Piala Presiden Malaysia 2023 (dirujuk sebagai Piala Presiden) ialah kejohanan musim ke-35 Piala Presiden sejak penubuhannya pada tahun 1986. Liga ini kini adalah untuk liga bola sepak di Malaysia peringkat remaja (B21).
Johor Darul Ta'zim III menang 5–1 secara agregat menentang Negeri Sembilan B21 di perlawanan akhir bagi merangkul gelaran ketiga mereka.
Peraturan
Had umur
Piala Presiden Malaysia 2023 ialah persaingan bola sepak amatur dalam Malaysia untuk pemain di bawah-21. Sejak penubuhannya pada tahun 1986, 'Piala Presiden' telah menjadi kejohanan yang besar bagi pemain di bawah-21 dan bawah 23. Pada tahun 2009, format pertandingan telah diubah dengan hanya pemain di bawah-20 yang layak untuk diisi untuk kejohanan itu. Pada tahun 2015, format pertandingan itu kembali kepada format asal dengan pemain di bawah 21.
Format
Kejohanan dimainkan seperti berikut:
Peringkat kumpulan: 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu dari Kumpulan A hingga Kumpulan D. Pasukan akan bermain perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan dengan pasukan dalam kumpulan masing-masing.[perlu rujukan]
Selepas 12 perlawanan dalam kumpulan, dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke liga satu, baki lapan pasukan terbawah setiap kumpulan akan di letakkan ke liga dua.[perlu rujukan]
Peringkat liga: 16 pasukan dibahagi kepada dua liga kumpulan iaitu liga satu di isi lapan pasukan dan liga dua juga di isi lapan pasukan. Pasukan akan bermain satu perlawanan tunggal dengan pasukan dalam liga masing-masing, dimana venue perlawanan akan ditentukan penganjur.[perlu rujukan]
Selepas perlawanan liga, lima pasukan pasukan teratas dari liga satu dan dua pasukan dari liga dua beserta pemenang play-off antara pasukan yang berada di kedudukan ke-6 liga satu dan kedudukan ke-3 liga dua akan mara ke suku akhir.[perlu rujukan]
Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik.[perlu rujukan]
Pasukan
Pasukan berikut akan mengambil bahagian dalam Piala Presiden Malaysia 2023.[perlu rujukan]
^ abJawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan Perak III diberikan kemenangan 3–0 selepas perlawanan pindaan 20 Mei 2023 dibatalkan kerana tuan rumah, Kelantan B21 gagal menyediakan venue perlawanan.