Asyraf Wajdi Dusuki

Yang Berbahagia Datuk Wira Dr.

Asyraf Wajdi Dusuki

DCSM (Melaka); DIMP (Pahang); PhD (Loughborough)
Asyraf Wajdi ketika perlantikannya pada 2015
Setiausaha Agung UMNO
Penjawat kini
Memegang jawatan
22 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehAhmad Maslan
Pengerusi
Majlis Amanah Rakyat
Penjawat kini
Memegang jawatan
12 Mac 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehAzizah Mohd Dun
Ketua Pemuda UMNO
Dalam jawatan
25 Jun 2018 – 11 Mac 2023
Naib KetuaShahril Sufian Hamdan
Didahului olehKhairy Jamaluddin
Digantikan olehMuhamad Akmal Saleh
Timbalan Pengerusi UMNO Cawangan Pasir Puteh
Memegang jawatan
1 Januari 2019
PengerusiZawawi Othman
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
26 Mei 2014 – 25 Mei 2017
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
RajaSultan Abdul Halim
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
Digantikan olehFuziah Salleh
Yang di-Pertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
3 Jun 2013 – 28 Julai 2015
Didahului olehDr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Digantikan olehDr. Yusri Mohamad
Butiran peribadi
LahirAsyraf Wajdi bin Dusuki
(1976-05-14) 14 Mei 1976 (umur 47)
Tumpat, Kelantan
Parti politik BN-UMNO
PasanganProf. Datin Wira Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah
IbuDato' Nik Noraini Nik Yahya
BapaDusuki Ahmad
KediamanPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Loughborough
Dikenali keranaPerbankan dan kewangan Islam

Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki (lahir 14 Mei 1976) ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari Jun 2018 hingga Mac 2023. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015 sehingga 10 Mei 2018.

Sebelum pelantikan ini, beliau telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 3 Jun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dalam kerjaya peringkat awal, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudian bertugas sebagai Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu institusi pengajian tinggi di bawah Bank Negara Malaysia.

Pendidikan

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga memiliki Sarjana Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam serta Ph.D dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Loughborough University, United Kingdom.[perlu rujukan]

Waktu di universiti, pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Dinobatkan selaku Graduan Terbaik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun 2000, dan memperoleh beberapa anugerah Graduan Terbaik di peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama.  [1]

Kerjaya

Dalam dunia kewangan Islam, beliau banyak membantu membangunkan polisi-polisi Syariah dan dasar-dasar kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia dan juga luar negara termasuk memberikan latihan dan khidmat Syariah dalam kewangan Islam bagi negara-negara seperti Oman, Turki, Maldives, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Korea Selatan, Afrika Selatan dan lain-lain. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Bank, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Affin Banking Group dan Penasihat Syariah AIA PUBLIC Takaful Berhad hampir 10 tahun.[2]

Selain itu, beliau diamanahkan sebagai Penasihat Syariah dan Konsultan Kewangan Islam di beberapa instititusi Kewangan Islam di dalam dan luar negara termasuklah Maldives Capital Market Development Authority, Maldives Allied Insurance Pvt Ltd., Price Waterhouse Coopers (PWC) Malaysia, London-based Mortgage Company Chain Mender Limited, London-based Halal Industries PLC, US-Based Islamic Financial Institution United Chartered Bank (UCB), ISRA Consultancy Sdn. Bhd., Singapore-based IFIS Business Advisory Pte Ltd dan KA Syariah Advisory.[3]

Beliau juga aktif memberi latihan dan tunjuk ajar dalam perbankan dan kewangan Islam kepada para Hakim-hakim Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, para pengurusan dan pegawai tertinggi Bank Negara Malaysia, pengamal perbankan dan takaful, pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai dalam dan di peringkat antarabangsa.[4][5]

Pada tahun 2011, beliau turut mendapat pengiktirafan Kewangan Islam Antarabangsa apabila dinobatkan sebagai "The Most Upcoming Personality in Islamic Finance" di Persidangan Antarabangsa Oman Islamic Economic Forum.[6]

Akademik

Dalam dunia akademik, beliau pernah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka (2015-2017) dan juga Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014-2016 . Beliau juga sebelum ini merupakan Felo Kehormat Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bagi tahun 2015-2016. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Pelawat dalam bidang Kewangan Islam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengajian (Board of Studies) untuk program-program akademik berkaitan ekonomi dan kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), University of Management and Technology (UMTECH) dan Fellow Bersekutu ISDEV, Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau telah menulis beberapa buah buku dan berpuluh artikel akademik di Jurnal-jurnal antarabangsa. Salah satu artikel beliau bertajuk “Banking for the Poor: The Role of Islamic Banking in Microfinance Initiatives” dianugerahkan sebagai Artikel Terbaik bagi tahun 2009 oleh Emerald Literati Network, sebuah institusi Jurnal Antarabangsa yang paling berprestij. Selain itu, menjadi kolumnis di beberapa akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.

Politik

Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak 2018. Beliau adalah Ketua Pemuda UMNO pertama selepas Barisan Nasional kalah dalam PRU14. Sebelum PRU14, beliau menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Perhubungan NGO-GCOC UMNO Malaysia dan juga Panel Penasihat Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau telah menubuhkan SKUAD SABIL MALAYSIA yang merupakan badan beruniform pemuda UMNO Malaysia.

Skuad Sabil Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 28 Ogos 2019 oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

Nama skuad ini diinspirasikan daripada perkataan Sabil yang digarapkan daripada ilmu Fekah yang bermaksud “Setiap perkara yang diperintahkan ALLAH daripada kebaikan, kebiasaan penggunaannya pada jihad di jalan ALLAH.”

Jadi perkataan Sabil dapat diertikan sebagai apa sahaja amal kebajikan dan kebaikan yang memberi manfaat kepada ummah serta memperoleh keredaan ALLAH SWT dan Skuad Sabil pula sebagai pasukan yang melakukan kebaikan dan kebajikan buat ummah serta mengharapkan keredaan ALLAH SWT

Skuad ini dianggotai oleh anak-anak muda UMNO Malaysia secara sukarela dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dalam masyarakat. Mereka juga bersedia pada bila-bila masa untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat sewaktu ditimpa bencana dan musibah serta sebagai anggota keselamatan dan kesejahteraan khas buat para pemimpin dan peserta di dalam program-program himpunan rakyat.

Skuad ini diwujudkan secara bertanzim dan bersistem di mana ia membolehkan peserta tidak sahaja mampu untuk mencurahkan khidmat bakti namun turut melatih mereka untuk bekerja secara sistematik, berkumpulan dan terancang. Ia juga merupakan satu platform baharu bagi para sukarelawan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendalami ilmu berorganisasi dan berpasukan.

Motto Skuad Sabil Ialah: SETIA BERKHIDMAT

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[7]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undian Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 P28 Pasir Puteh, Kelantan Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO) 30,947 45.41% Kamarudin Mohd Noor (PPBM) 4,896 7.18% 68,150 1,360 81.66%
Nik Zawawi Salleh (PAS) 32,307 47.41%

Rujukan

  1. ^ "Profil". www.asyrafwajdi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-17. Dicapai pada 16 January 2017.
  2. ^ "Dr. Asyraf Wajdi terajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia". Utusan Malaysia. 5 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 16 January 2016.
  3. ^ "Ahli Parlimen". www.parlimen.gov.my. Parliament of Malaysia. Dicapai pada 16 January 2017.
  4. ^ Wouter van Cleef (7 August 2017). "In Maleisië geldt: gij zult geen atheïst zijn". Trouw (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 18 September 2017.
  5. ^ Loulla-Mae Eleftheriou-Smith (8 August 2017). "Malaysian atheist group under investigation over alleged Muslim apostate members". The Independent. Dicapai pada 26 November 2017.
  6. ^ "Atheism is unconstitutional, says Malaysian deputy minister". Today Online. Mediacorp. 23 November 2017. Dicapai pada 26 November 2017.
  7. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018. Results only available from the 2004 election.

8. https://www.sinarharian.com.my/article/45173/KOLUMNIS/Skuad-Sabil-setia-berkhidmat

Pautan luar

  • http://www.isra.my/information/staff-directory/1-isra-staff/4-assoc-prof-dr-asyraf-wajdi-dato-dasuki.html Diarkibkan 2012-04-24 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara
  • l
  • b
  • s
Barisan Nasional
Parti yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Keluarga Malaysia dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan dan
Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional di peringkat Negeri Sabah
Dewan Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Nurul Amal Mohd Fauzi
Wakil Parti
UMNO
MCA
MIC
PBRS
Pengarah Komunikasi
Setiausaha Eksekutif
Mohamad Sahfri Ab Aziz (UMNO)
Jawatankuasa Penyelaras Negeri
Pengerusi
Parti Komponen
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Nurul Amal Mohd Fauzi
Setiausaha Agung
Asyraf Wajdi Dusuki
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Presiden
Timbalan Presiden
Setiausaha Agung
Naib Presiden
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Bendahari Agung
Pengerusi Biro Penerangan
Chan Quin Er
Kongres India Malaysia (MIC)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Rajasekaran Thiyagarajan
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Mohana Muniandy Raman
Bendahari Agung
Amrit Kaur Manjeet Singh
Ketua Penerangan
Gunalan Velu
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
Presiden
Setiausaha Agung
Ketua Pemuda
Edwin Laimin
Ketua Wanita
Zainon Kayum Khan
Bendahari Agung
Edward Yong Set Fung
Ketua Penerangan
Freddie Sua
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Lantikan Agong
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Pahang
Perlis
Aziz Ariffin (UMNO) - Seruandi Saad (UMNO)
Johor
Melaka
Kedah
Dewan Rakyat
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Timbalan Perdana Menteri
Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Mantan Perdana Menteri
Dewan Undangan Negeri
Pahang
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Melaka
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Ketua Menteri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Johor
Penjawat Dewan
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Sabah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Anggota Kerajaan
Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Kelantan
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Negeri Sembilan
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Parti Politik
Parti Komponen
Gabungan
Parti Sokongan
Didahului oleh
Parti Perikatan (1952-1973)
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Parti komponen Barisan Nasional
Majlis Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Puteri
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi (Dipilih)
Ahli Majlis Tertinggi (Dilantik)
Abdul Rahman Mohamad - Rosni Sohar - Arman Azha Abu Hanifah - Yaakub Khan - Norliza Abdul Rahman - Mohd Rais Mohd Yasin - Nurul Amal Mohd Fauzi - Mohd Puad Zarkashi - Johan Abd Aziz - Shaik Hussein Mydin - Yakubah Khan - Mohd Razlan Rafii - Rizam Ismail
Perhubungan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Lantikan Agong
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Pahang
Perlis
Johor
Melaka
Kedah
Dewan Rakyat
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Perdana Menteri
Menteri Kanan
Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Dewan Undangan Negeri
Pahang
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perlis
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
  • Nurulhisham Yaakob
  • Rozieana Ahmad
  • Hamizan Hassan
  • Azizan Sulaiman
  • Siti Berenee Yahaya
  • Asmaiza Ahmad
  • Ruzaini Rais
Penyokong Kerajaan
Melaka
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Ketua Menteri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Johor
Penjawat Dewan
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Sabah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Anggota Kerajaan
Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Kelantan
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penyokong Kerajaan
Negeri Sembilan
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Gabungan Politik
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (2013-2016)
Sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional
Majlis Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi
Dipilih
Dilantik
Turut Hadir
Majlis Perhimpunan Agung
Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti
Pengerusi Lembaga Disiplin
Pengerusi Tribunal Disiplin
Pengerusi Panel Rayuan
Setiausaha Kerja
Badan Perhubungan Negeri
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Terengganu
  • Ahmad Said
Sabah
Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata