Parti Rakyat Sarawak

Parti Rakyat Sarawak
Sarawak People's Party
Fail:Logo of PRS.png
SingkatanPRS
PresidenDatuk Joseph Salang Gandum
Timbalan PresidenMajang Renggi
Ketua PemudaSnowdan Lawan
Ketua WanitaDoris Sophia Brodie
Setiausaha AgungMalcolm Mussen Lamoh
PengasasTan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing
Ditubuhkan2004
Ibu pejabat
  • Lot 9029, Tingkat 1, Blok 11, Muara Tebas Land District, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak (Ibu pejabat utama)
  • Pine's Square, Batu Kawah, Kuching, Sarawak (Ibu pejabat baharu)
Akhbar• Utusan Borneo
• The Borneo Post
• The Star (Malaysia)
• Daily Express (Sabah)
• Guang Ming Daily
• Sin Chew Daily
• Straits Times (Singapura)
Sayap beliaPergerakan Pemuda PRS
Sayap wanitaPergerakan Wanita PRS
Keanggotaan348,700 (Ogos 2023)
Ideologi• Nasionalisme Sarawak
• Hak asal bangsa Dayak
• Hak tanah adat peribumi Dayak
• Hak ekonomi Dayak
• Hak budaya & warisan Dayak
• Hak bangsa Melayu & bangsa Cina
• Membanteras budaya rasuah, politik wang, & salah guna kuasa
• Menghentikan amalan sakau harta & sakau wang rakyat
• Perpaduan rakyat Sarawak
• Bersikap jujur, ikhlas, tegas, dan amanah
• Kebebasan beragama
• Hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
• Hak autonomi wilayah
• Reformisme negeri
• Demokrasi sosial
• Kestabilan politik Sarawak
• Kestabilan ekonomi Sarawak
• Hak golongan belia
• Hak golongan wanita
Kedudukan politikTengah ke tengah kanan
Penggabungan kebangsaan• Barisan Nasional (2004–2018)
• Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif)
• Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (rakan gabungan)
SloganBerjuang untuk Sarawak
Bersatu Menuju Sarawak Baharu
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
5 / 31
(kerusi Parlimen di Sarawak)
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
11 / 82
Premier Sarawak:
0 / 1
(hanya di Sarawak)
Laman sesawang
PRS Official Website
PRS Facebook
Politik Malaysia
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara Negara Anggota ASEAN


  • Politik di negeri-negeri
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
  • Wilayah Persekutuan
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s


Parti Rakyat Sarawak atau lebih dikenali sebagai PRS, merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah kanan di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Parti politik tempatan ini adalah salah satu daripada empat parti politik tempatan yang membentuk Gabungan Parti Sarawak. Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga merupakan parti politik kedua terbesar di negeri Sarawak, selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Sejarah asal Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Parti politik ini mula diasaskan secara rasmi pada 2004, selepas berlakunya krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua.

Pada 2 Disember 2006, parti politik ini bermula dengan hanya sebanyak 800 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah mengesahkan kehadirannya di Miri, Sarawak.

Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli PRS terpaksa diketepikan. Antara ahli-ahli PRS yang diketepikan ialah pengasas parti berkenaan, Dato' Sri Sng Chee Hua dan Setiausaha Agung PRS ketika itu, Sidi Munan.

Selain itu, pada masa yang sama juga, beberapa ahli PRS lain turut menerima nasib yang serupa. Antaranya Ketua Wanita PRS waktu itu, Josephine Rindan Mawat serta dua lagi naib presiden ketika itu, iaitu Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri waktu itu, Larry Sng Wei Shien (yang juga merupakan anak lelaki kepada pengasasnya, Sng Chee Hua), dan Jimmy Donald, yang juga merupakan ahli Parlimen Sri Aman ketika itu.

Sehingga akhir Ogos 2023, jumlah keanggotaan parti dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) kini sebanyak 348,700 ahli, sekaligus Parti Rakyat Sarawak adalah merupakan parti politik nasional yang kedua terbesar di Sarawak. Majoriti besar keahliannya adalah terdiri daripada masyarakat kaum Dayak Iban dan kaum Cina, namun penyertaan keahlian dari kaum Bidayuh dan kaum Melayu Sarawak adalah masih diperlukan.

Barisan kepimpinan

  • Pengerusi:
    • Jetli Jelian
  • Timbalan Pengerusi:
    • Andrew Kalom
  • Presiden:
  • Timbalan Presiden:
  • Naib Presiden:
  • Ketua Wanita PRS:
    • Dato' Sri Doris Sophia Brodie
  • Ketua Pemuda PRS:
  • Ketua Setiausaha:
  • Timbalan Ketua Setiausaha:
  • Ketua Bendahari:
  • Timbalan Ketua Bendahari:
  • Ketua Penerangan Umum:
    • Datuk Wilfred Rata Nissom
  • Timbalan Ketua Penerangan Umum:
    • Andy Lawrence
  • Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat:
    • Kennedy Chukpai
    • Wilson Nyabong
    • Christopher Gira
    • Nicholas Kudi Jantai
    • Anyie Jana
    • Dato' Philemon Nuing
    • Alexander Vincent
    • Lau Ting Ping
    • Dato' Azizi Morni
    • Thomas Balan
    • Pandang Semat
    • Alexander Donald
    • Jackson Melintang
    • Petrus Ngelai
    • Rosalind Neging

Wakil Rakyat

Ahli Dewan Rakyat

PRS kini mempunyai 5 Ahli Parlimen:

Negeri No. Perlembagaan Parlimen Ahli Catatan
 Sarawak P202 Sri Aman Doris Sophia Brodi, YB Dato' Sri
P203 Lubok Antu Roy Angau Gingkoi, YB Tuan
P210 Kanowit Aaron Ago Dagang,YB Dato' Menteri Perpaduan Negara Malaysia
P214 Selangau Edwin Banta, YB Tuan
P216 Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong, YB Datuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Ahli Dewan Undangan Negeri

No. Kawasan DUN Nama Parti politik
N.30 Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan PRS
N.31 Bukit Begunan Datuk Mong anak Dagang PRS
N.34 Batang Ai Malcolm Mussen Lamoh PRS
N.49 Ngemah Anyi anak Jana PRS
N.59 Tamin Christopher Gira Sambang PRS
N.60 Kakus Datuk John Sikie Tayai PRS
N.61 Pelagus Wilson Nyabong Ijang PRS
N.64 Baleh Nicholas Kudi Jantai Masing PRS
N.65 Belaga Datuk Liwan anak Lagang PRS
N.66 Murum Kennedy Chukpai Ugon PRS
N.70 Samalaju Datuk Majang anak Renggi PRS

Pilihan raya kecil Batang Ai 2009

Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [3]

Pilihan raya Umum Negeri Sarawak 2021

Parti Rakyat Sarawak berjaya memperoleh kemenangan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum negeri Sarawak.

Logo Parti

PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[4]

  • Lambang PRS masa ditubuhkan, 2004.
    Lambang PRS masa ditubuhkan, 2004.
  • Lambang PBDS, asalnya parti serpihan PRS tertubuh.
    Lambang PBDS, asalnya parti serpihan PRS tertubuh.
  • Logo baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) sekarang.
    Logo baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) sekarang.

Lihat juga

Pautan Luar

  • PRS Official Website Diarkibkan 2018-08-16 di Wayback Machine
  • PRS Facebook
  • The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
  • The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
  • The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
  • The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
  • Khoo, Phillip (Jun, 2004) The Taming of the Dayak. Aliran Monthly

Rujukan

  1. ^ PBDS: Elegy and Eulogy, knight adventure
  2. ^ SARAWAK'S OTHERWISE STAID POLITICS SEES "ACTION" IN 2004, by Edward Subeng, Dec 11, 2004, Bernama
  3. ^ Tan Sri Muhyiddin: BN Mesti Penuhi Janji Kepada Pengundi Batang Ai[pautan mati kekal]
  4. ^ PRS adopts new party symbol, Mar 2, 2010, New Straits Times
  • l
  • b
  • s
Parti yang mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
parti tidak berdaftar ditandakan*

  • Politik Malaysia
  • Portal politik
  • Senarai parti politik yang memenangi pilihan raya umum Malaysia mengikut Parlimen
  • l
  • b
  • s
Gabungan Parti Sarawak
Parti yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Keluarga Malaysia di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak di peringkat Negeri Sarawak
Majlis Kepimpinan Tertinggi
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Parti Komponen
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Naib Yang di-Pertua Kanan
Naib Yang di-Pertua
Naib Yang di-Pertua (Wanita)
Naib Yang di-Pertua (Pemuda)
Setiausaha Agung
Bendahari
Abdul Hamid Sepawi
Ketua Penerangan
Parti Rakyat Sarawak
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Doris Sophia Brodie
Ketua Pemuda
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Malcolm Mussen Lamoh
Ketua Penerangan
Wifred Nissom
Parti Rakyat Bersatu Sarawak
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Kho Teck Wan
Ketua Pemuda
Michael Tiang Ming Tee
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Adam Yii Siew Sang
Parti Demokratik Progresif
Presiden
Timbalan Presiden
Ketua Wanita
Chiew Yen Chew
Ketua Pemuda
Robert Ayu
Setiausaha Agung
Setiausaha Penganjur Kebangsaan
Yong Li Na
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri Sarawak
Dewan Rakyat
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Menteri Kanan
Menteri
Duta Khas Bertaraf Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Premier
Timbalan Premier
Menteri Negeri
Timbalan Menteri Negeri
Penyokong kerajaan
PBB
SUPP
PRS
PDP
Parti Politik
Parti Komponen
Parti Sokongan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Pecahan dari
Kategori Kategori
Ikon tunas

Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s