Samut Prakan

Samut Prakan
สมุทรปราการ
frames
frames
Ibu kota Samut Prakan
Gabernor Sukhumrat Saribut
(sejak 2005)
Keluasan 1,004.1 km2
Tangga ke-70
Jumlah
Penduduk
1,028,401 (2000)
Tangga ke-18
Kepadatan
Penduduk
1,024/km2
Tangga ke-3
ISO 3166-2 TH-11
Arca raksasa Erawan, dewa gajah tiga kepala, terletak di Samut Prakan.

Samut Prakan (Bahasa Thai: สมุทรปราการcode: th is deprecated ) ialah salah satu wilayah (changwat) Thailand yang terletak di tengah negara ini. Wilayah-wilayah berjiran termasuk Bangkok yang bersempadan di utara serta barat, dan Chachoengsao di timur.

Lapangan Terbang Suvarnabhumi terletak di daerah Bang Phli di wilayah ini.


Sejarah

Wilayah Samut Prakan diasaskan pada zaman Ayutthaya, dengan pusat pentadbirannya di Prapadaeng. Tempat ini merupakan sebuah pelabuhan yang dilindungi oleh kubu-kubu, serta parit dan dinding kota.

Raja Rama II memulakan pembinaan pusat barunya di Samut Prakan pada tahun 1819 selepas pendahulunya, Raja Taksin meruntuhkan semua struktur pengukuhan kota ini. Sebanyak enam buah kubu dibina di kedua-dua belah Sungai Chao Phraya, dan pagoda Phra Samut Chedi dibina di sebuah pulau yang terletak di sungai itu. Antara enam buah kubu yang asal ini, hanya dua masih wujud pada hari ini, iaitu Phi Sua Samut and Phra Chulachomklao.

Nama "Samut Prakan" bermaksud kubu (prakan} laut (samut).

Geografi

Samut Prakan terletak di muara Sungai Chao Phraya dan mempunyai garis pinggir laut sepanjang 47.2 kilometer di Teluk Thailand. Oleh itu, wilayah ini kadang-kala digelarkan Pak Nam (ปากน้ำ), iaitu perkataan Thai untuk "muara".

Bahagian wilayah di sebelah barat sungai terdiri terutamanya daripada sawah-sawah padi dan kolam-kolam udang, serta hutan paya bakau, sedangkan bahagian timur ialah pusat bandar, termasuk kilang-kilang perindustrian. Kota Samut Prakan merupakan sebahagian metropolis Bangkok. Pembandaran di kedua-dua belah sempadan wilayah adalah sama sahaja.

Tarikan pelancong

  • Simpanan Alam Bang Pu yang terletak lebih kurang 12 kilometer di kiri pusat bandar, mempunyai sejumlah burung yang besar. Tambangan Sakdi di Bang Pu amat popular dengan orang-orang Thai yang memberi makan kepada burung-burung camar, khususnya pada musim sejuk. Diasaskan secara rasmi pada tahun 2004 sempena hari jadi Permaisuri Sirikit yang ke-72, taman ini dikendalikan bersama-sama oleh Tentera Darat Diraja Thai dan WWF Thai.
  • HTMS Maeklong, bekas kapal Tentera Laut Diraja Thai ditambat dengan konkrit di Kubu Chulachomklao. Kubu ini terletak di muara Sungai Chao Phraya di Amphoe Phra Samut Chedi.
  • Dua tarikan pelancong yang utama dalam wilayah ini terletak di Amphoe Mueang Samut Prakan yang merupakan daerah ibu kota:
  1. Mueang Boran atau "Kota Kuno", sebuah taman yang menampilkan replika kecil untuk semua bangunan bersejarah yang utama di Thailand; dan
  2. Ladang Buaya.
  • Selain daripada merupakan tapak untuk Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Amphoe Bang Phli amat masyhur untuk Perayaan Bunga Teratai Tahunan (Rap Bua) yang diadakan pada bulan purnama setiap Oktober.

Lambang

Mohor wilayah menampilkan kuil Phra Samut Chedi yang merupakan tempat sembahyang agama Buddha yang terpenting di wilayah ini.

Pokok wilayah ialah Thespesia populnea .

Bahagian pentadbiran

Peta Samut Prakan

Wilayah Samut Prakan dibahagikan kepada 5 buah daerah (Amphoe) dan satu daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 50 buah komun (tambon) dan 396 buah desa. Untuk pilihan raya umum, wilayah ini dibahagikan kepada 7 kawasan pilihan raya.

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Samut Prakan
  2. Bang Bo
  3. Bang Phli
  4. Phra Pradaeng
  5. Phra Samut Chedi
  1. Bang Sao Thong

Pautan luar

  • Laman wilayah daripada Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand
  • paknam.com Laman web Sekolah Sriwittayapaknam
  • Laman web rasmi wilayah Samut Prakan – bahasa Thai
  • l
  • b
  • s
Wilayah di Thailand
Ibu negara: Bangkok
Utara
Chiang Mai  · Chiang Rai  · Lampang  · Lamphun  · Mae Hong Son  · Nan  · Phayao  · Phrae  · Uttaradit
Wilayah di Thailand
Timur Laut
Tengah
Barat
Timur
Selatan
Chumphon  · Krabi  · Nakhon Si Thammarat  · Narathiwat  · Pattani  · Phang Nga  · Phattalung  · Phuket  · Ranong  · Satun  · Songkhla  · Surat Thani  · Trang  · Yala
Ikon tunas

Rencana berkenaan Thailand ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s