Ernst Udet

Ernst Udet
Generaloberst Ernst Udet pada Julai 1940
Kelahiran26 April 1896
Frankfurt am Main
Meninggal dunia17 November 1941(1941-11-17) (umur 45)
Berlin
DisemadikanInvalidenfriedhof di Berlin
Kesetiaan
  •  Empayar Jerman (hingga 1918)
  •  Republik Weimar (hingga 1919)
  •  Jerman Nazi
Perkhidmatan
Tahun perkhidmatan1914–1919, 1934–1941
Pangkat
  • Oberleutnant (Empayar Jerman)
  • Generaloberst (Jerman Nazi)
UnitPerang Dunia I: FA 68, FA(A) 206, KEK Habsheim, Jastas 4, 11, 15, 37
ArahanPerang Dunia I: Jasta 37, Jasta 4
PertempuranPerang Dunia I
Anugerah

Kolonel Jeneral Ernst Udet (26 April 1896 – 17 November 1941) ialah seorang ace Jerman yang mendapat skor kedua tertinggi dalam Perang Dunia I. Beliau adalah salah seorang ace termuda dan merupakan ace Jerman yang mendapat skor tertinggi yang masih hidup selepas perang (pada usia 22 tahun).[1] 62 kemenangannya yang disahkan telah berada hanya ditempat kedua selepas Manfred von Richthofen, yang merupakan komandernya dalam Sarkis Terbang. Udet naik menjadi komander skuadron dibawah Richthofen, dan kemudian dibawah Hermann Göring.

Susulan dari kekalahan Jerman, Udet menghabiskan masa pada tahun 1920an dan awal 1930an sebagai seorang juruterbang aerobatik, juruterbang lagak ngeri antarabangsa, pengeluar pesawat ringan, dan playboy. Pada tahun 1933, beliau menyertai Parti Nazi yang memerintah dan mula terlibat dalam pembangunan awal Luftwaffe. Beliau menggunakan kemahiran rangkaian untuk menjadi pengarah kajian dan pembangunan bagi tentera udara yang sedang berkembang. Beliau sangat berpengaruh dalam penggunaan teknik pengebom junam seperti Stuka. Menjelang 1 Februari 1939, Udet telah naik ke jawatan Ketua Pengarah Kelengkapan Luftwaffe merangkap Ketua Pejabat Perancangan Luftwaffe dan Inspektor Jeneral Pasukan Pejuang. Walau bagaimanapun, tekanan jawatan dan kebenciannya terhadap tugas-tugas pentadbiran menyebabkan peningkatan ketagihan arak.

Apabila Perang Dunia II bermula, keperluan untuk kelengkapan Luftwaffe mengatasi kapasiti pengeluaran Jerman. Bekas sahabat Udet iaitu Hermann Göring telah mula berbohong kepada Adolf Hitler tentang kekurangan material ini selepas Luftwaffe kalah dalam Pertempuran Britain, maka kemarahan Führer dihalakan kepada Udet.

Operasi Barbarossa, apabila Jerman menyerang Soviet Union lantas membuka barisan kedua dalam peperangan, didapati menjadi mimpi ngeri terakhir buat Udet. Pada 17 November 1941, beliau membunuh diri dengan menembak di kepala.

Tarikh kenaikkan pangkat

Anugerah kebesaran

Nota

  1. ^ Sherman, Stephen. "Ernst Udet - Second Highest German Ace of WWI". acepilots.com. Dicapai pada 24 February 2012.

Rujukan

  • Barker, Ralph (2002). The Royal Flying Corps in World War I. Robinson. ISBN 1-84119-470-0.
  • Bekker, Cajus (1994). The Luftwaffe War Diaries. Da Capo Press. ISBN 0-306-80604-5.
  • Herlin, Hans (1960). UDET - A Man's Life. MacDonald.
  • Kelly, Saul (2002). The Lost Oasis: The Desert War and the Hunt for Zerzura. Westview Press. ISBN 0-7195-6162-0.
  • Knopp, Guido (2000). Hitlers Krieger. Goldmann Verlag. ISBN 3-442-15045-0.
  • Udet, Ernst (1981). Stanley M. Ulanoff (penyunting). Ace of the Iron Cross. Arco. ISBN 0-668-05163-9.
  • Udet, Ernst (1935). Mein Fliegerleben (My Life of Flying). Berlin, Germany: Im Deutschen Verlag, Ullstein A.G.
  • van Ishoven, Armand (1979). The Fall of an Eagle: The Life of Fighter Ace Ernst Udet. Kimber & Co. ISBN 0-7183-0067-X.
  • VanWyngarden, Greg, et al. (2006) Early German Aces of World War I. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-997-5, ISBN 978-1-84176-997-4.

Pautan luar

  • Ernst Udet page on theaerodrome.com
  • Udet's U-12 Flamingo
  • Leni's Rising Star Includes info on the films Udet was in with Leni Riefenstahl. Also has video downloads.
  • "Ernst Udet: The Rise and Fall of a German World War I Ace" Diarkibkan 2007-01-15 di Wayback Machine
  • Ernst Udet di Find a Grave
  • Ernst Udet performs an exhibition precision dead stick loop and side slip landing di YouTube
Penerbangan semasa Perang Dunia I
Manusia dan pesawat
Komander · Handalan · Pesawat Kuasa Pakatan · Pesawat Kuasa Paksi · Zeppelin · Pesawat Perang Dunia I
Perkhidmatan Udara Kuasa Pakatan
Perkhidmatan Udara Britain (Kor Penerbangan Diraja, Perkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja, Tentera Udara Diraja) · Perkhidmatan Udara Perancis · Tentera Udara Imperial Rusia · Kor Udara Tentera Itali · Perkhidmatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Perkhidmatan Udara Kuasa Paksi
  • l
  • b
  • s
Kolonel Jeneral
(Generaloberst)
Tentera Darat
Kolonel Jeneral
(Generaloberst)
Luftwaffe
Laksamana Jeneral
(Generaladmiral)
Kriegsmarine
Oberst-Gruppenführer-SS
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Croatia
  • Belanda
  • Poland
Institut penyelidikan seni
  • Artis RKD (Belanda)
Kamus biografi
  • Jerman
Lain-lain
Persondata
Nama Udet, Ernst
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas German flying ace
Tarikh kelahiran 26 April 1896
Tempat kelahiran Frankfurt am Main
Tarikh kematian 17 November 1941
Tempat kematian Berlin