Majlis Pemulihan Negara

Majlis Pemulihan Negara
مجليس ڤموليهن نڬارا
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk21 Julai 2021; 2 tahun yang lalu (2021-07-21)
Dibubarkan21 Disember 2022; 15 bulan yang lalu (2022-12-21)
Eksekutif Agensi
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi bertaraf Menteri
Laman sesawang
pelanpemulihannegara.gov.my
Artikel ini adalah sebahagian daripada
siri rencana tentang

Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Malaysia


Kabinet

  • Kabinet I
  • Kabinet II

Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Menteri Dalam Negeri Malaysia


Menteri Pendidikan I Malaysia


Menteri Pelajaran Malaysia


Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia


Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia


Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

  • Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia
    2002

Menteri Belia dan Sukan Malaysia


Menteri Besar Johor Darul Ta'zim


Isu Bertentangan


Yayasan


Badan Pemikir


Keluarga


Buku


Keputusan Pilihan Raya

  • Parlimen Pagoh
  • Dewan Negeri Gambir
  • Dewan Negeri Bukit Serampang

  • l
  • b
  • s


Majlis Pemulihan Negara adalah sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]

Antara tugasnya adalah untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan antara komponen utama dalam Pelan Pemulihan Negara antara yang paling diberikan perhatian. Selain daripada itu, proses memudahcara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.

Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung wabak COVID-19 supaya dapat beralih dari pandemik kepada endemik.[2]

Sejarah

Majlis ini telah dicadangkan oleh Mahathir Mohamad bagi membantu kerajaan membendung wabak COVID-19 ini dan mencadangkan dirinya untuk menjadi Pengerusi.[3] Namun, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan, majlis ini akan dipengerusikan oleh beliau selaku bekas Perdana Menteri.

Setelah Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 lalu, beliau sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.[4] Beliau kemudiannya menerima tanggungjawab tersebut dan menyatakan menerimanya secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.[5]. Pada 21 Disember 2022, Perdana menteri ke 10, Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Majlis Pemulihan Negara dibubarkan berkuatkuasa 21 Disember 2022. [6]

Keanggotaan

Senarai keanggotaan

Majlis Pemulihan Negara
Nama Jawatan
Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi bertaraf Menteri / Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8
Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan
Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin Menteri Kanan Pendidikan
Dato' Sri Fadillah Yusof Menteri Kanan Kerja Raya
Khairy Jamaluddin Abu Bakar Menteri Kesihatan
Tan Sri Bernard Giluk Dompok Wakil Pakatan Harapan dari UPKO
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Wakil Pakatan Harapan dari AMANAH
Chong Chieng Jen Wakil Pakatan Harapan dari DAP
Wong Chen Wakil Pakatan Harapan dari PKR
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah
Tan Sri Azman Mokhtar Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia
Tan Sri Anthony Francis Fernandes Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia
Datuk Seri Wong Chun Wai Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad
Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim Fellow Kanan Institut Masa Depan Malaysia
Datuk Michael Kang Hua Keong Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Prof. Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman Profesor Perubatan dan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya
Dato' Dr. Hartini Zainudin Pengarah Yayasan Siti Sapura Husin
Dr. Sivakumar Thurairajasingam Profesor Psikiatri dan Perubatan Psikologi Universiti Monash
Tan Sri Dato' Sri Dr. Sulaiman Mahbob Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara

Galeri

Rujukan

  1. ^ PM pengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara bersama pakar pelbagai bidang
  2. ^ Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara - KSN
  3. ^ Tun M cadang tubuh Majlis Pemulihan Negara
  4. ^ Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri - KSN
  5. ^ Tan Sri Muhyiddin terima jawatan Pengerusi MPN tanpa imbuhan
  6. ^ Majlis Pemulihan Negara dibubarkan