Chonburi

ชลบุรี
Chonburi
Lokasi Chonburi
Keluasan:4,363.0 km²
Jumlah penduduk1,040,865 (tahun 2000)
Kepadatan:239 inh./km²

Wilayah Chonburi (bahasa Thai ชลบุรี) ialah sebuah wilayah (changwat) di Thailand. Wilayah-wilayah berjiran termasuk (arah ikut jam dari utara) Chachoengsao, Chanthaburi dan Rayong. Teluk Thailand terletak di barat.

Geografi

Wilayah Chonburi terletak di Teluk Bangkok di hujung utara Teluk Thailand. Sebuah banjaran gunung terbentang dari barat laut ke tenggara wilayah ini, manakala dataran subur di utara telah lama digunakan untuk pertanian. Laem Chabang di bahagian selatan wilayah ini ialah salah satu pelabuhan yang dalam di Thailand.

Pelbagai

Sehingga dekad 1960-an, Pattaya adalah sebuah kampung perikanan tetapi semasa perang Vietnam, askar-askar Amerika Syarikat mengasaskan sebuah pangkalan yang terletak berhampirannya, dan Pattaya tumbuh dengan pantas dan menjadi sebuah lokasi pelancongan yang utama di Thailand.

Jambori Pengakap Dunia Ke-20 yang diadakan oleh Gerakan Pengakap Pertubuhan Dunia menarik 30,000 orang pengakap remaja ke pangkalan tentera laut yang berhampiran dengan kampung Sattahip. Kegiatan-kegiatan jambori ini termasuk kesedaran terhadap persoalan dunia, wadah sains & teknologi Thailand, pertandingan-pertandingan gaya balapan berhalang antara negara, serta permainan agung kriket, "Ashes" (dimenangi oleh Australia).

Lambang

Mohor wilayah menunjukkan bukit Kao Sam Muk, tempat kuil suci. Orang-orang tempatan mempercayai bahawa makhluk halus gunung ini melindungi nelayan-nelayan daripada bahaya.

Pokok dan bunga wilayah ialah Padouk (Plerocapus indicus).

Bahagian-bahagian pentadbiran

Peta Amphoe
Peta Amphoe

Wilayah Chonburi dibahagikan kepada 10 daerah (Amphoe) dan satu daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah itu dibahagikan lagi menjadi 92 buah komun (tambon) dan 691 buah kampung (muban).

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Chon Buri
  2. Ban Bueng
  3. Nong Yai
  4. Bang Lamung
  5. Phan Thong
  1. Phanat Nikhom
  2. Si Racha
  3. Ko Sichang
  4. Sattahip
  5. Bo Thong
  1. Ko Chan

Lihat juga

  • Chonburi FC

Pautan luar

  • Halaman wilayah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand


  • l
  • b
  • s
Wilayah di Thailand
Ibu negara: Bangkok
Utara
Chiang Mai  · Chiang Rai  · Lampang  · Lamphun  · Mae Hong Son  · Nan  · Phayao  · Phrae  · Uttaradit
Wilayah di Thailand
Timur Laut
Tengah
Barat
Timur
Chachoengsao  · Chanthaburi  · Chonburi  · Prachinburi  · Rayong  · Sa Kaeo  · Trat
Selatan
Chumphon  · Krabi  · Nakhon Si Thammarat  · Narathiwat  · Pattani  · Phang Nga  · Phattalung  · Phuket  · Ranong  · Satun  · Songkhla  · Surat Thani  · Trang  · Yala