Putera Muhammad

Putera Muhammad
Kelahiran
Putera Muhammad bin Shamshull Kamar

(1992-08-21) 21 Ogos 1992 (umur 31)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2012–kini

Putera Muhammad Shamshull Kamar (lahir 21 Ogos 1992) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Bakatnya dalam bidang muzik dicungkil menerusi rancangan realiti nyanyian, Mentor Legend sebagai anak didik Ella. Beliau juga ialah vokalis kumpulan rock, Madam.

Kerjaya

Putera Muhammad mula berkecimpung dalam bidang muzik secara serius apabila beliau menyertai pertandingan realiti nyanyian, Mentor Legend sebagai anak didik Ratu Rock, Ella dan pernah berjaya mara ke peringkat pemilihan protege Top 12.[3]

Beliau melancarkan single solo pertamanya, "Ada Kamu" di bawah Suria Records (SRC). Kemudian, diikuti oleh single kedua, "Putus". Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk lagu tema drama One Cent Thief yang bertajuk "Punca" menampilkan duet bersama Lil J.

Beliau menubuhkan kumpulan Madam pada tahun 2020 di mana beliau menjadi vokalisnya.[4] Kumpulan ini turut dianggotai oleh Fadhil Qayyum (gitar), Azuan Tarmizi (bes) dan Herman Kamal (dram).[5]

Kehidupan peribadi

Putera Muhammad dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada 4 beradik. Beliau ialah pemegang ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[2]

Diskografi

Tajuk Tahun
"Ada Kamu" 2017
"Putus" 2019
"Punca" (bersama Lil J) 2022

Filemografi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Mentor Legend Dirinya sendiri/Peserta TV3
2023 Big Stage 5 Astro Ria
2024 The Hardest Singing Show

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Mami Jarum Kembali Aiman Filem pertama

Rujukan

  1. ^ Norhayati Nordin (23 Oktober 2018). "Putera terus mencuba". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2019.
  2. ^ a b Ardini Sophia Sina (21 Januari 2019). "Putera Muhammad belum mengalah". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2019.
  3. ^ Khaleeda Rashikin (3 Jun 2018). ""Perangai Masih Sama, Cuma...'- Putera Muhammad kongsi pengalaman sebagai anak seni". Media Hiburan. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  4. ^ Farhan Ikram (23 Julai 2020). "Setahun merajuk sebab bakat tak laku, kini Putera Muhammad masuk band rambut panjang - "Saya nak cuba cara lain"". mStar Online. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  5. ^ Mohd Haikal Isa (3 Ogos 2021). "Rock selama-lamanya Madam". Kosmo!. Dicapai pada 15 Mei 2022.

Pautan luar

  • Profil rasmi di Astro Gempak
  • l
  • b
  • s
Pengacara
Juri
Juara
Naib Juara
Peserta
Musim 1
Musim 2
Musim 3
Musim 4
Musim 5
Rencana berkaitan
Petunjuk: 1 juri bukan warganegara Malaysia. 2 peserta bukan warganegara Malaysia. 3 menarik diri. 4 telah meninggal dunia.