Daerah Kecil Budu

Daerah Kecil Nanga Budu
Daerah Kecil
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°45′45″N 111°30′15″E / 1.76250°N 111.50417°E / 1.76250; 111.50417Koordinat: 1°45′45″N 111°30′15″E / 1.76250°N 111.50417°E / 1.76250; 111.50417
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Budu
Keluasan
 • Jumlah290.01 km2 (111.97 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah3,607
 • Kepadatan12/km2 (32/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
95xxxx

Daerah Kecil Budu (atau Daerah Kecil Nanga Budu; Cina: 南嘉布都副县, bahasa Inggeris: Nanga Budu Sub-Districtcode: en is deprecated ) ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu.[2] Jumlah penduduknya ialah seramai 3,607 orang pada tahun 2010. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah kecil ini ialah beretnik Iban dan kebanyakan penduduk menganut agama Kristian.[3][4] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Nanga Budu. Ia memiliki luas sebanyak 290 km2.[5]

Pentadbiran

Daerah Kecil Budu sepenuhnya dibawah seliaan Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu/Budu. Terdapat 41 rumah panjang Iban yang berlokasi di Daerah Kecil Budu pada tahun 2010. Secara amnya, orang Iban tinggal di rumah panjang yang terletak di tepi sungai dan di tepi jalan raya. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan tugas harian penduduk setempat.[4] Daerah Kecil Budu ditadbir oleh seorang pegawai daerah; pemegang jawatan terkini ialah Laga Kueh.[6][7]

Demografi

Jumlah penduduk yang menetap di Daerah Kecil Budu ialah seramai 3,607 orang pada tahun 2010. Majoriti penduduk ialah beretnik Iban. Sebilangan besar penduduk di Budu beragama Kristian. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa yang yakin akan kepercayaan nenek moyang mereka sendiri.[4] Berdasarkan, bancian Malaysia 2010, jumlah penduduk yang beretnik Iban ialah seramai 3,515 orang dan diikuti oleh etnik Melayu (52 orang), Bidayuh dan Cina (masing-masing ialah 16 dan 12 orang), etnik bumiputera lain (7 orang) dan paling sedikit ialah etnik India serta lain-lain (1 orang). Jumlah penduduk orang Melanau adalah sifar di Daerah Kecil Budu.[3]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[3]
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 3,604 Melayu 52
2 Iban 3,515
3 Bidayuh 16
4 Melanau 0
5 Bumiputera Lain 7
6 Cina 12
7 India 1
8 Lain-lain
9 Bukan warganegara 3 Tiada data 3

Rujukan

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  4. ^ a b c "Population Old Traditions Conserved" [Populasi Tradisi Lama Terperlihara] (dalam bahasa Inggeris). Laman Web Komuniti Desa. 2010-03-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2013. Dicapai pada 2 Ogos 2013.
  5. ^ "Demografi Daerah Saratok". betong.sarawak.gov.my/saratokdo. Majlis Daerah Saratok. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 16 Jun 2021 – melalui Pentadbiran Bahagian Betong.
  6. ^ "Petanque MAKSAK 2020: Misi Betong pertahankan juara". utusanborneo.com.my. Utusan Borneo. 8 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  7. ^ "Pejabat Daerah Kecil Budu". betong.sarawak.gov.my/saratokdo. Majlis Daerah Saratok. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 16 Jun 2021 – melalui Pentadbiran Bahagian Betong.

Pautan luar

  • Pentadbiran Bahagian Betong. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian Pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah Kecil
Bahagian Perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •