Mobutu Sese Seko

Mobutu Sese Seko ketika berada di Washington D.C pada 1983.

Mobutu Sese Seko (nama lahir: Joseph-Désiré Mobutu; 14 Oktober 1930 – 7 September 1997) merupakan diktator dan Presiden Republik Demokratik Congo (yang dinamakan beliau sebagai Zaire pada tahun 1971) dari 1965 sehingga 1997. Beliau turut menjadi Pengerusi Pertubuhan Perpaduan Afrika (Organisation of African Unity) antara tahun-tahun 1967 dan 1968.

Pemerintahan Mobutu dikenali kerana pemborosan dan korupsi yang sangat berleluasa; di mana beliau banyak membelanjakan kekayaan dari hasil bumi Zaire demi membangunkan projek megah persendiriannya ketika kebanyakan rakyatnya hidup dalam kemiskinan.[1] Beliau turut cuba menghapuskan semua pengaruh Barat dalam negara itu bukan sahaja sebagai pembentuk suatu identiti kebangsaan yang mengatasi semangat kepuakan dalam kalangan warga Zaire, tetapi juga sebagai suatu pengukuhan terhadap bentuk pemimpinannya.[2] Tambahan lagi, suatu kultus individu diwujudkan pada tahap yang sangat melampau sehingga pada suatu tahap di mana tiada sesiapapun yang boleh dinamai selain Mobutu dalam siaran berita.[3][4]

Beliau digulingkan Perikatan Angkatan Demokratik untuk Pembebasan Congo-Zaïre pimpinan Laurent-Désiré Kabila dalam Perang Congo Pertama.[5] Beliau melarikan diri dari negara itu mulanya ke Togo dan kemudiannya ke Maghribi di mana beliau menghabiskan sisa hidupnya. Beliau meninggal dunia akibat barah prostat di Rabat pada 7 September 1997.

Rujukan

  1. ^ Tharoor, Ishaan (20 Oktober 2011). "Mobutu Sese Seko". Top 15 Toppled Dictators. Time Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-24. Dicapai pada 30 April 2013.
  2. ^ The rise and decline of the Zairian state, Crawford Young, Thomas Turner, University of Wisconsin Press, 1985, m/s. 211
  3. ^ Young and Turner, p. 169
  4. ^ Edgerton, Robert. The Troubled Heart of Africa: A History of the Congo. St. Martin's Press. ISBN 0-312-30486-2.
  5. ^ Dickovick, J. Tyler (2008). The World Today Series: Africa 2012. Lanham, Maryland: Stryker-Post Publications. ISBN 1610488814.

Bibliografi

  • Braeckman, Colette. Le Dinosaure, le Zaïre de Mobutu. Fayard. ISBN 2-213-02863-X
  • Callaghy, Thomas M. Politics and Culture in Zaire. Center for Political Studies. ASIN B00071MTTW
  • Chomé, Jules. L'ascension de Mobutu: Du sergent Désiré Joseph au général Sese Seko. F. Maspero. ISBN 2-7071-1075-2
  • Dungia, Emmanuel. Mobutu et l'Argent du Zaïre, les révélations d'un diplomate, ex-agent des Services secrets. L'Harmattan. ISBN 2-7384-1133-9, ISBN 978-2-7384-1133-4.
  • Edgerton, Robert. The Troubled Heart of Africa: A History of the Congo. St. Martin's Press. ISBN 0-312-30486-2
  • Nzongola-Ntalaja, Georges. The Congo: From Leopold to Kabila: A People's History. Zed Books. ISBN 1-84277-053-5

Pautan luar

  • Belasungkawa Diarkibkan 2012-11-05 di Wayback Machine oleh CNN
  • Anatomy of an Autocracy: Mobutu's 32-Year Reign (biografi mengenai beliau di The New York Times oleh Howard W. French)
  • Mobutu's legacy: Show over substance
Tokoh Perang Dingin
Amerika Syarikat
Kesatuan Soviet
United Kingdom
Jerman Barat
Republik Rakyat China
Mao Zedong · Zhou Enlai (Premier) · Hua Guofeng  · Deng Xiaoping · Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)
Perancis
Itali
Republik Rakyat Poland
Eropah Timur
Timur Jauh
Kanada
Amerika Latin
Timur Tengah
Afrika
Garis masa peristiwa · Portal · Kategori