Gerd Müller

Gerd Müller
Müller pada tahun 2007
Maklumat peribadi
Nama penuh Gerhard Müller
Tarikh lahir (1945-11-03)3 November 1945
Tempat lahir Nördlingen, Jerman
Tarikh kematian 15 Ogos 2021(2021-08-15) (umur 75)
Tempat kematian Wolfratshausen, Jerman
Ketinggian 176 cm (5 ka 9 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1958–1963 1861 Nördlingen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1963–1964 1861 Nördlingen 31 (51)
1964–1979 Bayern Munich 453 (398)
1979–1981 Fort Lauderdale Strikers 71 (38)
Jumlah 555 (487)
Pasukan kebangsaan
1966 Jerman Barat B23 1 (1)
1966–1974 Jerman Barat 62 (68)
Pengalaman
Mewakili  Jerman Barat
Piala Dunia FIFA
Juara Jerman Barat 1974
Tempat ketiga Mexico 1970
Kejohanan Eropah UEFA
Juara Belgium 1972
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Gerhard "Gerd" Müller (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡɛɐ̯t ˈmʏlɐ]; 3 November 1945 – 15 Ogos 2021)[2] merupakan bekas pemain bola sepak Jerman. Seorang penyerang berprolifik, terkenal dengan kemahiran penyudahnya lebih-lebih lagi di dalam kotak penalti. Beliau diakui salah satu penyerang terhebat sepanjang zaman.[3]

Di peringkat antarabangsa bersama pasukan Jerman Barat, beliau telah menjaringkan 68 gol dalam 62 kemunculan antarabangsanya. Bersama kelab Bayern Munich, beliau meletakkan rekod dengan 365 jaringan gol dalam 427 perlawanan Bundesliga. Di peringkat Eropah, Müller mencipta rekod dengan menyumbat 66 gol dalam 74 perlawanan Eropah.[3] Dengan purata satu gol satu perlawanan bersama pasukan Jerman Barat, Müller kini di tempat ke-12 dalam senarai penjaring terbanyak dalam perlawanan antarabangsa sepanjang masa walaupun beliau kurang beraksi berbanding 25 pemain teratas. Dalam kalangan penjaring terbanyak, beliau mempunyai nisbah gol-perlawanan.

Beliau digelar "Bomber der Nation" ("pengebom negara") atau secara ringkasnya "Der Bomber",[3] Müller dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada 1970. Selepas menempuh musim yang cemerlang di Bayern Munich, beliau menjaringkan sepuluh gol sepanjang kempen Piala Dunia 1970 dan dianugerahkan Kasut Emas selaku penjaring terbanyak. Dalam kejohanan Piala Dunia 1974, beliau menjaringkan empat gol termasuklah gol kemenangan pada perlawanan akhir. Müller memegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan 14 gol selama 32 tahun. Pada tahun 1999, Müller di kedudukan kesembilan dalam pengundian Pemain Eropah Abad Ini oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) dan beliau di tempat ke-13 dalam pengundian World Player of the Century.[4] Pada tahun 2004, Pelé meletakkan Müller dalam FIFA 100, senarai pemain bola sepak terhebat.[3]

Kerjaya kelab

Müller pada tahun 1973.

Bayern Munich

Müller memulakan kerjaya bola sepaknya di TSV 1861 Nördlingen. Seterusnya, Müller sertai Bayern Munich pada tahun 1964 dan bergabung dengan bintang kelak, Franz Beckenbauer dan Sepp Maier. Bayern kemudian menorak langkah untuk menjadi kelab Jerman paling berjaya dalam sejarah. Pada mulanya, Bayern beraksi di Regionalliga Süd (Liga Bahagian Selatan), yang merupakan sebuah peringkat di bawah tahap Bundesliga pada masa itu. Selepas satu musim, Bayern Munich menyertai Bundesliga dan memulakan rangkaian kejayaan mereka. Bersama Bayern, Müller mengumpul beberapa kejuaraan diraihnya sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa ketika era 1960an dan 1970an. Beliau meraih kejuaraan Bundesliga empat kali, DFB-Pokal empat kali, Piala Eropah tiga kali, Piala Antara Benua sekali dan Piala Juara-Juara Eropah sekali.

Seorang penyudah jaringan yang berbisa, beliau merupakan penjaring terbanyak liga Jerman tujuh kali dan kejohanan Eropah dua kali. Müller menjaringkan 365 gol dalam 427 perlawanan Bundesliga untuk Bayern Munich. Beliau memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu musim Bundesliga iaitu 40 gol ketika musim 1971–72, satu rekod yang amat mengagumkan kerana tidak seperti liga di negara lain, Bundesliga hanya mempunyai 18 pasukan dan oleh itu hanya terdapat 34 perlawanan setiap musim. Müller turut memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu tahun, iaitu 85 gol dihasilkan pada tahun 1972[5] sehinggalah rekod tersebut dikejutkan 40 tahun kemudian oleh Lionel Messi.[6][7]

Fort Lauderdale Strikers

Selepas menamatkan kariernya di Bundesliga, beliau berpindah ke Amerika Syarikat untuk sertai kelab Fort Lauderdale Strikers yang beraksi di North American Soccer League (NASL) pada 1979. Beliau beraksi selama tiga musim di sana dengan menjaringkan 38 gol.

Kerjaya antarabangsa

Gerd Müller pada tahun 2006.

Müller menjaringkan 68 gol dalam 62 perlawanan untuk pasukan Jerman Barat. Beliau merupakan penjaring terbanyak pasukan Jerman sepanjang zaman sehinggalah rekod tersebut dikejutkan oleh Miroslav Klose pada 2014 walaupun Klose memerlukan kemunculan antarabangsa dua kali ganda daripada Müller. Klose menjaringkan gol ke-69nya dalam kemunculan antarabangsanya ke-132.[8] Kerjaya antarabangsa Müller bermula pada tahun 1966 dan tamat pada 7 Julai 1974 dengan menjulang kejayaan Piala Dunia 1974 di negara tanah airnya.[9] Beliau menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya menewaskan Belanda yang dibintangi Johan Cruyff 2-1 pada perlawanan akhir. Empat gol di kejohanan tersebut dan sepuluh gol beliau di Piala Dunia 1970 meletakkan beliau penjaring terbanyak dalam saingan Piala Dunia dengan 14 gol dicetak. Rekod Müller dicabar sehinggalah edisi Piala Dunia 2006, turut diadakan di Jerman apabila rekod tersebut dipecahkan Ronaldo dari Brazil. Müller turut mengambil bahagian dalam UEFA Euro 1972 dan menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol selain merangkul kejuaraan Eropah bersama pasukan Jerman Barat.

Kehidupan selepas bersara

Selepas Müller menamatkan kerjaya bola sepaknya pada tahun 1982, tahap kesihatannya merosot dan beliau menghidapi alkoholisme iaitu ketagihan arak. Walau bagaimanapun, bekas sahabatnya di Bayern Munich memujuk beliau agar mengurangkan ketagihan terhadap minuman keras itu melalui pemulihan. Setelah itu, mereka memberikan pekerjaan kepada Müller sebagai jurulatih pasukan Bayern Munich II. Pada Julai 2008, Rieser Sportpark di Nördlingen, di mana Müller memulakan kerjayanya di situ ditukar namanya kepada Gerd-Müller-Stadion bagi menghargai jasanya.

Pada Oktober 2015, Müller disahkan menghidapi penyakit Alzheimer.[10]

Statistik kerjaya

Kelab

Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman 1861 Nördlingen 1963-64 31 51 31 51
Jerman Bayern Munich 1964–65 26 33 6 6 32 39
1965–66 33 15 6 1 39 16
1966–67 32 28 4 7 9 8 45 43
1967–68 34 19 4 4 8 7 46 30
1968–69 30 30 5 7 35 37
1969–70 33 38 3 4 2 0 38 42
1970–71 32 22 7 10 8 7 47 39
1971–72 34 40 6 5 8 5 48 50
1972–73 33 36 5 7 6 12 5 12 49 67
1973–74 34 30 4 5 10 8 48 43
1974–75 33 23 3 2 7 5 43 30
1975–76 22 23 6 7 7 5 34 35
1976–77 25 28 4 11 4 5 37 48
1977–78 33 24 3 4 6 4 42 32
1978–79 19 9 2 4 21 13
Jumlah 453 398 62 78 79 70 11 18 605 564
Amerika Syarikat Fort Lauderdale Strikers 1979 25 19 25 19
1980 29 14 29 14
1981 17 5 17 5
Jumlah 71 38 71 38
Jumlah kerjaya 555 487 62 78 79 70 11 18 707 653

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1966 1 0
1967 4 6
1968 3 2
1969 7 9
1970 12 13
1971 8 12
1972 7 13
1973 8 7
1974 12 6
Jumlah 62 68

Gol antarabangsa

Gol antarabangsa oleh Gerd Müller Jerman Barat
# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 8 April 1967 Dortmund, Jerman  Albania 1–0 6–0 Kelayakan Euro 1968
2. 2–0
3. 3–0
4. 6–0
5. 27 September 1967 Berlin, Jerman  Perancis 4–0 5–1 Persahabatan
6. 7 Oktober 1967 Hamburg, Jerman  Yugoslavia 2–1 3–1 Kelayakan Euro 1968
7. 13 Oktober 1968 Vienna, Austria  Austria 0–1 0–2 Kelayakan Piala Dunia 1970
8. 23 November 1968 Nicosia, Cyprus  Cyprus 0–1 0–1
9. 26 Mac 1969 Frankfurt, Jerman  Wales 1–1 1–1 Persahabatan
10. 16 April 1969 Glasgow, Scotland  Scotland 0–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia 1970
11. 10 Mei 1969 Nuremberg, Jerman  Austria 1–0 1–0
12. 21 Mei 1969 Essen, Jerman  Cyprus 1–0 12–0
13. 7–0
14. 9–0
15. 12–0
16. 21 September 1969 Vienna, Austria  Austria 1–1 1–1 Persahabatan
17. 22 Oktober 1969 Hamburg, Jerman  Scotland 2–1 3–2 Kelayakan Piala Dunia 1970
18. 3 Jun 1970 León, Mexico  Maghribi 2–1 2–1 Piala Dunia 1970
19. 7 Jun 1970 León, Mexico  Bulgaria 2–1 5–2
20. 3–1
21. 5–1
22. 10 Jun 1970 León, Mexico  Peru 1–0 3–1
23. 2–0
24. 3–0
25. 14 Jun 1970 León, Mexico  England 3–2 3–2
26. 17 Jun 1970 Bandaraya Mexico, Mexico  Itali 2–1 3–4
27. 3–3
28. 9 September 1970 Nuremberg, Jerman  Hungary 2–0 3–1 Persahabatan
29. 3–1
30. 17 Oktober 1970 Cologne, Jerman  Turki 1–1 1–1 Kelayakan Euro 1972
31. 17 Februari 1971 Tirana, Albania  Albania 0–1 0–1
32. 25 April 1971 Istanbul, Turki  Turki 0–1 0–3
33. 0–2
34. 22 Jun 1971 Oslo, Norway  Norway 0–2 1–7 Persahabatan
35. 0–4
36. 0–5
37. 30 Jun 1971 Copenhagen, Denmark  Denmark 1–1 1–3
38. 8 September 1971 Hanover, Jerman  Mexico 2–0 5–0
39. 3–0
40. 5–0
41. 10 Oktober 1971 Warsaw, Poland  Poland 1–1 1–3 Kelayakan Euro 1972
42. 1–2
43. 29 April 1972 London, England  England 1–3 1–3
44. 26 Mei 1972 Munich, Jerman  Kesatuan Soviet 1–0 4–1 Persahabatan
45. 2–0
46. 3–0
47. 4–0
48. 14 Jun 1972 Antwerp, Belgium  Belgium 0–1 1–2 UEFA Euro 1972
49. 0–2
50. 18 Jun 1972 Brussels, Belgium  Kesatuan Soviet 1–0 3–0
51. 3–0
52. 15 November 1972 Düsseldorf, Jerman  Switzerland 1–0 5–1 Persahabatan
53. 2–0
54. 3–0
55. 5–0
56. 28 Mac 1973 Düsseldorf, Jerman  Czechoslovakia 1–0 3–0
57. 2–0
58. 5 September 1973 Moscow, Soviet  Kesatuan Soviet 0–1 0–1
59. 10 Oktober 1973 Hanover, Jerman  Austria 1–0 4–0
60. 3–0
61. 13 Oktober 1973 Gelsenkirchen, Jerman  Perancis 1–0 2–1
62. 2–0
63. 17 April 1974 Dortmund, Jerman  Hungary 4–0 5–0
64. 5–0
65. 18 Jun 1974 Hamburg, Jerman  Australia 3–0 3–0 Piala Dunia 1974
66. 26 Jun 1974 Düsseldorf, Jerman  Yugoslavia 2–0 2–0
67. 3 Julai 1974 Frankfurt, Jerman  Poland 1–0 1–0
68. 7 Julai 1974 Munich, Jerman  Belanda 2–1 2–1

Pencapaian

Kelab

Bayern Munich[3]
  • Bundesliga: 1968–69, 1971–72, 1972–73, 1973–74
  • DFB-Pokal: 1965–66, 1966–67, 1968–69, 1970–71
  • Regionalliga Süd: 1964–65
  • Piala Eropah: 1973–74, 1974–75, 1975–76
  • Piala Pemenang Eropah: 1966–67
  • Piala Antara Benua: 1976

Antarabangsa

Müller (kanan) meraih trofi Piala Dunia bersama Jerman Barat pada tahun 1974.
Jerman Barat[3][11]

Individu

  • Ballon d'Or: 1970[12]
  • Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman: 1967, 1969
  • Diundi Pemain Terbaik Sempena 40 Tahun Bundesliga: 1963–2003
  • Penjaring Terbanyak Bundesliga: 1967, 1969, 1970, 1972, 1973, 1974, 1978[3]
  • Kasut Emas Eropah: 1970, 1972[13]
  • Kasut Emas Piala Dunia: 1970[3]
  • Bintang Pasukan Pilihan Piala Dunia: 1970
  • Penjaring Terbanyak Kejohanan Eropah: 1972[3]
  • Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah: 1972[14]
  • Penjaring Terbanyak Piala Eropah: 1973, 1974, 1975, 1977[15]
  • FIFA Order of Merit: 1998[16]
  • FIFA 100: 2004[3]
  • Golden Foot: 2007, sebagai legenda bola sepak[17]
  • Bravo Otto: Anugerah Emas: 1973, 1974; Anugerah Perak: 1975; Anugerah Gangsa: 1972, 1976

Nota

  1. ^ Termasuk Piala Eropah, Piala Pemenang UEFA, Inter-Cities Fairs Cup, Piala UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Antara Benua
  2. ^ Termasuk perlawanan play-off promosi ke Bundesliga dan DFB-Ligapokal

Catatan

  1. ^ "Gerd Müller" (dalam bahasa Jerman). fussballdaten.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 17 Disember 2008.
  2. ^ "Gerd Müller ist tot: Der Bomber der Nation starb mit 75 Jahren". FOCUS Online (dalam bahasa Jerman). 15 Ogos 2021. Dicapai pada 2021-08-15.
  3. ^ a b c d e f g h i j "Der Bomber wrote records for eternity". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-02. Dicapai pada 10 December 2012.
  4. ^ Stokkermans, Karel (30 January 2000). "IFFHS Century Elections". RSSSF.com. Dicapai pada 21 June 2014.
  5. ^ Uli Hesse (17 November 2012). "Looking for Goals". ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-21. Dicapai pada 28 November 2012.
  6. ^ Shergold, Adam (9 December 2012). "Month by month, goal by goal... The diary of Messi's extraordinary record-breaking year". Mail Online. Dicapai pada 10 December 2012.
  7. ^ "Lionel Messi of Barcelona sets new goal-scoring record". BBC Sport. 10 December 2012. Dicapai pada 10 December 2012.
  8. ^ "World Cup in sight as Germany see off Austria". UEFA.com. 6 September 2013. Dicapai pada 2 November 2016.
  9. ^ Lomas, Mark (28 May 2010). "Gerd Muller: Der Bomber". ESPN Soccernet. ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-15. Dicapai pada 13 September 2011.
  10. ^ "Bayern Munich and Germany legend Gerd Muller suffering from Alzheimer's disease". Daily Mail. 6 October 2015. Dicapai pada 6 October 2015.
  11. ^ name="fussballdaten.de"
  12. ^ Moore, Rob; Stokkermans, Karel. "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or")". RSSSF. Dicapai pada 6 September 2014.
  13. ^ "Topscorer 2012/2013: Lionel Messi (FC Barcelona)". eusm.eu. Dicapai pada 6 September 2014.
  14. ^ "1972 team of the tournament". UEFA.com. 2 May 2011. Dicapai pada 6 September 2014.
  15. ^ "Top Scorers". futbal.org. Dicapai pada 6 September 2014.
  16. ^ "FIFA Order of Merit" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-02. Dicapai pada 21 January 2015.
  17. ^ "Legends". Golden Foot. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2015. Dicapai pada 23 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar

  • Gerd Müller di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
  • Portrait of Gerd Müller Diarkibkan 2007-10-16 di Wayback Machine at FIFA.com
  • Statistics on Müller's matches and goals at RSSSF.com
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Sepp Maier
Kapten Bayern Munich
1979
Diikuti oleh:
Hans-Georg Schwarzenbeck
Rekod
Didahului oleh
Just Fontaine
13
Penjaring Terbanyak Piala Dunia FIFA
7 Julai 1974 – 27 Jun 2006
Diikuti oleh:
Ronaldo
15
  • l
  • b
  • s
UEFA
CONMEBOL
CAF
CONCACAF
  • Akers
  • Hamm
  • Sánchez
AFC
Skuad Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratTempat Ketiga Piala Dunia FIFA 1970
  • Maier
  • Höttges
  • Schnellinger
  • Beckenbauer
  • Schulz
  • Weber
  • Vogts
  • Haller
  • Seeler Kapten
  • 10 Held
  • 11 Fichtel
  • 12 Overath
  • 13 Müller
  • 14 Libuda
  • 15 Patzke
  • 16 Lorenz
  • 17 Löhr
  • 18 Sieloff
  • 19 Dietrich
  • 20 Grabowski
  • 21 Manglitz
  • 22 Wolter
  • Jurulatih: Schön
Jerman Barat

Templat:Skuad Jerman Barat UEFA Euro 1972

  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratJuara Piala Dunia FIFA 1974 (Gelaran ke-2)
  • Maier
  • Vogts
  • Breitner
  • Schwarzenbeck
  • Beckenbauer Kapten
  • Höttges
  • Wimmer
  • Cullmann
  • Grabowski
  • 10 Netzer
  • 11 Heynckes
  • 12 Overath
  • 13 Müller
  • 14 Hoeneß
  • 15 Flohe
  • 16 Bonhof
  • 17 Hölzenbein
  • 18 Herzog
  • 19 Kapellmann
  • 20 Kremers
  • 21 Nigbur
  • 22 Kleff
  • Jurulatih: Schön
Jerman Barat
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Australia
  • Poland
Kamus biografi
  • Jerman
Lain-lain