Persepolis

Lokasi Persepolis
Gambar daripada mitologi Parsi di Balai Apadana: Angra Mainyu membunuhl lembu jantan purbakala yang keturunannya diselamatkan oleh Mah (Bulan) sebagai sumber untuk semua haiwan yang lain.

Persepolis (Parsi Lama: Pars, Parsi Baru: تخت جمشید, 'Takht-e Jamshid') adalah ibu kota istiadat Empayar Achaemenes, dinasti Iran yang kedua. Kota ini terletak kira-kira 70 kilometer di timur laut bandar raya Shiraz kini, dan tidak jauh dari kuala Sungai Pulwar dengan Sungai Kur (Kyrus). Kepada para penduduk Parsi kuno, kota ini dikenali sebagai "Parsa" yang membawa pengertian "kota bangsa Parsi". "Persepolis" ialah terjemahan Yunani untuk nama ini (Περσες bermaksud "bangsa Parsi" + πόλις bermaksud "kota"). Di Iran, tapak itu kini dikenali sebagai "Takht-e Jamshid" (Singgahsana Jamshid).

Bangunan yang terbesar dan paling rumit di Persepolis ialah balai menghadap, atau Apadana, yang mempunyai 36 batang tiang serta dua buah anak tangga yang besar.


Pembinaan

Bukti arkeologi mencadangkan bahawa tinggalan-tinggalan terawal Persepolis wujud sejak dari sekitar 518 SM.

Andre Godard, ahli arkeologi Perancis, yang mengekskavasi Persepolis pada awal dekad 1950-an mempercayai bahawa Cyrus Agung ialah yang memilih tapak ini untuk Persepolis, manakala teres dan istana-istana yang besar di bina oleh Darius Agung.

Darius menitahkan pembinaan Istana Apadana dan Balai Perdebatan (Tripylon atau Balai Tiga Pintu), serta Bangunan Perbendarahaan Empayar dan persekitarannya, yang disiapkan pada zaman pemerintahan puteranya, Raja Xerxes I. Pembinaan bangunan-bangunan tambahan di teres tersebut berterusan sehingga kejatuhan dinasti Achaemenes.

Penyelidikan arkeologi

Ekskavasi saintifik yang pertama di Persepolis dilaksanakan oleh Ernest Herzfeld pada tahun 1931, selepas ditempah oleh Institut Timur di Universiti Chicago. Herzfeld mempercayai bahawa alasan di sebalik pembinaan Persepolis ialah keperluan untuk mencipta sebuah suasana yang hebat dan agung sebagai lambang empayar, serta untuk merayakan peristiwa-peristiwa khas, khususnya Nowruz, (Tahun Baru Iran yang diadakan pada 21 Mac). Atas alasan sejarah dan minat-minat yang berakar umbi, kota ini dibina di tempat lahir dinasti Achaemenes, walaupun tapak ini bukannya pusat Empayar ketika itu.

Ciri utama seni bina Persepolis ialah tiang-tiangnya yang diperbuat daripada kayu. Hanya apabila pokok araz yang terbesar dari Lebanon atau pokok jati dari India tidak memenuhi saiz yang dikehendaki bahawa arkitek-arkitek Persepolis menggunakan batu. Pangkal-pangkal dan junjung-junjung tiang sentiasa diperbuat daripada batu, walaupun pada tiang-tiang kayu, tetapi junjung kayu mungkin juga digunakan.

Tinggalan-tinggalan yang termasuk timbulan-timbulan bas dan arca-arca memberi wawasan tentang hati dan kepercayaan penduduk-penduduk Iran kuno. Bangunan-bangunan di Persepolis dibahagikan kepada tiga kawasan:

  • tempat tinggal tentera
  • bangunan perbendaharaan
  • tempat menyambut tetamu dan istana-istana peristiwa untuk Raja antara Raja-raja.

Bangunan-bangunan ini termasuk Tangga Agung, Pintu Negara-negara (Xerxes), Istana Apadana Darius, Balai Seratus Tiang, Balai Tripylon dan Istana Tachara Darius, Istana Hadish Xerxes, Istana Artaxerxes III, Bangunan Perbendaharaan Empayar, Kandang-kandang Kuda Diraja, serta Rumah Rata.

Lihat juga

Galeri

  • Darius I dari Parsi.
    Darius I dari Parsi.
  • Darius I dari Parsi.
  • Ukiran-ukiran bunga di dinding Perspolis.
    Ukiran-ukiran bunga di dinding Perspolis.
  • Pintu masuk ke Perspolis
    Pintu masuk ke Perspolis
  • Pandangan Pintu Xerxes (Pintu Semua Negara).
    Pandangan Pintu Xerxes (Pintu Semua Negara).
  • Pandangan dinding Istana Perspolis.
    Pandangan dinding Istana Perspolis.
  • Muzium Persepolis di dalam halaman istana.
    Muzium Persepolis di dalam halaman istana.

Pautan luar

  • Pemandangan Satelit Persepolis @ Peta-peta Google
  • Persepolis
  • Koleksi Imej Persepolis
  • Harta karun tersembunyi Iran (Berita Saluran 4)
  • Persepolis Dicipta Semula - Filem Dokumentari - Pembinaan Semula Persepolis Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine
  • Gambar-gambar Foto Persepolis, Institut Timur di Universiti Chicago.
  • Persepolis
  • Gambar-gambar foto dan peta Persepolis
  • Arkib gambar Persepolis
  • Perincian Persepolis
  • Gambar-gambar dan filem-filem 3D terbina semula tentang Persepolis
  • Rahsia tangga Istana-G di Persepolis didedahkan[pautan mati kekal], Agensi Berita Warisan Kebudayaan, 13 Februari 2006.
  • Mohor-mohor di Batu Bersurat Kubu Persepolis - oleh Mark B. Garrison dan Margaret C. Roo di laman web Institut Timur
  • Projek Arkib Pengubuan Persepolis