Menachem Begin

Menachem Begin
מְנַחֵם בְּגִין
Perdana Menteri Israel ke-6
Dalam jawatan
1977–1983
Didahului olehYitzhak Rabin
Digantikan olehYitzhak Shamir
Butiran peribadi
Lahir16 Ogos 1913
Brest, Empayar Rusia
Meninggal dunia9 Mac 1992
Tel Aviv, Israel
Parti politikLikud

Mengenai audio iniMenachem Wolfovich Begin (bantuan·maklumat) (16 Ogos 1913 – 9 Mac 1992) (bahasa Ibrani: מְנַחֵם בְּגִין) ialah seorang Yahudi-Poland yang merupakan ketua Irgun, sebuah kumpulan bawah tanah Zionisme, serta pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan Perdana Menteri Israel Parti Likud yang pertama.

Walaupun dihormati oleh banyak orang Israel, warisan Begin masih menimbulkan banyak perbalahan dan pecah belah. Sebagai ketua kumpulan Irgun, beliau memainkan peranan yang utama dalam pemberontakan Yahudi terhadap Mandat Palestin British dan oleh itu, telah dianggap sebagai pengganas oleh pihak British. Perbuatan-perbuatannya amat dikesali oleh pimpinan Zionisme aliran utama dan akhirnya mengakibatkan beliau diketepikan. Mengalami lapan kekalahan berturut-turut pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi perdana menteri, Begin mula mewakili para penentang terhadap kerajaan yang diketuai oleh Parti Mapai Yahudi Ashkenazi. Kemenangannya dalam pilihan raya pada tahun 1977 bukan sahaja mengakhiri tiga dekad hegemoni politik Parti Buruh, tetapi juga melambangkan penjajaran semula sosial yang baru, dengan komuniti-komuniti yang sehingga ini diketepikan diberikan pengakuan umum. Bagaimanapun, setakat mana perubahan perlambangan ini telah dijadikan dasar kerajaannya masih amat dipertikaikan.

Walaupun Begin memantapkan kedudukannya sebagai seorang ahli ideologi konservatif yang membara, pencapaian utamanya yang pertama sebagai Perdana Menteri adalah untuk merundingkan Persetujuan Kem David dengan Presiden Anwar Sadat dari Mesir pada tahun 1978. Dalam perjanjian itu, beliau bersetuju untuk mengundurkan semua askar Pasukan Pertahanan Israel dari Semenanjung Sinai dan mengembalikannya kepada Mesir. Walaupun demikian, pada tahun-tahun berikut, khususnya semasa penggal keduanya sebagai Perdana Menteri sejak tahun 1981, kerajaan Begin mula menuntut semula agenda nasionalisme dan menggalakkan perluasan petempatan Yahudi di wilayah-wilayah pendudukan Israel. Sebagai balasan terhadap serangan-serangan dari utara, beliau memberikan kebenaran untuk sebuah serangan terhad masuk ke Lebanon selatan pada tahun 1982 yang dengan cepatnya bertambah buruk menjadi sebuah perang penuh. Ketika penglibatan tentera Israel semakin mendalam, Begin semakin menjadi murung dan berat mulut, akibat ketidakupayaan mengawal operasi ketenteraannya di Lebanon serta ketakstabilan ekonomi yang beransur-ansur merosot terus-menerus menjadi hiperinflasi. Tekanan awam yang ditambah buruk lagi oleh kematian isterinya, Aliza, pada November 1982, menambah lagi penarikan diri daripada kehidupan awam sehingga peletakan jawatannya pada September 1983.

Buku-buku oleh Menachem Begin

  • The Revolt (ISBN 0-8402-1370-0)
  • White nights: The story of a prisoner in Russia (ISBN 0-06-010289-6)

Bacaan tambahan

  • Ze'ev Schiff dan Ehud Ya'ari, Israel's Lebanon War, Touchstone, 1985
  • Ilan Peleg, Begin’s foreign policy, 1977-1983 : Israel’s move to the right, Percetakan Greenwood, 1987
  • Colin Shindler, The Land Beyond Promise : Israel, Likud and the Zionist Dream, I.B.Tauris, 2002
  • Eric Silver, Begin: A biography, Weidenfeld & Nicolson, 1984
  • Sasson Sofer, Begin: An anatomy of leadership, Basil Blackwell, 1988

Pautan luar

Laman web rasmi

  • Pusat Menachen Begin Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine
  • Ucapan Perdana Menteri Sharon di Upacara Pembukaan untuk Bangunan Pusat Warisan Begin 16/06/2004
  • Menachem Begin - Perdana Menteri Ke-6 — Laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri

Pautan-pautan lain

  • Persetujuan Kem David
  • Amaran Hotel King David
  • Laman web Irgun
  • Surat sebilangan orang Yahudi yang terkenal kepada New York Times pada tahun 1948 Diarkibkan 2011-09-16 di Wayback Machine
  • Lidah Pengarang Obituari Menachem Begin
  • Yayasan Nobel: Biografi Begin Biography Diarkibkan 2004-08-30 di Wayback Machine *Komplot Yahudi untuk Membunuh Bevin di London Diarkibkan 2018-10-25 di Wayback Machine
  • Susunan 10 Pengganas 1940-an Yang Dikehendaki oleh Pihak Polis
Jawatan politik
Didahului oleh
parti baru
Ketua Parti Herut
1948-1973
Diikuti oleh:
Parti Likud
Didahului oleh
parti baru
Ketua Parti Likud
1973-1982
Diikuti oleh:
Yitzhak Shamir
Didahului oleh
Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
1977-1983
Diikuti oleh:
Yitzhak Shamir
Didahului oleh
Moshe Dayan
Menteri Hal-ehwal Luar Negeri Israel
1979-1980
Diikuti oleh:
Yitzhak Shamir
Didahului oleh
Ezer Weizman
Menteri Pertahanan Israel
1980-1981
Diikuti oleh:
Ariel Sharon
Tokoh Perang Dingin
Amerika Syarikat
Kesatuan Soviet
United Kingdom
Jerman Barat
Republik Rakyat China
Mao Zedong · Zhou Enlai (Premier) · Hua Guofeng  · Deng Xiaoping · Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)
Perancis
Itali
Republik Rakyat Poland
Eropah Timur
Timur Jauh
Kanada
Amerika Latin
Timur Tengah
Afrika
Garis masa peristiwa · Portal · Kategori