Luqman Abdullah

لقمان عبداللهcode: ms is deprecated
Mufti Wilayah Persekutuan ke-8
Penjawat kini
Memegang jawatan
15 Mei 2020Perdana Menteri
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
  • Dato Seri Anwar Ibrahim
TimbalanJamali Mohd AdnanDidahului olehDatuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Butiran peribadiLahir (1969-09-12) 12 September 1969 (umur 54)
Pasir Mas, Kelantan, MalaysiaPasanganDatin Dr. Wan Marhaini Wan AhmadAlma materUniversiti Malaya (BA)
Universiti Edinburgh (PhD)PekerjaanPendakwah dan Pensyarah Universiti

Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Jawi: لقمان بن حاج عبد اللهcode: ms is deprecated ; lahir 12 September 1969) merupakan Mufti Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022.[1] Beliau menggantikan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik sebagai Senator untuk memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau juga merupakan Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Latar belakang

Beliau dilahirkan pada 12 September 1969 di Kampung Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Anak kedua kepada ulama' Kelantan terkenal, Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas pada 1976 hingga 1980. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Ugama (Arabiah) Pasir Mas dari 1981 hingga 1986. Seterusnya beliau melanjutkan Pengajian Asasi di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri dari 1987 hingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda di Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 1989 hingga 1993. Beliau kemudiannya menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah di Universiti Edinburgh, Scotland hingga 2005 dalam bidang undang-undang harta Islam.

Kerjaya

Beliau ialah Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Penulisan

Beliau turut menghasilkan banyak penulisan ilmiah.

Buku

2019

  • Baharom Kassim, Mohd Roslan Mohd Nor. Abdul Karim Ali & Luqman Haji Abdullah.(2019). Menekuni Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk. Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia  
  • Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah & Nor Aini Ali (2019). Kutipan Zakat Rentas Sempadan: Teori Fiqh dan Realiti di Malaysia - Siri Kajian AZKA 1/2019. Kuala Lumpur: PPZ-MAIWP.  

2016

  • Luqman Haji Abdullah, Rushdi Ramli & Noor Fahimah Mohd Razif (2016). Maqasid al-Sgariah:Aplikasi Dalam Aspek Muamalat Dan Kehartaan. Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh Dan Usul, Universiti Malaya.  
  • Razali Md Jani, Muhsin Nor Paizin, Luqman Haji Abdullah & Muhammad Ikhlas Rosele (2016) Menelusuri Isu-isu Kontemporari Zakat, Kuala Lumpur: PPZ.  
  • Luqman Abdullah; Paizah Ismail; Mohd Anuar Ramli & Muhammad Ikhlas Rosele, Konflik Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, 2016.

Bab dalam buku

2019

  • Muhammad Safwan Harun, Luqman Haji Abdullah & Abdul Karim Ali (2019). Pemikiran Yususf al Qaradawi tentang kedudukan non Muslim dalam kalangan masyarakat Islam. In Baharom Kassim, Mohd Roslan Mohd Nor. Abdul Karim Ali & Luqman Haji Abdullah (Eds.), Menekuni Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (pp. 253 264). Shah Alam, Selangor: Persatuan Ulama Malaysia.
  • Luqman Abdullah & Muhammad Ikhlas Rosele (2019), Faraid dan Falsafahnya Menurut al Quran dan Hadis. In Muhammad Hisyam Bin Mohamad & Siti Shamsiah Md Sufi (Eds.), Faraid dan Perancangan Pewarisan: Harta Beku, Bidangkuasa dan Amalan di Malaysia, (41-66). Kuala Lumpur: IKIM.  

2018

  • Luqman Hj Abdullah, Abdul Karim Ali, Noor Naemah Abdul Rahman, Muhammad Ikhlas Rosele, Nor Fahimah Mohd Razif & Muhammad Safwan Harun (2018). Aplikasi Hibah dalam Amalan Joint Tenancy: Analisis di Malaysia dan Singapura. Dalam, Mohd Roslan Mohd Nor, Khadher Ahmad & Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff (ed.), Penyelidikan Serantau Islam dan Alam Melayu: Pendidikan, Kewangan, Kehartaan, Kenegaraan dan Isu Kontemporari (hh. 49-58). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, UM.
  • Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah, Hussein Azeemi Abdullah Thaidi & Muhammad Firdaus Ab Rahman (2018). Aplikasi Zakat Pendapatan dalam Institusi Kewangan Islam di Malaysia. Dalam Azman Ab Rahman, Hussein Azeemi & Muhammad Firdaus (eds.). Kutipan dan Agihan Zakat Malaysia Baharu: Isu, Cabaran dan Harapan (hh. 299-306). Nilai: Penerbit USIM.
  • Nor Fahimah Mohd Razif, Luqman Abdullah, Muhammad Ikhlas Rosele (2018). Analisis Instrumen Hibah Dalam Operasi Perbankan Islam: Tuntutan dan Kekangan. In Zahari Mahad Musa dan Dina Imam Supaat (Eds.), Isu-isu Semasa Islam dan Sains (pp. 253-264). Nilai: Penerbit USIM
  • Luqman Abdullah & Muhammad Ikhlas Rosele (2018). Pendidikan Pondok dan Tahfiz: Cabaran dan Halatuju. Dalam Abdul Karim Ali, Mohd Roslan Mohd Nor & Baharom Kassim (eds.), Islam Era Malaysia Baharu: Dinamika Wacana Kepelbagaian Cabaran (hh. 289-305). Selangor: Persatuan Ulama Malaysia.

2017

  • Noor Naemah Abdul Rahman, Ridzwan Ahmad, Luqman Abdullah. (2017). Persoalan hukum mengenai arahan perubatan awal. Dlm. S.M. Saifuddeen & M.M. Malek (Ed.), Arahan perubatan awal: Perspektif bioetika Islami (pp. 53-82). Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
  • Abdullah, L., Ahmad, W. M. W., Rahman, N. N. A. & Sukor, M. E. A. (2017). Wakaf di Malaysia dalam Era Selepas Kemerdekaan. Dalam Abdul Karim Ali & Mohd Roslan Mohd Nor (Eds.), 6 Dekad Kemerdekaan Agenda Menuju Kehadapan (331-342). Selangor:Persatuan Ulama Malaysia (PUM).  
  • Noor Naemah Abdul Rahman, Ridzwan Ahmad & Luqman Haji Abdullah (2017). Persoalan Hukum Mengenai Arahan Perubatan Awal. In Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh & Mohammad Mustaqim Malek (Eds.), Arahan Perubatan Awal Perspektif Bioetika Islami (pp. 53-82). Kuala Lumpur: IKIM.  
  • Muhammad Ikhlas Rosele & Luqman Hj Abdullah (2017). Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Institusi Kewangan Islam di Malaysia. In Zahari M. M, Azman A. R. & Adibah A. W. (eds.), Memperkasa Kutipan dan Agihan Zakat di Malaysia (pp. 89-96). Nilai: Penerbit USIM
  • Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah & Abdul Karim Ali (2017). Perkembangan Institusi Kewangan Islam di Malaysia dan Prospek Masa Hadapan. Dalam, Abdul Karim Ali & Mohd Roslan Mohd Nor (ed.). 6 Dekad Kemerdekaan: Agenda Menuju Kehadapan (hh. 123-150). Bangi: Persatuan Ulama Malaysia.
  • Muhammad Safwan Harun, Luqman Haji Abdullah & Muhammad Ikhlas Rosele (2017), Pengurusan Wakaf Dalam Memelihara Maqasid al-Shariah, In Najahudin Lateh, Muhammad Rahimin Osman & Ghafarullahuddin Din (eds.,)Isu-isu Kontemporari Dalam Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (pp. 287-294). ACIS:UiTM.  
  • Nor Aini Ali & Luqman Abdullah. (2017). Model taksiran zakat padi di Malaysia. Dalam Zahari Mahad Musa, Azman Ab Rahman & Adibah Abdul Wahab (EDS.), Memperkasa kutipan dan agihan zakat di Malaysia (hh. 97-114). bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan: Penerbit USIM.
  • Muhammad Ikhlas Rosele & Luqman Abdullah (2017). Perbahasan Zakat Saham Dan Realitinya di Malaysia. In Najahudin Lateh, Muhammad Rahimin Osman & Ghafarulahuddin Din (eds.), Isu-isu Kontemporari dalam Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (pp. 71-79).Selangor: ACIS, Universiti Teknologi MARA.  

2016

  • Lufti Fauzi Sabari, Luqman Hj Abdullah & Hanafi Hamdani (2016). Kerangka asas penentuan had kifayah pelajar universiti: Pengalaman di UiTM Shah Alam. Dalam Norlina Ismail, Siti Zulaikha Mokhtar & Tengku Mansor Tengku Zainal Abidin (Penyunting), Isu kontemporari had kifayah zakat dan pengurusan di Malaysia (hlm. 83-98).Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM.  
  • Luqman Haji Abdullah & Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid (2016). Pemikiran Said Ramadhan al Buti mengenai manhaj hukum. Dalam Ridzwan Ahmad, Raihanah Azahari & Noor Naemah Abdul Rahman, Pemikiran Hukum Islam Semasa: Aliran, Kritikan dan Aplikasi (Hlm. 2-36). Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh Dan Usul, Universiti Malaya  
  • Muhammad Alimin, A.F., Draman, M.S., Nurul Kabir, Ahmad Shamsuddin, S.A., Ali, A.K., Haji Abdullah, L. & Hasan Adli, D.S. (2016). Ethical Issues Related to Adult Stem Cells Sources from the Islamic Perspective. In Mohd Yusoff, M.Y.Z & Norasid, M.A (Eds). Qur’anic Research: Interaction of Knowledge, Science and Civilization. (129-143). Malaysia: Centre of Qur’anic Research.

2015

  • Muhammad Ikhlas Rsele & Luqman Haji Abdullah.2015. Amalan Pembayaran Zakat Institusi Kewangan Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan. Dlm. Nor Aini Ali, Azizi Che Seman & Mohammad Taqiuddin Mohamad.Isu Kontemporari Pengurusan Dan Pembayaran Zakat Di Malaysia, hlm149- 158.Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Suariah Dan Ekonomi, APIUM.  

2014

  • Luqman Haji Abdullah.2014.Survival pendidikan pondok dalam arus moden. Dlm. Abd Karim Ali & Rumaizi Ahmad(pnyt).Islam dan tajdid;tinjauan isu-isu dan perspektif semasa, hlm.175-187.Selangor: Persatuan Ulama Malaysia.  

2011

  • Luqman Haji Abdullah.2011. Kerangka Asas Dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini. In. Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad Mustapha (eds.). Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia, pp. 221 - 230. Selangor: Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor  

2009

  • Luqman Abdullah.2009. Manhaj Fiqh Imam Ahmad Bin Hanbal. in Luqman Abdullah et.a., Manahij Fuqaha, Jabatan Fiqh dan Usul,Universiti Malaya

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Pengiktirafan

  • Penasihat Syariah Berdaftar di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - 2017
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Malaya - 2013
  • Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Malaya - 2003, 2006 & 2017

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ Dr Luqman dilantik Mufti Wilayah Persekutuan, Harian Metro, Dicapai pada 15 Mei 2020
  2. ^ "Tengku Zafrul antara 6 penerima Darjah Kebesaran Pangkat Pertama sempena Hari WP". MalaysiaGazette. 1 Februari 2021. Dicapai pada 1 Februari 2021.

Lihat juga

  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara
Kawalan kewibawaan: Pangkalan data saintifik Sunting ini di Wikidata
  • Publons (pengkaji)
  • ResearcherID