Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

ڤياݢم ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتوcode: ms is deprecated
{{{image_alt}}}
Piagam PBB
Dirangka14 Ogos 1941Ditandatangani26 Jun 1945 di San Francisco, California, Amerika Syarikat
Berkuat kuasa
24 Oktober 1945SyaratRatifikasi oleh China, Perancis, Kesatuan Soviet, United Kingdom, Amerika Syarikat dan oleh majoriti negara penandatangan yang lain.Pihak193
Pemegang simpanan
Amerika Syarikat Charter of the United Nations di Wikisumbersunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (juga dikenali sebagai Piagam PBB) ialah perjanjian asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah pertubuhan antara kerajaan.[1] Ia menubuhkan tujuan, struktur pentadbiran, dan keseluhan rangka kerja sistem PBB, termasuk enam alat pentingnya: Sekretariat, Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan Majlis Peramanahan.

Piagam PBB memberikan mandat bahawa PBB dan negara anggotanya mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mendukung undang-undang antarabangsa, mencapai "taraf hidup tinggi" untuk rakyatnya, mengutarakan "masalah ekonomi, sosial, kesihatan, dan masalah berkaitan", dan menggalakkan "rasa hormat sejagat untuk, dan pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asas untuk semua tanpa pembezaan terhadap kaum, jantina, bahasa, atau agama."[2][3] Sebagai piagam dan perjanjian unsur, peraturan dan kewajipannya mengikat pada semua anggota dan menggantikannya daripada perjanjian yang lain.[1][4]

Semasa Perang Dunia Kedua, kuasa Berikat, dikenali secara rasmi sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bersetuju atas keperluan menubuhkan pertubuhan antarabangsa pascaperang yang baru.[5] Menurut matlamat ini, Piagam PBB telah dibincang, disediakan, dan didrafkan semasa Persidangan San Francisco yang bermula pada 25 April 1945, yang melibatkan kebanyakan negara berdaulat di dunia.[6] Berikutan kelulusan dua pertiga daripada setiap bahagian, teks terakhir diterima pakai sebulat suara oleh para utusan dan dibuka untuk tandatangan pada 26 Jun 1945;[7][8] ia telah ditandatangani di Peringatan Perang San Francisco dan Pusat Seni Pentas di San Francisco, Amerika Syarikat, oleh 50 daripada 51 negara anggota asal.[7][Note 1]

Piagam tersebut mula berkuat kuasa pada 24 Oktober 1945, berikutan ratifikasi oleh lima anggota kekal asal Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu—China,[Note 2] Perancis,[Note 3] Kesatuan Soviet,[Note 4] United Kingdom, dan Amerika Syarikat—dan majoriti penandatangan yang lain. Selepas itu, 24 Oktober kemudian diisytiharkan sebagai Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[9] Perhimpunan Agung PBB yang pertama, mewakili 51 anggota asal, dibuka di London pada Januari yang berikutnya. Pada ulang tahun kermpat penguatkuasaan Piagam, batu sudut diletakkan untuk ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sekarang di Bandar Raya New York. Dengan 193 pihak, kebanyakan negara di dunia kini telah mengesahkan Piagam tersebut.

Lihat juga

  • iconPortal Politik

Nota kaki

  1. ^ Poland, anggota asal yang lain, yang tidak diwakili di persidangan tersebut, menandatanganinya dua bulan kemudian.
  2. ^ Selepas tahun 1949, terletak di Taiwan; digantikan pada 25 Oktober 1971 oleh Republik Rakyat China
  3. ^ Kemudian diganti oleh Republik Keempat dan kemudian Republik Kelima.
  4. ^ Diganti oleh Persekutuan Rusia pada tahun 1991.

Rujukan

  1. ^ a b "Introductory Note". Un.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2005. Dicapai pada 9 Februari 2013.
  2. ^ Christopher N.J. Roberts (Jun 2017). "William H. Fitzpatrick's Editorials on Human Rights (1949)". Quellen zur Geschichte der Menschenrechte [Sources on the History of Human Rights]. Human Rights Working Group in the 20th Century. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 4 November 2017.
  3. ^ Editors, History com. "U.N. Charter signed". HISTORY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-20.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  4. ^ "Chapter XVI: Miscellaneous Provisions". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2013. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  5. ^ "1944-1945: Dumbarton Oaks and Yalta". www.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-26. Dicapai pada 2020-08-20.
  6. ^ "1945: The San Francisco Conference". www.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-26. Dicapai pada 2020-08-20.
  7. ^ a b "1945: The San Francisco Conference". www.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-26. Dicapai pada 2019-10-20.
  8. ^ "United Nations Conference on International Organization Proceedings". Hoover Institution (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-20.
  9. ^ General Assembly Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 168 session 2 United Nations Day on 31 Oktober 1947

Pautan luar

  • Teks Penuh Di Tapak Sesawang PBB
  • Scanned copy of the signed charter
  • Original ratifications.
  • Ratifications/admissions under Article IV.
  • Alger Hiss recounts transporting the UN Charter after its signing.
  • Procedural history note and audiovisual material on the Charter of the United Nations in the Historic Archives of the United Nations Audiovisual Library of International Law
  • Declaration of Principles of International Law Concerning Friendly Relations and Cooperation Among States in Accordance with the Charter of the United Nations
  • Lecture by Annebeth Rosenboom entitled Practical Aspects of Treaty Law: Treaty Registration under Article 102 of the Charter of the United Nations in the Lecture Series of the United Nations Audiovisual Library of International Law
  • Christopher N.J. Roberts (June 2017). "William H. Fitzpatrick's Editorials on Human Rights (1949)". Quellen zur Geschichte der Menschenrechte [Sources on the History of Human Rights]. Human Rights Working Group in the 20th Century.

Templat:UN Charter

  • l
  • b
  • s
Sistem
Penubuhan
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Badan utama
Program, Dana
dan badan lain
Negara anggota
dan pemerhati
Ketetapan

Templat:UN Security Council Templat:International Criminal Court

Portal:
  • icon Politik
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Australia
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek
  • Rangkaian Sosial dan Konteks Arkib
  • SUDOC (Perancis)
    • 1