Jajahan Pasir Mas

ڤاسير مس‎ • Tulisan Cina巴西马县code: zh is deprecated  • Tulisan Thaiปาซีร์มัซ
Bendera Pasir Mas
Bendera
Lokasi Jajahan Pasir Mas di Kelantan
Lokasi Jajahan Pasir Mas di Kelantan
Map
  • 17000
  • 17010
  • 17020
  • 17050
  • 17060
  • 17200
Kod panggilan+6-09Plat pendaftaran kenderaanDLaman sesawangptjpm.kelantan.gov.my
mdpmas.kelantan.gov.my

Pasir Mas ialah sebuah jajahan daripada 11 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Jajahan Pasir Mas terletak di utara negeri Kelantan dan keluasannya merangkumi 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Pasir Mas.

Sejarah

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan, Pasir Mas merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu, Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah disandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.

Geografi

Jajahan Pasir Mas terletak di utara negeri Kelantan dan berkeluasan 570 kilometer persegi. Jajahan Pasir Mas bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timur, Jajahan Tumpat di sebelah utara, negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Bentuk muka bumi Jajahan Pasir Mas hampir keseluruhannya merupakan tanah pamah dan mendatar dengan purata ketinggian 12 meter dari aras laut. Titik tertinggi di jajahan ini ialah Bukit Kwong yang puncaknya mencapai ketinggian 253 meter,[4]

Pecahan pentadbiran

Jajahan Pasir Mas ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Pasir Mas. Jajahan Pasir Mas dibahagi kepada 10 buah daerah dan 47 buah mukim;

Peta jajahan Pasir Mas

Bandar dan pekan

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991150,035—    
2000162,312+8.2%
2010180,878+11.4%
2020230,424+27.4%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Pasir Mas ialah seramai 230,424 orang dengan kepadatan penduduk 400 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di jajahan Pasir Mas berbangsa Melayu, seramai 133,604 orang.[5][6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 223,491
Bumiputera lain 220
Cina 3,343
India 29
Lain-lain 815
Bukan warganegara - 2,526
Jumlah 230,424

Agama

Di jajahan Pasir Mas, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 96 peratus diikuti agama Buddha sebanyak hampir dua peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[6]

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Pasir Mas. Terdapat sebanyak 81 buah sekolah di jajahan ini;[7]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 52
Sekolah Jenis Kebangsaan 3
Sekolah Kebangsaan (Pend. Khas) 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 18
Sekolah Menengah Agama 5
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 1
Kolej Vokasional 1

Jajahan Pasir Mas juga mempunyai 16 buah balai polis, dua balai bomba, 95 masjid, enam tokong, empat kuil, sebuah hospital daerah, 29 klinik kerajaan di sekitar jajahan.[8]

Projek DiRaja

Projek DiRaja Tanaman Kelapa Wangi ialah hasil daripada ilham dan cadangan DYMM Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat kepada Projek DiRaja Kelantan. Projek ini merupakan projek pertama yang dilancarkan di Negeri Kelantan pada awal 2001

Sebidang tanah seluas 12.8 ha (31.55 ekar) telah diusahakan di Kampung Gual Mesa, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas yang terdiri daripada tanah kerajaan dan keadaan tanah tersebut pada masa itu adalah terbiar dan ditenggelami air.

Kerja-kerja pembangunan projek ini telah dijalankan bersama oleh jabatan dan agensi kerajaan terutama daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian serta juga pihak swasta kerana tiada peruntukan wang khusus disediakan bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja penyediaan plan tataatur telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan desa dengan nasihat teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Komponen projek terdiri daripada tapak tanaman kelapa wangi, tapak tanaman sayur-sayuran, kolam ikan, reban ternakan ayam, rumah peserta, tapak gerai jualan, pejabat dan jalan ladang.

Seramai 8 peserta telah diambil daripada mereka yang terdiri daripada golongan rakyat termiskin yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melayakkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Peserta dan keluarga akan ditempatkan di dalam kawasan projek dengan diberi kemudahan rumah dan kawasan ladang untuk menjalankan aktiviti pertanian yang telah diatur oleh pihak pengurusan.

Kerja-kerja menyediakan tapak telah dimulakan pada 28 Oktober 2000 dan kelapa wangi telah dicadangkan sebagai tanaman utama di samping tanaman sampingan dan aktiviti pertanian yang lain. Majlis Pelancaran oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 29 Oktober 2000.

Tokoh kelahiran jajahan Pasir Mas

Rujukan

  1. ^ "Laman Web Rasmi - Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas - Perutusan Ketua Jajahan". www.ptjpm.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-07. Dicapai pada 2017-11-27.
  2. ^ "Laman Web Rasmi - Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas - Sejarah Jabatan". www.ptjpm.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-07. Dicapai pada 2017-11-27.
  3. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ "Pasir Mas topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-08.
  5. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  7. ^ "Sekolah di PPD Pasir Mas-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
  8. ^ "Sosioekonomi.pdf". Google Docs. Dicapai pada 2024-03-08.
  • Pihak Majlis Daerah Pasir Mas.[pautan mati kekal]
  • Gambar Satelit Pasir Mas
  • Maklumat Jajahan Pasir Mas Diarkibkan 2011-10-26 di Wayback Machine
  • Pejabat Penerangan Daerah Pasir Mas Diarkibkan 2011-10-26 di Wayback Machine
  • http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/khazanah-sejarah-tersembunyi-1.265488 Diarkibkan 2018-01-14 di Wayback Machine


  • l
  • b
  • s
Jajahan
Bandar
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P019 Tumpat
N01 Pengkalan Kubor
N02 Kelaboran
N03 Pasir Pekan
N04 Wakaf Bharu

P020 Pengkalan Chepa
N05 Kijang
N06 Chempaka
N07 Panchor

P021 Kota Bharu
N08 Tanjong Mas
N09 Kota Lama
N10 Bunut Payong

P022 Pasir Mas
N11 Tendong
N12 Pengkalan Pasir
N13 Meranti

P023 Rantau Panjang
N14 Chetok
N15 Gual Periok
N16 Apam Putra

P024 Kubang Kerian
N17 Salor
N18 Pasir Tumboh
N19 Demit

P025 Bachok
N20 Tawang
N21 Pantai Irama
N22 Jelawat

P026 Ketereh
N23 Melor
N24 Kadok
N25 Kok Lanas

P027 Tanah Merah
N26 Bukit Panau
N27 Gual Ipoh
N28 Kemahang

P028 Pasir Puteh
N29 Selising
N30 Limbongan
N31 Semerak
N32 Gaal

P029 Machang
N33 Pulai Chondong
N34 Temangan
N35 Kemuning

P030 Jeli
N36 Bukit Bunga
N37 Air Lanas
N38 Kuala Balah

P031 Kuala Krai
N39 Mengkebang
N40 Guchil
N41 Manek Urai
N42 Dabong

P032 Gua Musang
N43 Nenggiri
N44 Paloh
N45 Galas