Konsonan sengauan

Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Konsonan sengauan, sengau atau nasal dihasilkan dengan merendahkan velum dalam mulut, untuk membolehkan udara keluar bebas melalui hidung. Rongga mulut masih berperanan sebagai rongga kenyaringan bunyinya, tetapi udara tidak keluar melalui mulut kerana disekat oleh bibir atau lidah. Jarang terdapat konsonan jenis lain (bukan sengau) yang disengaukan.

Takrifan

Dari segi akustik, konsonan sengauan merupakan sonoran, iaitu tidak menyekat pengeluaran udara. Konsonan sengauan hampir sentiasa bersuara dalam semua bahasa yang ada konsonan sengauan di dunia, kecuali bahasa Iceland dan bahasa Wales yang ada konsonan sengau tak bersuara.

Konsonan sengauan juga berartikulasi hentian kerana aliran udara melalui mulut disekat sepenuhnya. Udara keluar melalui hidung sambil halangan dalam mulut, bererti hentian sengauan itu bersifat sonoran dan obstruen secara serentak. Bagi tujuan penerangan akustik, konsonan sengauan secara amnya dianggap sonoran, tetapi dalam kebanyakan bahasa boleh berkembang daripada atau menjadi konsonan letupan.

Secara akustik lagi, konsonan sengau berjalur tenaga sekitar 200—2,000 Hz.

IPA Huraian SAMPA Contoh
Bahasa Perkataan Sebutan Erti
[m] Sengauan dwibibir bersuara [m] Melayu makan /makan/
[ɱ] Sengauan bibir-gigi bersuara [F] Czech [tramvaj] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈtraɱvaj] tram
[n̪] Sengauan gigi [n_d] Perancis [connexion] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [kɔɛksjɔ̃] sambungan
[n] Sengauan gusi atau gigi [n] Melayu ini /ini/
[ɳ] Sengauan gelungan bersuara [n`] Hindi णेcode: hi is deprecated [ɡəɳeʃ] Ganesha
[ɲ] Sengauan lelangit bersuara [J] Melayu hanya /haɲa/
[ŋ] Sengauan velar bersuara, biasanya ditulis ng. [N] Melayu siang /siaŋ/
[ɴ] Sengauan uvular bersuara [N\] Jepun 富士山code: ja is deprecated (fujisan) [ɸudʑisaɴ] Gunung Fuji

Kata-kata yang berhujung konsonan sengauan dalam bahasa Melayu baku digugurkan dalam dialek Kelantan:[1]

Bahasa Melayu Baku Dialek Kelantan
ejaan sebutan sebutan ejaan basahan
ayam /ajam/ /ajɛ/ aye
jalan /d͡ʒalan/ /d͡ʒalɛ/ jale
binatang /binataŋ/ /binatɛ/ binate

Lihat juga

  • Penyengauan

Catatan dan rujukan

Catatan

  1. ^ Jiang Wu (2023). Malayic varieties of Kelantan and Terengganu. Amsterdam: LOT Publications. m/s. 49. ISBN 978-94-6093-436-0.

Rujukan

  • Ferguson (1963) 'Assumptions about nasals', in Greenberg (ed.) Universals of Language, pp 50-60.
  • Saout, J. le (1973) 'Languages sans consonnes nasales', Annales de l Université d'Abidjan, H, 6, 1, 179-205.
  • Williamson, Kay (1989) 'Niger-Congo overview', in Bendor-Samuel & Hartell (eds.) The Niger-Congo Languages, 3-45.
Daerah Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal