Paus Ioannes XXIII

Santo
Ioannes XXIII
Giovanni XXIII
John XXIII
Mula Menjawat28 Oktober 1958
Tarikh Tamat Jawatan3 Jun 1963
PendahuluPaus Pius XII
PenggantiPaus Paul VI
Butiran peribadi
Kelahiran(1881-11-25)25 November 1881
Sotto il Monte, Bergamo, Itali Itali
Meninggal duniaRalat: Perlu tarikh lahir yang sah (tarikh kedua): tahun, bulan, hari
Istana Paus, Kota Vatikan Kota Vatikan
Jata Paus John XXIII

Paus Santo Ioannes XXIII (Bahasa Latin: Ioannes PP. XXIII; Bahasa Itali: Giovanni XXIII, Bahasa Inggeris: John XXIII; nama lahir: Angelo Giuseppe Roncalli pada 25 November 1881 - 3 Jun 1963) ialah seorang paderi Katolik dari negara Itali dan Paus ke-262 dari tahun 1958 sehingga tahun 1963. [1]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Sotto il Monte di utara Itali.

Paderi

Pada tahun 1904, beliau telah dilantik sebagai seorang paderi di Gereja Roman Katolik. Pada tahun seterusnya, Uskup Bergamo, Giacomo Maria Radini Tedeschi melantik Roncalli sebagai setiausahanya. Roncalli banyak mengikuti Uskup Giacomo dalam lawatan pastoral. Roncalli sering membantu Uskup Giacomo seperti menguruskan buletin keuskupan, menziarahi orang, dan kerja-kerja sosial. Selepas kematian Uskup Giacomo pada tahun 1914, Paderi Roncalli terus mengajar di seminari, tetapi telah diheret ke dalam Perang Dunia I dan berkhidmat sebagai kor sarjan perubatan. Hidupnya selepas perang mula berubah secara mendadak, dan dia juga mendapat perhatian Paus Pius XI.

Uskup

Dari tahun 1925 sehingga tahun 1944, Roncalli merupakan seorang wakil paus di Balkan dan di Timur Tengah. Paus Pius XI melantik beliau sebagai seorang pelawat rasmi dan pemeriksa dalam Gereja Roman Katolik di Bulgaria, yang membawanya kepada keuskupan dengan Keuskupan Areopolis. Beliau memilih moto, Oboedientia et Pax, yang merupakan moto beliau untuk sepanjang hidupnya.

Paus

Kardinal Roncalli telah dipilih sebagai paus pada 28 Oktober 1958. [2] Pertabalannya telah disiarkan di televisyen Eropah dan difilemkan untuk tontonan di bahagian-bahagian lain di dunia.

Paus John telah dikenali dengan menamakan Kardinal dari Afrika yang pertama, kardinal dari Jepun yang pertama, kardinal dari Filipina yang pertama dan Kardinal dari Venezuela yang pertama. [3]

Beliau merupakan Paus yang pertama untuk membuat lawatan rasmi kepada Presiden Republik Itali di Istana Quirinal. [4]

Majlis Mesyuarat Vatikan Kedua

Paus John membawa bersama uskup dan kardinal gereja dalam mesyuarat yang dipanggil Majlis Mesyuarat Vatikan Kedua. [5]

Meninggal dunia

John XXIII meninggal dunia akibat perut berlubang pada 3 Jun 1963. Beliau meninggal dunia selepas sebuah missa diadakan khas untuknya di Dataran Saint Peter diketuai oleh Paderi Luigi Traglia. Kemudian biliknya diterangi, sekali gus memberitahu rakyat apa yang telah berlaku. Beliau dikebumikan pada 6 Jun di grottos Vatikan. Pada 22 Jun 1963, sehari selepas rakan dan penggantinya Paus Paul VI dipilih, kemudian berdoa di makam John XXIII.

Selepas kematiannya

Pada 3 September 2000, Paus John XXIII telah dirahmati dan diberi gelaran "Paus Diberkati John XXIII". Pada 27 April 2014, Paus John XXIII telah dikanunkan oleh Paus Francis dan mengisytiharkan Santo baharu Gereja Roman Katolik diberi gelaran "Santo John XXIII" bersama Paus John Paul II yang kini dikenali sebagai "Santo John Paul II".

Laman yang berkaitan

  • Paus (Katolik)

Rujukan

  1. ^ "List of Popes," Ensiklopedia Katolik (2009). Dicapai 2011-11-02.
  2. ^ "Cardinal Roncalli Elected Pope,"
  3. ^ "Pope John Names a Negro Cardinal; A Native African, a Japanese and a Filipino Among 7 to Be Princes of Church
  4. ^ "John XXIII Is First Pope to Call on Italian President,"
  5. ^ "Vatican Council Recessed in 1962,"

Pautan luar

  • (Inggeris) Vatican webpage, John XXIII biography
  • (Inggeris) Catholic Hierarchy, Pope Paul IV
  • (Inggeris) Cardinals of the Holy Roman Church, Cardinal Roncalli
Didahului oleh
Pius XII
Paus
1958–1963
Diikuti oleh:
Paulus VI
  • l
  • b
  • s
Pertubuhan, Kepausan, Ajaran dan Tradisi Sembahyang Kristian
Sejarah
Yesus · Dua Belas Para Rasul · Agama Kristian Awal · Sejarah kepausan · Majlis · Perang Salib · Misi · Perpecahan Agung Timur · Perpecahan Agung Barat · Reformasi · Reformasi Balas · Agama Katolik mengikut negara
Gereja
Paus · Kardinal · Bapa · Ketua paus yang utama · Primat · Metropolitan · Uskup agung · Uskup
Teologi
Sangti Trinitas/Tritunggal · Dosa asal · Satu, Kudus, Katolik dan Apostolik · Ibadat · Limpah Kurnia Tuhan · Salvation · Khutbah di atas Gunung · Sepuluh Hukum · Dogma · Tubuh dan Jiwa
Sakramen
Pembaptisan#Pembaptisan dan penyelamatan Katolik · Penguatan · Ekaristi · Penebusan · Pengurapan orang sakit · Pentabhisan Paderi · Perkahwinan
Mariologi
Mariologi Roman Katolik · Penghormatan kepada Bonda Maria · Sejarah Mariologi · Mariologi Santo · Mariologi Paus · Doktrin Maria · Ibu Tuhan · Perawan Suci · Konsep Suci  · Kenaikan ke Syurga
Para Santo Santa
Albertus Magnus · Ambrose · Anselm dari Canterbury · Antonio dari Padua · Thomas Aquinas · Athanasius dari Alexandria · Augustinus dari Hippo · Basil dari Caesarea · Bede · Robert Bellarmine · Bernard dari Clairvaux · Bonaventure · Petrus Canisius · Catherine dari Siena · Peter Chrysologus · John Chrysostom · Cyril dari Alexandria · Cyril dari Jerusalem · Peter Damian · Ephrem si Orang Syria · Francis de Sales · Gregorius Agung · Gregorios dari Nazianzus · Hilary dari Poitiers · Isidorus dari Sevilla · Jerome · John dari Damascus · John dari Salib · Lawrence dari Brindisi · Leo Agung · Alphonsus Liguori · Thérèse de Lisieux · Teresa dari Ávila
Paus Benedictus XVI
Sidang sulit · Teologi · Karya · Deus Caritas Est · Sacramentum Caritatis · Summorum Pontificum · Spe Salvi · Caritas di Veritate
Paus sebelumnya
Ordo & Kongregrasi
Asumptionis · Ordo Augustinus · Ordo Benedictus · Ordo Capuchin · Ordo Carmel · Ordo Chartreuse · Kongregasi Salib Suci · Ordo Dominic · Ordo Francis · Jesuit · Ikhwan Santo Philip Neri
Vatikan II
Takrif Gereja · Gaudium et Spes · Lumen Gentium · Nostra Aetate
Ritus Gereja Katolik, diisihkan
mengikut tradisi
sembahyang Kristian
Alexandrian · Qibti · Habsyi · Antiochian · Maruniyah · Suryani · Syro-Malankara · Armenia · Armenia · Byzantium · Albania · Belarus · Bulgaria · Croatia · Hungary · Italo-Yunani · Makaduniah · Melkit · Romania · Rusia · Ruthenia · Slovak · Ukraine · Yunani · Suryani Timur · Kalda · Syro-Malabar · Rom · Ambrosia · Sarum · Mustarab · Anglican Use · Latin · Persaudaraan Paderi Santo Petrus
Komuniti dan Devosi Umat Katolik
Kerahiman Ilahi
Portal Paus Portal Agama Katolik


  • l
  • b
  • s
Abad ke-1
hingga ke-4
  • iconPortal Katolik
Abad ke-5
hingga ke-8
Abad ke-9
hingga ke-12
Abad ke-13
hingga ke-16
Abad ke-17
hingga ke-20
Abad ke-21
Kesemua paus diberi bentuk nama dalam bahasa Latin, bahasa rasmi gereja, untuk tujuan keseragaman