Peluru berpandu krus

Naval Strike Missile

Peluru berpandu krus (atau kadang kala dipanggil sebagai peluru berpandu luncur atau peluncur) merupakan sebuah peluru berpandu yang menggunakan sayap pengapung dan biasanya menggunakan sistem tujahan jet untuk mengekalkan penerbangan. Peluru berpandu krus secara prinsipnya merupakan sebuah pesawat udara tanpa pemandu. Ia biasanya direka untuk membawa kepala peledak nuklear atau sejumlah besar bahan letupan konvensional sejauh beratus-ratus kilometer dengan tepat.

Pada 2005, peluru berpandu krus biasanya meluncur pada kelajuan sub-sonik, pemanduan-sendiri dan terbang pada aras rendah bagi mengelakkan daripada dikesan oleh radar. Pembangunan terkini peluru berpandu krus oleh India dan Rusia yang dinamakan BRAHMOS (sempena sungai Brahmaputra di India dan sungai Moscow di Rusia) merupakan sebuah peluru berpandu krus berkelajuan supersonik dan mempunyai kadar ketepatan yang tinggi. BRAHMOS dipercayai adalah sebuah peluru berpandu supersonik yang paling tepat di dunia dan ia boleh dilancarkan dari udara, laut atau darat.

Pada 2011, dianggarkan sebiji peluru berpandu krus berharga £500,000 (US$830,000).[1]

Sejarah

Sejarah pembangunan peluru berpandu krus bermula apabila Jerman telah membangunkan peluru berpandu V1 semasa Perang Dunia II. Meskipun peluru berpandu V1 berjaya dipintas, ini tidak menjadikan konsep peluru berpandu krus telah gagal. Selepas perang, Amerika Syarikat telah meletakkan sejumlah kecil peluru berpandu krus nuklear di Jerman. Penyelidikan berterusan bagi versi jarak lebih jauh dan lebih pantas kemudian menghasilkan Navaho buatan Amerika Syarikat, manakala Kesatuan Soviet pula telah mengeluarkan Burya dan Buran. Bagaimanapun, konsep penggunaan peluru berpandu krus jarak jauh dibatalkan apabila peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) telah dibangunkan. Selepas itu, negara seperti Amerika Syarikat lebih banyak memberi tumpuan bagi membangunkan peluru berpandu krus jarak dekat seperti peluru berpandu Tomahawk.

Rujukan

  1. ^ Libya: Is cost of military mission sustainable? BBC News

Pautan luar

  • Pengenalan kepada peluru berpandu krus
  • Peluru berpandu krus DIY
  • ACT for Disarmament Diarkibkan 2006-08-14 di Wayback Machine
  • Peluru berpandu supersonik BRAHMOS buatan India-Rusia
  • l
  • b
  • s
Jenis-jenis peluru berpandu
Mengikut platfom
Mengikut panduan
Peluru berpandu anti radar · Peluru berpandu panduan wayar · Panduan tuju inframerah · Beam riding · Panduan laser · Panduan aktif radar · Panduan tuju radar semi-aktif
Senarai
Senarai peluru berpandu · Senarai peluru berpandu mengikut negara
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan