Christoph Metzelder

Christoph Metzelder
Maklumat peribadi
Nama penuh Christoph Tobias Metzelder[1]
Tarikh lahir (1980-11-05) 5 November 1980 (umur 43)
Tempat lahir Haltern, Jerman Barat
Ketinggian 1.94 m (6 ka ​4 38 in)
Posisi permainan Bek tengah
Kerjaya remaja
1986–1995 TuS Haltern
1995–1996 Schalke 04
1996–1998 Preußen Münster
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2000 Preußen Münster 32 (4)
2000–2007 Borussia Dortmund 126 (2)
2007–2010 Real Madrid 23 (0)
2010–2013 Schalke 04 52 (2)
2013–2014 TuS Haltern 1 (0)
Jumlah 234 (8)
Pasukan kebangsaan
2000–2001 Jerman B21 9 (1)
2001–2008 Jerman 47 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Christoph Tobias Metzelder (lahir 5 November 1980) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi bek tengah.[2]

Kerjaya

Borussia Dortmund

Metzelder telah dilahirkan di Haltern, North Rhine-Westphalia. Pada musim panas 2000, beliau menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund dari kelab divisyen bawahan, SC Preußen Münster. Pada penghujung musim 2000-01, beliau membuat debut buat pasukan Jerman pada perlawanan persahabatan menentang Hungary pada 15 Ogos 2001.

Musim keduanya di Dortmund membawa Metzelder termasuk dalam skuad Piala Dunia 2002. Kemudian, beliau terlepas kebanyakan perlawanan musim 2003-04 akibat kecederaan tendon[3] dan hanya bermain sebanyak 16 perlawanan liga pada musim berikutnya.

Selepas dua tahun ketinggalan daripada skuad kebangsaan, Metzelder dipanggil oleh pengurus baru, Jürgen Klinsmann untuk perlawanan persahabatan menentang China pada Oktober 2005.[4] Beliau kemudian menjaringkan gol liga buat kali pertamanya menentang 1. FSV Mainz 05.

Real Madrid

Pada 18 April 2007, selepas Metzelder gagal untuk memperbaharui kontraknya di Borussia,[5] Metzelder berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada penghujung musim secara percuma.[6] Pada Februari 2008, beliau mengalami kecederaan lalu membuat pembedahan pada kakinya. Oleh yang demikian, beliau tidak dapat untuk beraksi pada perlawanan pusingan-16 Liga Juara-Juara menentang Roma. Beliau kembali daripada kecederaan dan beraksi pada perlawanan menentang Real Zaragoza, perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Metzelder beraksi pada kesemua perlawanan Jerman di Euro 2008. Beliau berganding dengan Per Mertesacker di bahagian pertahanan. Metzelder meninggalkan Real Madrid selepas kontraknya tamat pada 30 Jun 2010.

Pulang ke Jerman

Pada 27 April 2010, Metzelder bersetuju untuk menandatangani kontrak tiga tahun bersama FC Schalke 04 selepas 15 tahun meninggalkan pasukan itu ketika di akademi Schalke 04. Beliau membuat debut untuk Schalke pada perlawanan liga dengan berkesudahan tewas 1-2 kepada Hamburg.

Metzelder tampil pada perlawanan Liga Juara-Juara yang menyaksikan Schalke berjaya melangkah ke separuh akhir. Beliau juga bermain untuk Schalke pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2011 menentang MSV Duisburg, Schalke menang 5–0.

Pada Mei 2013, Metzelder pada usia 32 tahun mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada penghujung musim 2012-13.

Penghargaan

Kelab

Borussia Dortmund
Real Madrid
Schalke
  • DFB-Pokal: 2010–11
  • DFL-Supercup: 2011

Antarabangsa

Jerman

Individu

  • Anugerah Bravo: 2002

Statistik kerjaya

Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Borussia Dortmund 2000–01 19 0 2 0 0 0 21 0
2001–02 25 0 1 0 12 0 38 0
2002–03 24 0 1 0 10 0 35 0
2003–04 0 0 0 0 1 0 1 0
2004–05 16 0 0 0 0 0 16 0
2005–06 23 2 1 0 0 0 24 2
2006–07 19 0 0 0 0 0 19 0
Jumlah 126 2 5 0 21 0 152 2
Sepanyol Real Madrid 2007–08 9 0 1 0 3 0 13 0
2008–09 12 0 2 0 1 0 15 0
2009–10 2 0 1 0 0 0 3 0
Jumlah 23 0 4 0 4 0 31 0
Jerman Schalke 04 2010–11 32 1 6 0 10 0 48 1
2011–12 16 1 0 0 3 0 19 1
2012–13 4 0 2 0 1 0 6 0
Jumlah 52 2 8 0 14 0 73 2
Jumlah kerjaya 201 4 17 0 39 0 256 4

Catatan

  1. ^ "FIFA World Cup Germany 2006 – List of players" (PDF). FIFA. m/s. 12. Dicapai pada 26 July 2013.
  2. ^ "Christoph Metzelder, Germany's composed and confident defender". UNICEF. 21 June 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-13. Dicapai pada 15 September 2013.
  3. ^ "Metzelder needs second operation". UEFA.com. 20 October 2003. Dicapai pada 8 April 2010.
  4. ^ "Metzelder set for a happy return". UEFA.com. 11 October 2005. Dicapai pada 8 April 2010.
  5. ^ "Dortmund to split with Metzelder". UEFA.com. 5 March 2007. Dicapai pada 8 April 2010.
  6. ^ "Metzelder to make mark in Spain". UEFA.com. 9 July 2007. Dicapai pada 8 April 2010.

Pautan luar

  • Christoph Metzelder di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
  • BDFutbol profile
  • (Inggeris) Profil Christoph Metzelder di National-Football-Teams.com
  • Tapak web rasmi (Jerman)
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Stefan Reuter
Kapten Borussia Dortmund
2003–2004
Diikuti oleh:
Christian Wörns
Skuad Jerman
  • l
  • b
  • s
Skuad JermanNaib juara Piala Dunia FIFA 2002
Jerman
  • l
  • b
  • s
Skuad JermanTempat ketiga Piala Dunia FIFA 2006
Jerman
  • l
  • b
  • s
Skuad JermanEuro 2008
Jerman
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
Persondata
Nama Metzelder, Christoph
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas German footballer
Tarikh kelahiran 5 November 1980
Tempat kelahiran Haltern, West Germany
Tarikh kematian
Tempat kematian