Heroin

Ubat atau diasetilmorfin (INN) ialah opiod separa-tiruan yang merupakan terbitan 3,6-diasetil (oleh itu, heroin ialah diasetilmorfin) yang disintesiskan daripada morfina melalui proses pengasetila.

Bentuk hablur putih biasanya merupakan garam hidroklorida, iaitu diasetilmorfin hidroklorida. Heroin sangat menagihkan, dan pengingesan kronik mengakibatkan toleran yang agak tinggi berbanding bahan-bahan yang lain, walaupun penggunaan sekali sekala tanpa sebarang simptom penarikan pernah diperhatikan. [1][2]

Secara antarabangsa, heroin dikawal di bawah Jadual I dan IV bagi Konvensyen Tunggal Drug Narkotik.[3] Pengeluaran, pemilikan, atau penjualan heroin di Amerika Syarikat adalah haram, tetapi di bawah nama diamorfina, heroin ialah drug preskripsi yang sah di United Kingdom.


Sejarah

Heroin disintesiskan buat pertama kali pada tahun 1874 oleh C.R. Alder Wright, seorang ahli kimia British yang bertugas di Pusat Pengajian Hospital St. Mary, London dan yang banyak menguji kaji terhadap penggabungan morfina dengan berbagai-bagai asid. Setelah mendidih alkaloid morfina kontang dengan asetik anhidrida selama beberapa jam, beliau menghasilkan satu bentuk morfina berasetilat yang lebih poten dan yang kini digelarkan diasetilmorfin. Sebatian itu dihantar ke F.M. Pierce dari Kolej Owens, Manchester, untuk analisis. Pierce melaporkan yang berikut kepada Wright:

Dos-dos... disuntik secara subkutaneus pada anak-anak anjing dan arnab... dengan keputusan berikut... kelesuan, ketakutan, dan kantuk menyusul pemberian dengan laju, mata peka dan anak mata membeliak, banyak peliuran diakibatkan dalam anjing, dan sedikit kecenderungan untuk memuntah dalam beberapa kes, tetapi tiada sebarang kes emesis. Pernafasan pada mula-mulanya dipercepatkan, tetapi kemudian berkurang, dan tindakan jantung dikurangkan serta menjadi tidak nalar. Keupayaan terhadap pengkoordinatan pergerakan otot amat dikurangkan, dengan kehilangan kekuatan di bahagian pelvis dan anggota belakang, bersama-sama dengan pengurangan suhu di rektum sebanyak lebih kurang 4° (gagal rektum).[4]


Heroin BayerTM

Felix Hoffmann dari syarikat Bayer di Elberfeld, Jerman, mencipta heroin sebagai ubat, 11 hari selepas beliau mereka aspirin. Takut akan kesan-kesan sampingan aspirin, Bayer mendaftarkan heroin sebagai cap dagangan. Nama "heroin" mungkin berasal daripada heroisch, sepatah perkataan Jerman yang bermaksud "sungguh berani", dan telah dipilih kerana kajian-kajian luar mendapati bahawa orang-orang yang menggunakan ubat ini berasa "sungguh berani".

Dari tahun 1989 hingga 1910, heroin dipasarkan sebagai pengganti morfina tak menagihkan serta ubat batuk untuk kanak-kanak. Bayer memasarkan heroin sebagai "rawatan" untuk penagihan morfina sebelum heroin didapati menjadi morfina dalam hati. Sebenarnya, semua opiat ditukarkan oleh hati manusia menjadi molekul yang serupa, dengan darjah kepekatan yang berbeza-beza dalam aliran darah. Bayer berasa malu dengan dapatan yang baru ini yang kini menjadi satu kesilapan besar bersejarah bagi syarikatnya [1]. Sebagaimana dengan aspirin, Bayer hilang sesetengah hak untuk cap dagangan heroin selepas Perang Dunia II.

Di Amerika Syarikat pada tahun 1914, Akta Cukai Narkotik Harrison diluluskan untuk mengawalkan penjualan dan penyedaran heroin. Undang-undang itu masih membenarkan heroin untuk dipreskripsikan dan dijual sebagai ubat. Disebabkan penagih-penagih sering masih dapat memperoleh bekalan heroin secara sah, Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang tambahan pada tahun 1924 untuk mengharamkan semua penjualan, pengimportan atau pengilangan heroin di Amerika Syarikat.

Rujukan

  1. ^ David Shewan, Phil Dalgarno (2005). "Bukti untuk penggunaan heroin secara terkawal? Tahap kesihatan negatif dan akibat sosial yang rendah di kalangan pengguna heroin di Glasgow yang tidak pernah menerima rawatan" (PDF). Jurnal Psikologi Kesihatan British. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-07-24. Dicapai pada 2006-08-01.
  2. ^ Hamish Warburton, Paul J Turnbull, Mike Hough (2005). "Penggunaan heroin sekali sekala dan secara terkawal: Tak bermasalah?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-26. Dicapai pada 2006-08-01.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ "Daftar Kuning: Daftar Drug Narkotik di bawah Kawalan Antarabangsa" (PDF). Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa. Disember 2004. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-05-10. Dicapai pada 5 Mei. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan) URL rujukan = http://www.incb.org/incb/yellow_list.html
  4. ^ Wright, C.R.A. (2003-08-12). "Mengenai Tindakan Asid Organik dan Anhidridanya terhadap Alkaloid Asli". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-06. Dicapai pada 2006-08-01. Check date values in: |date= (bantuan) Nota: Ini adalah petikan beranotasi Wright, C.R.A. (1874). "Mengenai Tindakan Asid Organik dan Anhidridanya terhadap Alkaloid Asli". Jurnal Persatuan Kimia. 27: 1031–1043.

Pautan luar

  • Geopium: Geopolitik Drug Haram di Asia, khususnya pengeluaran dan perdagangan candu dan heroin di Afghanistan dan Myanmar serta persekitarannya (makalah dan peta dalam bahasa Perancis dan Inggeris)
  • Laman web Heroin Helper
  • Terbitan CIA: Dari Bunga ke Heroin Diarkibkan 2007-05-09 di Wayback Machine
  • Salah urusan metadon
  • Menyikat Heroin oleh Geoff Morton
  • Perikatan Penyokong Nasional untuk Rawatan Buprenorfin – laman web pendidikan bukan untung untuk rawatan penagihan Heroin
  • NIDA: Maklumat mengenai HeroinDiarkibkan 2011-08-06 di Wayback Machine
  • ONDCP: Fakta Drug
  • Peranan Kerajaan Pakistan dalam Kawalan Narkotik
  • Halaman fakta Jabatan Negara Amerika Syarikat: usaha-usaha antinarkotik di Pakistan – bertarikh 7 Jun 2002
  • Makalah BBC berjudul Semasa heroin adalah sah pada satu ketika – rujukan-rujukan United Kingdom dan Amerika Syarikat
  • Heroin.org: Fakta Heroin
  • Maklumat mengenai heroin serta drug haram yang lain
  • Bolehkah kaskas menyebabkan anda diuji positif untuk heroin?


Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.


  • l
  • b
  • s
Opioid
Opiat/opium
Semisintetik
  • Asetildihidrokodeina
  • Benzilmorfina
  • Buprenorfina (+nalokson)
  • Butorfanol
  • Desomorfina
  • Diamorfina (heroin)
  • Dihidrokodeina (+parasetamol)
  • Dihidromorfina
  • Etorfina
  • Etilmorfina
  • Hidrokodon (+parasetamol, +ibuprofen, +aspirin)
  • Hidromorfinol
  • Hidromorfona
  • Levorfanol
  • Metopon
  • Nalbufina
  • Nikokodeina
  • Nikodikodina
  • Nikomorfina
  • Oksicodon (+parasetamol, +aspirin, +ibuprofen, +nalokson, +naltrekson)
  • Oksimorfona
  • Papaveretum
  • Tebakon
Sintetik
  • Alfentanil
  • Alfaprodina
  • Anileridina
  • Bezitramida
  • Karfentanil
  • Dekstromoramida
  • Dekstropropoksifina
  • Dezosina
  • Dimenoksadol
  • Dipipanona
  • Etoheptazina
  • Fentanil# (+fluanisona)
  • Ketobemidona
  • Lofentanil
  • Meptazinol
  • Metadon#
  • NFEPP
  • Norpipanona
  • Oliseridin
  • Pentazosin
  • Petidin (meperidina)
  • Fenadokson
  • Fenazosina
  • Phenoperidin
  • Piminodin
  • Piritramida
  • Proheptazin
  • Propiram
  • Remifentanil
  • Sufentanil
  • Tapentadol
  • Tilidin
  • Tramadol (+selekoksib, +parasetamol)
  • Viminol
Jenis parasetamol
  • Asetanilida
  • Busetin
  • Butasetin
  • Fenasetin
  • Parasetamol (asetaminofen)#
    • +aspirin/kafeina
    • +kodeina
    • +hidrokodon
    • +ibuprofen
    • +metoklopramida
    • +oksikodon
    • +propyphenazone/kafeina
    • +tramadol
  • Parapropamol
  • Propasetamol
Antiradang bukan steroid
Propionat
  • Benoksaprofen
  • Fenoprofen
  • Flurbiprofen
  • Ibuprofen# (Dexibuprofen) (+paracetamol)
  • Ketoprofen (Dexketoprofen)
  • Loksoprofen
  • Naproksen
  • Oksaprozin
  • Suprofen
  • Asid tiaprofenik
  • Zaltoprofen
Oksikam
  • Isoksikam
  • Lornoksikam
  • Meloksikam
  • Piroksikam
  • Tenoksikam
Asetat
  • Aaemetaain
  • Bromfenak
  • Diklofenak
  • Etodolak
  • Indometasin (Indometasin farnesil)
  • Ketorolak
  • Sulindak
  • Tolmetin
  • Zomepirak
Perencat COX-2
  • Etorikoksib
  • Lumirakoksib
  • Parekoksib
  • Rofekoksib
  • Selekoksib (+tramadol)
  • Valdekoksib
Fenamat
  • Asid flufenamik
  • Asid meklofenamik
  • Asid mefenamik
  • Asid tolfenamik
Salisilat
  • Aspirin (asid asetilsalisilik)# (+parasetamol/kafeina)
  • Aloksiprin
  • Benorilat
  • Kalsium karbasalat
  • Kolina salisilat
  • Diflunisal
  • Dipirosetil
  • Etenzamida
  • Guasetisal
  • Imidazola salisilat
  • Kalium salisilat
  • Natrium salisilat
  • Magnesium salisilat
  • Morfolina salisilat
  • Salisin
  • Salisilamida
  • Salsalat
  • Wintergreen (metil salisilat)
Pirazolon
  • Aminofenazon
  • Ampiron
  • Metamizol (dipiron)
  • Nifenazon
  • Fenazon
  • Propifenazon (+parasetamol/kafeina)
Lain-lain
  • Benzidamina
  • Floktafenina
  • Glafenina
  • Nabumetona
  • Nimesulida
  • Prokuazon
Kanabinoid
  • Kanabidiol
  • Kanabis
  • Nabilon
  • Nabiksimol
  • Tetrahidrokanabinol (dronabinol)
Pemodulat saluran
ion
Penghalang kalsium
  • Alkohol (etanol)
  • Gabapentin
  • Gabapentin enakarbil
  • Lekonotida
  • Mirogabalin
  • Pregabalin
  • Zikonotida
Penghalang natrium
  • Karbamazepin
  • Lakosamida
  • Anestetik setempat (cth. kokaina, lidokaina)
  • Meksiletina
  • Nefopam
  • Antidepresan trisiklik (cth. amitriptilina#)
  • khusus Nav1.7/1.8: DSP-2230§
  • Funapida§
  • PF-05089771§
Penghalang kalium
  • Flupirtin
Miorelaksan
  • Karisoprodol
  • Klorzoksazon
  • Mefenoksalon
  • Metokarbamol
  • Orfenadrin
  • Siklobenzaprin
Lain-lain
  • l
  • b
  • s
Drug Rekreasi Utama
Kanabinoid
THC (Kanabis) (Hasyis) (Minyak hash)
Penenteram
Barbiturat · Benzodiazepin · Etanol (Alkohol) · GHB · Nonbenzodiazepin
Entaktogen
MDMA (Ecstasy)
DMT (Ayawaska) · LSD · Meskalina (Peyota, San Pedro) · Psilosibin (Cendawan Magik)
Disosiatif
DXM · Inhalan · Ketamina · Nitrus Oksida · PCP · Salvinorin A (Salvia)
Delirian
Datura · Deadly Nightshade · Henbana · Mandrake
Kodeina · Heroin · Hidrokodon · Morfina (Candu) · Oksikodon
Ampfetamina · Arekolina (Pinang) · Sirih · Kafeina (Kopi, Teh) · Katinona (Qat) · Kokaina (Koka) · Efedrina (Efedra) · Metamfetamina · Metilfenidata · Nikotin (Tembakau) · Teobromina (Koko)

Budaya dan Topik Berkait
Kanabis
420 · Filem Stoner · Kegunaan Rohaniah Kanabis · Kanabis Perubatan · Penanaman Kanabis · Penghisapan kanabis
Psikedelik
Drug · Kesusasteraan · Muzik · Pengalaman · Seni
Lain-lain
Alatan Drug · Budaya saingan 1960-an · Drug Kelab · Kegunaan rohaniah drug · Hipi · Kegunaan Drug Poli · Parti · Parti dan Main · Pelancongan Drug · Seks dan Drug · Rave
Masalah terhadap Penggunaan Drug
Dos berlebihan · Kegunaan Bertanggunjawab) · Ketagihan (Pencegahan · Pemulihan · Penyalahgunaan · Perdagangan Haram
Keundangan Penggunaan Drug
Antarabangsa
Drug Narkotik 1961 · Bahan Psikotropik 1971 · Perdagangan Gelap Drug 1988
Peringkat negara
Dasar Drug (Larangan · Penyahjenayahan) · Reformasi Dasar (Liberalisasi · Pengurangan Bahaya · Pengurangan Permintaan)
Lain-lain
Drug Kuat dan Ringan · Nark · Pemilikan Drug · Perang terhadap Drug · Ujian Drug
Senarai negara mengikut...
Alkohol Digunakan · Keundangan Kanabis (Penggunaan Tahunan · Penggunaan Kokaina · Penggunaan Opiat · Penggunaan Semasa Hayat) · Tembakau Dihisap
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech