Parti Kebangsaan Sabah

ڤرتي کبڠساءن سابهcode: ms is deprecated ‎) atau PKS merupakan sebuah parti politik di Malaysia beroperasi di negeri Sabah, Malaysia.

Parti ini telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2013 bersama lain-lain parti di Sabah dan juga Semenanjung Malaysia. Pelancaran parti ini telah dilaksanakan di Ballroom Hotel Siang Garden, Sandakan pada 18 April 2015 di mana ianya telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Presidennya iaitu Thomas Anggan. Parti ini telah menggariskan dasar perjuangannya di mana matlamat perjuangannya adalah untuk kepentingan masyarakat bumiputera Sabah dan anak-anak Sabah. Parti ini telah mengadakan konsesus dan kerjasama dengan lain-lain parti tempatan Sabah dan Sarawak serta wakil parti dari Semenanjung Malaysia untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (SAKSAMA). Walau bagaimanapun, SAKSAMA sehingga kini masih dalam proses pembentukan.

Parti ini juga merupakan sebuah parti berbilang kaum yang tidak mengira pegangan dan anutan agama, dan suku kaum. Parti ini berlandasakan komsep parti milik semua kaum dan perjuangan untuk semua kaum bumiputera di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.

Setakat ini, parti ini telah mempunyai 24 bahagian di seluruh Sabah dan keanggotan dalam 30 ribu orang. Bagaimanapun, angka ini meningkat dan semakin meningkat arim masa ke semasa. Dijangkakan juga bahawa parti ini akan menyertai pentas politik dan pertandingan dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2018. PKS ketika ini sedang rancak dan berusaha keras menambahkan keahlian dikalangan masyarakat dana anak-anak tempatan negeri Sabah bagi mendukung perjuangannya untuk sebuah negeri yang berdaya maju, aman, makmur dan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Rujukan

  • l
  • b
  • s
Parti yang mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
parti tidak berdaftar ditandakan*

  • Politik Malaysia
  • Portal politik
  • Senarai parti politik yang memenangi pilihan raya umum Malaysia mengikut Parlimen