Piala MFL 2023, juga dikenali sebagai Liga Simpanan 2023 adalah merupakan edisi sulung Piala MFL, sebuah kejohanan bola sepak remaja Malaysia untuk pemain berumur bawah 23 tahun.[1]
Terengganu II menang 1–0 menentang Johor Darul Ta'zim II di perlawanan akhir bagi merangkul gelaran pertama mereka.
Peraturan
Had umur
Piala MFL 2023 ialah sebuah kejohanan bola sepak Malaysia yang dikhaskan kepada para pemain bawah umur 23 tahun. Ini adalah edisi pertama ianya dianjurkan oleh MFL dengan 15 pasukan telah disahkan mengambil bahagian. MFL juga telah membenarkan penyertaan kuota kepada 5 pemain lebih umur, termasuk 3 pemain asing dalam setiap pasukan dengan hanya 2 pemain asing dan satu pemain lebih umur dibenarkan beraksi di atas padang pada satu-satu masa.[2]
Format
Kejohanan dimainkan seperti berikut:
Peringkat liga: 15 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A akan dianggotai 8 pasukan dan kumpulan B akan dianggotai 7 pasukan yang masing-masing di tarik dari balang Zon Tengah, Utara, Selatan, Timur, Borneo dan Kelab 1 Negeri.
Pusingan 1 Dibahagikan dalam dua kumpulan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 2
Pusingan 2 Terdiri satu kumpulan lapan pasukan, setiap pasukan akan bermain perlawanan tunggal menentang pasukan dalam kumpulan, dimana venue perlawanan akan ditentukan penganjur.[perlu rujukan] Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati[perlu rujukan]
Peringkat kalah mati: Peringkat kalah mati adalah perlawanan akhir untuk menentukan pemenang, ianya akan dimainkan dalam satu perlawanan tunggal[perlu rujukan]
^"127 Perlawanan Piala MFL 2023 Disiarkan Secara Langsung Di Youtube" (dalam bahasa Melayu). sukanz.com. 22 Mac 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"Format Baharu Piala MFL – Liga Satu Kumpulan, 3 Pemain Import Atas Padang". sukanz.com. 30 Januari 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
^"FAM League Recap: Sime Darby, UKM secure promotion". Sports247.my. Dicapai pada 5 November 2017.
^"Stadium Darul Aman". Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman. Dicapai pada 4 November 2017.
^"Sultan Muhammad IV". Sejarah Kelantan. Dicapai pada 4 November 2017.
^"City Boys banking on stadium renovation completion to draw KL-ites back in 2018 MSL". Goal.com. Dicapai pada 4 November 2017.
^"Tuanku Abdul Rahman Stadium". Seremban Municipan Council. Dicapai pada 5 November 2017.[pautan mati kekal]
^"Perak to play at Lumut Stadium in 2018". Stadium Astro. Dicapai pada 11 January 2018.
^"Sejarah SAFA". The Tambadau. Dicapai pada 5 November 2017.
^"Stadium Darul Makmur". StadiumDB.com. Dicapai pada 3 November 2017.
^"UNDIAN PIALA MFL 2023". Malaysian football league. 31 Januari 2023. Dicapai pada 7 Mac 2023.