandar di Bintulu
Pusat bandar di Bintulu
Mohor rasmi Bintulu بنتولو
Bintulu Development Authority
Nama panggilan: Bandar Minyak, Kota Tenaga Sarawak
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Telah wujudTidak jelas (diserahkan kepada Rajah Brooke dari Kesultanan Brunei pada tahun 1861)
Pentadbiran
 • Pengurus Besar Pihak Berkuasa Pembangunan Bintulu (BDA)Puan Rodziah Hj. Morshidi[1]
Keluasan
 • Jumlah2,515 km2 (1,563 batu persegi)
Penduduk
 (2014)[perlu rujukan]
 • Jumlah266,200
 • Pemeringkatankawasan bandar ketiga terbesar di Sarawak
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Not observed
Laman sesawangwww.bda.gov.my

Koordinat: 3°10′N 113°02′E / 3.167°N 113.033°E / 3.167; 113.033 Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak, Malaysia yang menghadap Laut China Selatan di baratnya. Bandar Bintulu membangun dengan pesat dengan terdapat sumber gas asli di luar pantai Sarawak dan sebagai bandar raya ketiga di Sarawak. Ia terletak 650 km dari Kota Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2.

Menurut cerita penduduk tempatan, nama Bintulu diambil sempena perkataan ‘metuk ulau’ dalam dialek Melanau Bintulu yang bererti mengambil kepala yang dibuang di sungai.

Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar raya antarabangsa.

Sebuah loji pemproses gas asli iaitu, Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Ia menjadi pengalak kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.

Pelabuhan Bintulu di Tanjung Kidurong turut dibina dan berkembang maju. Tanjung Kidurong dahulunya ialah sebuah hutan rimba yang terkenal sebagai tempat perburuan rusa. Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 1981 bagi melicinkan pembinaan pelabuhan serta bertanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.

Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain kepada petani-petani di Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN.

Kampus Universiti Pertanian Malaysia turut dibina. Kini ia dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. UPM Kampus Bintulu ini bukanlah suatu nama baru sebagai destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa.

Pada masa kini, terdapat lebih daripada 8 buah sekolah menengah dan 50 buah sekolah rendah di Bintulu. Di antara sekolah-sekolah menengah tersebut, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan-peperiksaan umum.

Bandar Bintulu juga turut mempunyai sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa, iaitu lapangan Terbang Bintulu dan ia terletak 23 kilometer dari pusat bandar Raya. Lapangan terbang yang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter berupaya menampung pendaratan kapal terbang jenis Airbus A330 untuk mendarat di landasan Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara, seperti Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang yang baru ini.

Bandar Bintulu juga mempunyai pelbagai fasaliti sukan dan beberapa kemudahan tempat rekreasi yang baik. Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, 32 gelanggang tenis, 8 buah gelanggang skuash, 16 buah gelanggang bola keranjang, 25 buah gelanggang sepak takraw, 14 buah padang bola sepak, 4 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah padang hoki.

Selain daripada kemudahan-kemudahan tersebut, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang Lembaga Kemajuan Bintulu berdekatan Dewan Suarah, serta sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.

Padang Golf 18-lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar bahkan mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri di situ sebagai pusat operasinya.

Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman Negara Similajau.

Tempat-tempat menarik

  • Tugu Dewan Undangan Negeri
  • City Point (Mall)
  • Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu
  • Pasar Malam
  • Masjid Assyakirin
  • Tokong Kuan Yin Tong
  • Pantai Tanjung Batu
  • Taman Tumbina (Zoo)
  • Kelab Golf Kidurong
  • Taman Negara Similajau
  • Parkcity Mall (Mall)
  • Bintulu Waterfront Promenade
  • Time Squre Mall
  • Bintulu paragon Mall
  • Bintulu central
  • Commercial centre Mall
  • Mardiah Beach Resort
  • Medan Mall Bintulu
  • Bintulu city Mall
  • Menara LNG
  • ABF Beach
  • Kidurong Central
  • Menara pelabuhan Kidurong
  • Kidurong Club
  • MacDonald Bintulu
  • Taman Millenium Bintulu
  • Taman Pendustrian Samalaju
  • Perhentian 1Malaysia
  • Kolam Renang Awam Bintulu
  • Ibraco Bintulu
  • Similajau Beach
  • Spring Mall Bintulu
  • Airport Bintulu
  • Perpuskataan Bintulu
  • Taman Pendustrian Samalaju
  • Bourlevard Bintulu
  • Stadium Bintulu
  • KFC Bintulu
  • Farley Bintulu
  • The Peak Bintulu

Pautan luar

  • [http://ww

w.dromoz.com/directory/maps/?epid=18648 Peta-peta tentang Bintulu]

  • Forum perbincangan Bintulu

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BDA tidak disediakan
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian Pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah Kecil
Bahagian Perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •