San Marino

ريڤوبليك ترامت موليا سن مارينوcode: ms is deprecated
Serenissima Repubblica di San Marino
Bendera San Marino
Jata San Marino
Bendera Jata
Cogan kata: Libertas  (Latin)
"Kebebasan"
Lagu kebangsaan: "Inno Nazionale della Repubblica"Lokasi  San Marino  (dibulatkan dalam sisipan) di Eropah  (putih)
Lokasi  San Marino  (dibulatkan dalam sisipan)

di Eropah  (putih)

Ibu negaraSan MarinoBandar terbesarSerravalleBahasa rasmibahasa Itali1KerajaanRepublik
• Kapten Regen
Alessandro Rossi
Milena Gasperoni
• Menteri Luar
Luca Beccari Penubuhan
• Tarikh
3 September 301 M
• Perairan (%)
diabaikanPopulasi
• Perkiraan Januari 2005
28,117 (ke-212)KDNK (PPP)2001
• Jumlah
$904 juta (ke-195)
• Per kapita
$34,600 (12th)HDI (2013)0.875[1]
sangat tinggi · ke-26Mata wangEuro (€)
(EUR)Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)Kod panggilan378Kod ISO 3166SMDPT internet.sm
1 "SAN MARINO" (PDF). UNECE. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-26. Dicapai pada 2007-09-03.

Republik Teramat Mulia San Marino (/ˌsæn məˈriːnoʊ/, Bahasa Itali: sam maˈriːno; Jawi: سن مارينوcode: ms is deprecated ), secara rasminya dikenali sebagai Republik San Marino (Itali: Repubblica di San Marino; Romagnol: Ripóbblica d' San Marein), juga dikenali dengan Most Serene Republic of San Marino (Itali: Serenissima Repubblica di San Marino) (Itali: Serenissima Repubblica di San Marinocode: it is deprecated ) ialah sebuah negara di Pergunungan Apennine dan juga sebuah enklaf tidak berpantai yang dikelilingi sepenuhnya oleh Itali. Selaku salah sebuah negeri mikro di Eropah, San Marino mempunyai populasi terkecil di kalangan semua ahli Majlis Eropah.

Mengikut tradisi, San Marino merupakan republik berpelembagaan tertua di dunia yang masih wujud, sejak penubuhannya pada tahun 301 Masihi oleh Marinus dari Rab, seorang tukang batu beragama Kristian yang melarikan dirinya daripada penindasan terhadap penganut agama Kristian oleh Maharaja Diocletian di Rom. San Marino mempunyai perlembagaan bertulis tertua yang masih dipakai, iaitu sejak tahun 1600.[2]

Sejarah

Menurut tradisi, Santo Marinus meninggalkan pulau Rab di Croatia moden bersama-sama sahabatnya Leo dan pergi ke Rimini sebagai tukang batu. Setelah ditindas kerana menyebarkan ajaran Kristian, beliau lari ke Monte Titano dan membina sebuah gereja kecil dan mendirikian kota dan negara San Marino. Tarikh rasmi pendirian republik ini ialah 3 September 301 Masihi.

Pada pertengah abad kelima, sebuah masyarakat telah dibentuk; disebabkan oleh lokasi yang sulit dicapai serta taraf masyarakat yang miskin, negara ini dapat mempertahankan kemerdekaannya meskipun dengan sedikit gangguan. Pada 1503, Cesare Borgia, anak Paus Alexander VI menakluki republik selama enam bulan hingga kemerdekaan republik dipulihkan oleh pengganti ayahnya, Julis II.[3] Pada 1631, kemerdekaannya diakui oleh Negeri-Negeri Paus.

Geografi

Peta San Marino

San Marino adalah sebuah enklaf dalam Itali yang berbatasan kawasan Emilia-Romagna dan Marche. San Marino hanya berkeluasan lebih 61 km2, menjadikan negara ini sebagai negara kelima terkecil dunia (ketiga terkecil di Eropah selepas Kota Vatikan dan Monaco). Topografinya didominasi oleh Pergunungan Apennine. Titik tertinggi negara ialah Gunung Titano dengan ketinggian 749 meter di atas paras laut. San Marino adalah negara ketiga terkecil di Eropah setelah Kota Vatikan dan Monaco. San Marino tidak memiliki tanah yang datar; keseluruhan negara terletak di atas pegunungan.

Politik

Pemerintahan San Marino menuruti prinsip republik demokratik berperwakilan berparlimen. Dua orang ketua berkongsi kuasa sebagai ketua negara dan kerajaan, iaitu Regen Kapten. Parlimen negara, Maljlis Agung dan Umum dengan 60 buah kerusi memegang kuasa perundangan negara dan berkuasa untuk melantik Regen-Regen Kapten setiap enam bulan. Kedua-dua pemerintah dipilih daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang untuk menjamin keseimbangan kuasa.

Pembahagian pentadbiran

Sempadan pentadbiran San Marino

San Marino dibahagikan kepada sembilan buah perbandaran atau castelli, termasuk ibu kota, bandar San Marino. Setiap castelli memiliki sebuah ibu kota, capoluogo. Senarai castelli adalah seperti di bawah:

  • Bandar San Marino
  • Acquaviva
  • Borgo Maggiore
  • Chiesanuova
  • Domagnano
  • Faetano
  • Fiorentino
  • Montegiardino
  • Serravalle

Ekonomi

San Marino menggunakan mata wang euro meskipun bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah serta bukan anggota rasmi zon euro. Industri utama di negara ini termasuk bidang perbankan, elektronik, tembikar dan pelancongan. Hasil-hasil pertanian utama negara ialah anggur dan keju. Sektor pelancongan menyumbang kepada 22% KDNK negara dengan jumlah pelancong mencecah dua juta orang pada 2014.[4]

Demografi

Negara ini memiliki penduduk sebanyak kira-kira 32,000 orang termasuk 1,000 orang asing yang kebanyakan daripada mereka ialah orang Itali. Kira-kira 5,000 penduduk negara tinggal di luar negara, lazimnya di Itali. Menurut CIA World Factbook, rata-rata jangka hidup laki-laki mencapai 78.52 tahun sedangkan perempuan mencapai 85.72 tahun. Bahasa Itali ialah bahasa rasmi serta bahasa utama penduduk negara.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Filling Gaps in the Human Development Index Diarkibkan 5 Oktober 2011 di Wayback Machine, United Nations ESCAP, February 2009
  2. ^ Law Library of United States Congress. "Guide to Law Online: San Marino". Dicapai pada 2007-03-29.
  3. ^ Paul Joseph The SAGE Encyclopedia of War: Social Science Perspectives: Volume IV, 2017, p. 1511.
  4. ^ "Tourists flows" (PDF). statistica.sm. Statistical Office of San Marino. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2015. Dicapai pada 16 Disember 2015.

Pautan luar


  • (Inggeris) CIA World Factbook: San Marino
  • (Itali) Musei di Stato della Repubblica di San Marino
  • (Itali) Setiausaha Negeri untuk Hubungan Luar dan Politik
  • (Inggeris) History of San Marino: Primary Documents
  • (Inggeris) Visit San Marino - Laman web Pelancongan Rasmi San Marino
  • (Itali) Maklumat am San Marino: Politik, Institusi dan lain-lain Diarkibkan 2018-11-08 di Wayback Machine
  • (Inggeris) San Marino: excerpt from a 1769 Guidebook
  • l
  • b
  • s
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Eropah
Negara berdaulat

Albania · Andorra · Armenia · Austria · Azerbaijan · Belanda · Belarus · Belgium · Bosnia dan Herzegovina · Bulgaria · Croatia · Cyprus · Denmark · Estonia · Finland · Georgia · Hungary · Iceland · Ireland · Itali · Jerman · Kazakhstan · Kosovo · Kota Vatikan Latvia · Liechtenstein · Lithuania · Luxembourg · Macedonia Utara · Malta · Moldova · Monaco · Montenegro · Norway · Perancis · Poland · Portugal · Republik Czech · Romania · Rusia · San Marino · Sepanyol · Serbia · Slovakia · Slovenia · Sweden · Switzerland · Turki · Ukraine · United Kingdom · Yunani

Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain
Denmark
Finland
Norway
United Kingdom
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Yunani
  • Croatia
  • Sweden
  • Vatican
Lain-lain
Ikon tunas

Rencana berkaitan Eropah ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s