Fox Business

SloganInvesting in You

Fox Business (secara rasmi dikenali sebagai Fox Business Network) ialah saluran berita perniagaan televisyen berbayar Amerika yang dimiliki oleh bahagian Fox News Media di Fox Corporation. Rangkaian ini membincangkan berita perniagaan dan kewangan. Operasi sehari-hari dijalankan oleh Kevin Magee, naib presiden eksekutif Fox News; Neil Cavuto menguruskan kandungan dan liputan berita perniagaan. Sehingga Februari 2015, Fox Business Network tersedia untuk kira-kira 74,224,000 isi rumah televisyen berbayar (63.8% isi rumah dengan televisyen) di Amerika Syarikat.[1]

The Fox 50

Fox Business telah mengumpulkan indeks industri terdiri dari "syarikat Amerika Syarikat terbesar yang menghasilkan produk yang anda ketahui dan gunakan setiap hari."[2] Yang termasuk ke dalam indeks ini diantaranya:

  • 3M
  • Amazon.com
  • American Express
  • Apple Inc.
  • AT&T
  • Bank of America
  • Best Buy
  • Boeing
  • Chevron
  • Citigroup

Anheuser-Busch dan Merrill Lynch termasuk dalam indeks asal, tetapi masing-masing dibeli oleh syarikat lain pada tahun 2008. Mereka digantikan oleh Wells Fargo dan HP.[3] Indeks ini tidak tersedia untuk dibeli dalam bentuk sebuah dana indeks atau ETF. Dana tersebut mendapat kritikan dari beberapa blogger kewangan kerana menempatkan bersama indeks dengan begitu banyak jenama bersaing (seperti FedEx dan UPS; McDonalds dan Yum Brands;! WalMart, Target dan Costco; Apple, Dell dan Microsoft, dan Coca-Cola dan PepsiCo).[4]

Pesaing

Rujukan

  1. ^ Seidman, Robert (February 22, 2015). "List of how many homes each cable network is in as of February 2015". TV by the Numbers. Zap2it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-29. Dicapai pada March 14, 2015.
  2. ^ "FOX Business Unveils the FOX 50". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-16.
  3. ^ "Changes to the FOX 50: Hewlett-Packard, Wells Fargo In, Anheuser-Busch, Merrill Lynch Out". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-17. Dicapai pada 2020-01-20.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  4. ^ Gunnison, Liz (2007-10-16). "Fox's 50, Maybe Not so Nifty". Portfolio.com. Dicapai pada 2011-11-24.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi