Geseran lelangit bersuara

Nombor AFA139
Pengekodan
X-SAMPAj\
Imej
Sampel audio
noicon
sumber · bantuan

Geseran lelangit bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʝ (huruf j kecil berekor gelung) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan j\ dalam X-SAMPA.

Geseran lelangit bersuara ini memang jarang ditemui, iaitu hanya terdapat dalam tujuh daripada 317 bahasa yang dipantau oleh UCLA Phonological Segment Inventory Database yang asal, apalagi dalam hanya tiga bahasa (Komi, Margi, Belanda Baku Belgium[1]) yang mana bunyi ini berpasangan dengan padanan tak bersuaranya.

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran lelangit bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah lelangit, iaitu disebut dengan bahagian tengah atau belakang lidah menyentuh lelangit keras.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Rujukan

  1. ^ Jo Verhoeven, Belgian Standard Dutch, Journal of the International Phonetic Association (2005), 35:2:243-247 Cambridge University Press [1]
Daerah → Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara ↓ Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal