Rabai

Sebahagian turutan rencana mengenai
Orang Yahudi dan Agama Yahudi
Bintang Nabi Daud Menorah
Siapakah seorang Yahudi? · Etimologi · Budaya
Agama
Tuhan dalam agama Yahudi (Nama)
Prinsip keimanan · Mitzvot (613)
Halakha · Shabbat · Cuti
Sembahyang · Tzedakah
Brit · Bar / Bat Mitzvah
Perkahwinan · Kematian
Falsafah · Etika · Kabbalah
Adat · Sinagog · Rabai
Teks
Tanakh
(Torah · Nevi'im · Ketuvim)
Targum
Talmud (Misnah · Gemara)
Sastera (Midrash · Tosefta)
Misnah Taurat · Tur
Shulchan Aruch
Zohar · Tanya
Perkauman
Ashkenaz · Sefarad · Mizrah
Romaniot · Yahudi Itali · Yahudi Yaman
Afrika · Habsyi · Bukhara ·
Georgia • Gunung · Cina
India · Khazar · Karaim •
Samaria • Kriptoyahudi
Penduduk
Orang Yahudi mengikut negara · Rabais
Perbandingan penduduk
Israel · Amerika Syarikat · Rusia
Iraq · Sepanyol · Portugal · Itali
Poland · Jerman · Bosnia
Latin America · Perancis
England  · Belanda · Kanada
Australia · Hungary · India
Turki · Greece · Afrika
Iran · China · Pakistan · Romania ·
Senarai tokoh Yahudi
Mazhab
Ortodoks · Konservatif
Pembaharuan · Pembinaan semula
Liberal · Karaite · Kemanusiaan
Pembaharuan · Alternatif
Ibrani · Yiddish
Yahudi-Parsi · Ladino
Yahudi-Arami · Yahudi-Arab
Garis masa · Ketua
Silam · Kuil
pembuangan Babylon
Baitulmaqdis/Kuil Suci
(dalam agama Yahudi · Garis masa)
Bani Hasmonea · Sanhedrin
Schisms · Farisi
perang Yahudi-Rom
agama Kristian dan Yahudi
Islam dan agama Yahudi
Diaspora · Zaman Pertengahan
Sabbateans · Hasidism · Haskalah
Pembebasan · Holokus · Aliyah
Israel (sejarah)
percanggahan Arab · Tanah Israel
Baal teshuva · Penindasan
Antisemitisme (sejarah)
Politik
Zionisme
(Buruh · Pengulangkaji 
 Kewarakan · Umum)
Bundisme · Agudath Israel Sedunia
Feminisme Yahudi · Politik Israel
Yahudi sayap kiri · Yahudi sayap kanan
  • l
  • b
  • s

Rabai (kadangkala dieja Rabbi; Ibrani Ashkenaz: רְבִּי rǝbbī dan רַבִּי rabbī; Ibrani Sefardi: רִבִּי ribbī; Jawi: راباي، ربيcode: ms is deprecated ) ialah guru agama atau ulama dalam agama Yahudi.[1] Perkataan "rabai" (guruku) berasal daripada kata akar Ibrani Klasik "Rav", yang bererti "hebat" atau "dihormati". Semua permasalahan agama Yahudi biasanya dirujuk kepada rabai dan mereka mempunyai peranan sebagai penasihat dan ketua agama dalam setiap masyarakat Yahudi.

Seseorang menjadi rabai dengan ditahbiskan oleh rabai lain—proses yang dipanggil semikhah—setelah mempelajari sejarah dan teks-teks Yahudi seperti Talmud. Jawatan rabai berasal dari era Farisi (167 SM – 73 TM) dan Talmud (70 – 640 TM) ketika ulama-ulama berkumpul menghimpunkan hukum-hakam agama Yahudi. Istilah "rabai" digunakan buat kali pertama pada abad pertama Masihi. Lama-kelamaan, peranan rabai dipengaruhi oleh paderi-paderi Kristian Protestan dan rabai mula memberi khutbah, kaunseling, dan menjadi mewakili komuniti. Pada abad ke-19 di Jerman dan Amerika Syarikat, aktiviti-aktiviti ini menjadi lebih penting.

Bergantung pada mazhab, terdapat kriteria yang berbeza untuk menjadi seorang rabai. Sesetengah komuniti Yahudi Ortodoks tidak percaya bahawa wanita boleh menjadi rabai,[2][3] manakala komuniti lain seperti Konservatif, Pembaharuan dan Rekonstruksionis membenarkan wanita menjadi rabai untuk hal-hal yang berkait dengan hukum-hakam dan akhlak.[4][5]

Rabai Moshe Feinstein, tokoh berkuasa Rabai terkemuka agama Yahudi Ortodoks akhir abad kedua puluh.

Etimologi

Perkataan "rabai" diserap melalui bahasa Inggeris "rabbi", yang itu pula datang daripada perkataan Ibrani Misynah רְבִּי rǝbbī,[a] bermaksud "Tuan [Nama]"; kata nama standardnya dalam Ibrani ialah רב rav "tuan". רב rav juga digunakan sebagai gelaran untuk seorang rabai,[7] begitu juga rabbeinu ("tuan kami") dan ha-rav ("sang tuan"). Ia lebih kurang setara dengan perkataan "ustaz" atau "syeikh" yang digunakan oleh masyarakat Muslim dalam bahasa Melayu.

Kata akar Ibrani tersebut pula berasal daripada kata akar Semitik ר-ב-ב (R-B-B), yang dalam bahasa Aram Alkitab bermaksud "hebat", malah "dihormati", tetapi biasanya digunakan sebagai imbuhan awalan dalam sesetengah binaan.[8] Walaupun rabim "many" (seperti dalam 1 Raja-raja 18:25, הָרַבִּים) "majoriti, kelompok kebanyakan" digunakan untuk bercakap tentang komuniti dalam Naskhah Laut Mati, tiada bukti yang menyokong ia ada kaitan dengan jawatan "rabai".[9] Akarnya serumpun dengan perkataan bahasa Arab ربّ rabb,[10] yang bermaksud "tuan" (biasanya digunakan tentang Tuhan tetapi juga untuk raja-raja atau bangsawan), dan kepada perkataan bahasa Suryani ܪܒܝcode: syr is deprecated rabi.

Sesetengah komuniti, lebih-lebih lagi Yahudi Sefardi dan Yaman, dahulu menyebutnya רִבִּי rībbī; sebutan ini telah bersaing dengan this רְבִּי rǝbbī dan רַבִּי rabbī dalam dialek Ashkenaz sehingga zaman moden.[11][12]

Catatan

  1. ^ Ada juga yang menghubungkannya dengan Ibrani Misynah רֶבִּי rebbī, (Kaufmann A50 RH 2:12)/ רִבִּי rībbī (Parma A RH 2:12) "tuan saya" tetapi ini amat jarang ditemui dalam teks-teks lama.[6]

Rujukan

  1. ^ rabbi | Definition, History, & Functions | Britannica
  2. ^ Israel-Cohen, Y. (2012). "Chapter Five: Orthodox Women Rabbis? It's Only a Matter of Time". Dalam Between Feminism and Orthodox Judaism (m/s 69–78). Brill.
  3. ^ Nadell, P. S. (2019). Paving the Road to Women Rabbis. Gender and Religious Leadership: Women Rabbis, Pastors, and Ministers, 89.
  4. ^ "Orthodox Women To Be Trained As Clergy, If Not Yet as Rabbis". Forward.com. Mei 21, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 6, 2011. Dicapai pada Mei 3, 2012.
  5. ^ PRI.org Can Orthodox Jewish Women be Rabbis? Diarkibkan Januari 12, 2016, di Wayback Machine, November 9, 2015
  6. ^ רב ורבנים. 2021-06-03. Dicapai pada 2022-01-31.האקדמיה ללשון העברית
  7. ^ "Rav". Dictionary.com. Dicapai pada 21 April 2022.
  8. ^ Entri Rab dalam Theological dictionary of the Old Testament Jil. 13 (Fabry, 2013, m/s 273) "Kata akar ini juga RAB... juga dibuktikan wujud dalam bahasa Phoenicia dengan kukuh. Sini, rab juga berfungsi sebagai gelaran; makna khususnya boleh ditentukan hanya dengan hubungannya dengan jawatan-jawatan- dan peranan-peranan lain. Semua dialek bahasa Aram banyak menggunakan akar ini."
  9. ^ Entri Rab dalam Theological dictionary of the Old Testament Jil. 13 (Fabry, 2004, m/s 298), "Tiada bukti untuk menyokong gelaran "Rabai" berkait dengan penggunaan ini, seperti yang sering disebut dalam perbincangan-perbincangan ... seperti yang dicadangkan oleh M. Burrows dan diulang oleh Carmignac, 584"
  10. ^ "What does rabbi mean?".
  11. ^ Siddur Azor Eliyahu, m/s 18 (tentang "Ribbi Yishmael Omer" sebelum Pesukei deZimra). Teks dengan singkatan dikembangkan mengikut glosarinya (kurungan dalam kurungan asal, segi empat sama ditambah berdasarkan glosari): רִבי ישמעאל. בחיריק—כך הוא בכל סידורים ישנים ]הכוונה לסידורי אשכנז שנדפסו עד לסידור ר' שבתי סופר מפרעמישלא] (כמו שקלאוו תקמ"ח, דיהרנפורט תקמ"ח, תקנ"ב, תקס"ב, זולצבאך תקנ"ג), כך הוא בהגדה של פסח על ביאור הגר"א שהדפיס רמ"מ משקלאוו בהוראדנא בשנת תקס"ה (וכן הוא בסידורי הספרדים והתימנים). והשינוי לרַבי בפתח הוא משינויי ויעתר יצחק (ספר הגהות על סידור אשכנז וסידור תפילה מאת יצחק סאטאנוב, ברלין תקמ"ד) ובעקבותיו ניקד כן גם ר' וואלף היידנהיים (ויעב"ץ ניקד רְבי בשווא והאריך בזה בלוח ארש). בגמרא מופיע בריבי מלא (מכות ה' ב' חולין פ"ד ב' קל"ז א' שבת קט"ו א' ערובין נ"ג א') וחסר (חולין י"א ב', כ"ח א') ומשמע מכך שאמרו רִבי בחיריק, וגם מפירוש רבינו חננאל (פסחים נ"ב ב' וסוכה מ"ה א') משמע כן. "Rabai Yishmael - beginilah ia ditulis dalam semua kitab-kitab sembahyang lama (yang dicetak hingga Siddur Rabai Shabtai Sofer dari Frankfurt, seperti Klaauw pada tahun 1588, Djerenafor pada tahun 1568, Tukhnov pada tahun 1562, Tuksev pada tahun 1622, Zoltzbach pada tahun 1593), juga dalam Haggadah Paskah dengan ulasan Gra (Vilna Gaon) dicetak oleh RMM dari Klaauw di Horda pada tahun 1765 (begitu juga kitab-kitab sembahyang Sefardi dan Yaman). Perubahan “Rav” dalam pembukanya disebabkan perubahan yang dibuat oleh Ye’ater Isaac (buku glos-glos Siddur Ashkenaz dan kitab sembahyang oleh Isaac Satanov, Berlin 1744) dan mengikut beliau, Rabai Wolf Heidenheim juga meletakkan tanda baca begini (Veata Netzav menandakan “Rabbi” dengan bunyi e-pepet dan menghuraikannya dalam kalenda Roach Ash). Dalam Talmud, ia dieja penuh (Makot 5b, Chulin 83b, Shabbat 105a, Eruvin 53a) dan tidak mempunyai Heh (Chulin 11b, 28a) seakannya mereka menyebut “Rabbi” dengan huruf Heh, seperti yang dijelaskan oleh Rabbenu Chananel."
  12. ^ Englishman's Greek Concordance of the New Testament oleh Wigram, George V.; memetik Matius 26:25, Markus 9:5 dan Yohanes 3:2 (antara lain)
  • l
  • b
  • s
Mazhab
Perpecahan · Hubungan Intra-Yahudi · Ortodoks · (Haredi · Hasidik · Ortodoks Moden) · Konservatif · Dibentuk-semula · Pembina-semula · Pembaharuan Yahudi · Rabbinik · Karaite · Samaritan · Kemanusiaan
Falsafah
Prinsip keimanan · Bangsa terpilih · Eshatologi · Etika · Halakha · Teologi Holokus · Kabbalah · Kashrut · Mesianisme · Minyan · Gerakan Mussar · Nama Tuhan · Tujuh Rukun Noah · Tzedakah · Tzniut
Teks keagamaan
Tanakh (Torah · Nevi'im · Ketuvim· Arba'ah Turim · Khumas · Kuzari · Midras · Misnah Berurah · Misnah Taurat · Piyyut · Karya Rabbinik · Shulchan Aruch · Siddur · Talmud · Tosefta · Zohar
Kepimpinan
Abraham · Isaac · Jacob · Sarah · Rebecca · Rachel · Leah · Moses · Deborah · Ruth · David · Solomon · Elijah · Hillel · Shammai · Judah haNasi · Saadia Gaon · Rashi · Isaac Alfasi · Ibrahim ibn Izra · Tosafists · Rambam · Nahmanides · Asher ben Jehiel · Gersonides · Joseph Albo · Yosef Karo · Baal Shem Tov · Shneur Zalman of Liadi · Vilna Gaon · Leopold Zunz · Israel Jacobson · Abraham Geiger · Ben Ish Chai · Avrohom Mordechai Alter · Ovadia Yosef · Moshe Feinstein · Elazar Shach · Menachem Schneerson
Kehidupan dan budaya
Siapakah seorang Yahudi? · Bar Mitzvah · Kematian · Brit milah · Perkahwinan · Niddah · Pidyon HaBen · Budaya Yahudi Sekular · Shidduch · Zeved habat
Peranan dan tempat
Empat Kota Suci (Baitulmaqdis · Safad · Hibrun/Khalil · Teberya/Tabariyah· Beth din · Gabbai · Hazzan · Kahin · Maggid · Mashgiach · Mikwah · Mohel · Rabai · Rebbe · Rosh yeshiva · Sinagog/Kanisah · Kuil · Maskan · Tembok Meratap
Rencana keagamaan
Aleinu · Amidah · Empat Spesies · Gartel · Hallel · Havdalah · Kadis · Kittel · Kol Nidre · Ma Tovu · Menorah (Hanukiah) · Mezuzah · Ibadat · Sefer Taurat · Khidmat · Shema Yisrael · Shofar · Tallit · Tefillin · Tzitzit · Yad · Yarmulke
Agama lain
Pandangan Yahudi mengenai pluralisme keagamaan · Agama kefahaman Ibrahim · Kristian (Katolisme · Penyelarasan Kristian-Yahudi · Judeo-Kristian · Mormonisme) · Islam · Yahudi Buddha · Judeo-Paganisme · Lain-lain
Bahasa
Ibrani · Yahudi-Arab · Judeo-Arami · Yahudi-Parsi · Ladino · Yiddish
Sejarah
Purba · Kuil di Baitulmaqdis · Tawanan Babylonia · Baitulmaqdis (Kepentingan · Garis masa) · Hasmonean · Herod · Sanhedrin · Farisi Saducees · Essenes · Perang Yahudi-Rom Pertama · Pemberontakan Bar Kokhba · Diaspora · Zaman Pertengahan · Pemerintahan Muslim · Sabbateans · Haskalah · Pembebasan · Holokus · Aliyah · Israel (Sejarah· Arab-Israel · Konflik Israel-Palestin · Tanahair Israel · Gerakan Baal teshuva · Sejarah Yahudi mengikut negara
Politik
Zionisme (Umum · Buruh · Keagamaan · Revisionis) · Gerakan politik (Yahudi kiri · Yahudi kanan · Anarkisme Yahudi) · Kesatuan Buruh Yahudi Umum · Agudath Dunia Israel · Feminisme · Politik Israel
Antisemitisme
Sejarah · Penindasan · Baru · Perkauman · Keagamaan · Sekunder


Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.