Scenes of Malaysian Life

Scenes of Malaysian Life
"Perak Wedding" karya Lat dalam siri ini.
PengarangLat
Status terkini/jadualTamat
Tarikh dilancarkan1974
Tarikh berakhir2014
Nama lainLat & Easy
PenerbitNew Straits Times

Scenes of Malaysian Life (juga dikenali sebagai Lat & Easy dari 2002 sehingga 2014) merupakan siri lerang komik oleh kartunis Malaysia, Lat, yang diterbitkan dan disiarkan di dalam akhbar New Straits Times.[1][2] Lerang komik ini, yang disiarkan selama 40 tahun, dari 1974 sehingga 2014,[3] menggambarkan cara hidup masyarakat Malaysia yang berbilang budaya.[4] Kebanyakan karya beliau dalam siri ini juga dimuatkan dalam buku komik beliau.

Latar belakang

Pada tahun 1973, Lat, yang ketika itu bertugas sebagai wartawan jenayah di New Straits Times,[5] telah menghantar lerang komiknya untuk majalah Asia Magazine yang berpangkalan di Hong Kong dengan budaya hidup tradisional sebagai subjek utama yang mana beliau melukis kartun dan menyediakan dialog tentang upacara tradisi Melayu Islam, berkhatan.[6][7][8] Ia menarik perhatian ketua pengarang New Straits Times ketika itu, Lee Siew Yee, yang kemudiannya menawarkan jawatan kartunis tetap di akhbar itu.[9][10] Lat kemudian mengambil jawatan itu yang dicipta khas untuk beliau oleh penyunting akhbar itu, Abdul Samad Ismail.[11][12] Ini mendorong Lat untuk mengarang lerang komik Scenes of Malaysian Life yang mana tugas beliau ialah mengetengahkan kehidupan seharian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya dan hal ehwal semasa.[9][13][14] Beliau menggambarkannya sebagai "sesuatu yang sangat inovatif pada ketika itu".[9]

Kartun pertama yang dilukis oleh Lat untuk siri ini ialah "Perak Wedding", yang diterbitkan pada Mac 1974.[2][15] Selepas pulang ke Malaysia daripada pengajiannya selama 4 bulan di St Martin's School of Art di London,[16] Lat mengubah format Scenes of Malaysian Life kepada siri kartun editorial. Pada tahun 1984, sebahagian daripada keinginan untuk menjauhkan diri daripada tumpuan umum, Lat meletak jawatan daripada New Straits Times untuk menjadi pekerja bebas,[17][18][19] namun akan terus melukis Scenes of Malaysian Life untuk akhbar tersebut.[20] Pada tahun 1995, Scenes of Malaysian Life dihentikan seketika daripada New Straits Times kerana Lat mengambil keputusan untuk bercuti selama setahun. Siri itu kembali diterbitkan pada tahun berikutnya[21] sehingga ia berakhir pada tahun 2014.[3]

Sambutan

Lerang komik ini mendapat sambutan yang baik[22][23] dan membawa karya Lat ke puncak kemasyhuran.[24] Pada tahun 2000-an, siri ini disiarkan tiga kali seminggu dalam New Straits Times.[25]

Galeri Ilham menggambarkan siri ini sebagai "naratif yang benar-benar Malaysia dan menggambarkan kehidupan sebuah negara dengan sempurna".[26]

Lihat juga

  • Keluarga Si Mamat

Rujukan

  1. ^ Muliyadi 2004, m/s. 216.
  2. ^ a b Berita Harian, Dua kekuatan jadi rahsia 2018.
  3. ^ a b Ipoh Echo, Kampung Boy and Beyond 2020.
  4. ^ New Straits Times, Lat recalls life 2020.
  5. ^ The Straits Times, Knowing Lat 1986, m/s. 6.
  6. ^ Willmott 1989.
  7. ^ Pameran Retrospektif Lat 2003, m/s. 118.
  8. ^ Jayasankaran 1999, m/s. 36.
  9. ^ a b c Lat 1994, m/s. 25.
  10. ^ History of New Straits Times 2007.
  11. ^ Nor-Afidah 2002.
  12. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 27:05–27:23.
  13. ^ Muliyadi 2003a.
  14. ^ Muliyadi 2004, m/s. 213.
  15. ^ The Borneo Post, Appreciating our multiculturalism 2019.
  16. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 30:35–31:15.
  17. ^ Lat 1994, m/s. 34.
  18. ^ Lent 1999.
  19. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 38:45–39:35.
  20. ^ Lat 1994, m/s. 35.
  21. ^ New Straits Times, Lat on sabbatical 1995.
  22. ^ Rohani 2005, m/s. 390.
  23. ^ Bissme 2009.
  24. ^ New Straits Times, Lat shares his thoughts 2020.
  25. ^ Pilcher & Brooks 2005, m/s. 125.
  26. ^ Ilham Gallery 2015.

Bibliografi

Wawancara/introspektif diri
  • Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (17 Mac 2019). "Lat, his cartoons and appreciating our multiculturalism". The Borneo Post. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  • Tan Mei Kuan (29 Disember 2020). "Interview with Lat: Kampung Boy and Beyond" (Wawancara). Ipoh Echo. Dicapai pada 25 Mei 2021.
Sumber berita
  • Annuar Othman (8 Mei 1986). "Knowing cartoonist Lat through exhibition". The Straits Times. m/s. 6. Dicapai pada 25 Mei 2019.
  • "Cartoonist Lat on sabbatical for a year". New Straits Times. 31 Disember 1994. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  • Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (19 Mac 2018). "Dua kekuatan jadi rahsia apresiasi Lat". Berita Harian. Dicapai pada 24 May 2021.
  • Arfa Yunus (23 Ogos 2020). "NST175: Lat recalls life as crime reporter". New Straits Times. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  • Elena Koshy (1 November 2020). "Iconic cartoonist Lat shares his thoughts about cartooning and his father's lasting legacy". New Straits Times. Dicapai pada 25 Mei 2021.
Buku
  • Muliyadi Mahamood (2003a). "Lat Dalam Konteksnya" [Lat in Context]. Pameran Retrospektif Lat [Retrospective Exhibition 1964–2003]. Kuala Lumpur, Malaysia: National Art Gallery. m/s. 48–82. ISBN 983-9572-71-7.
  • Pameran Retrospektif Lat [Retrospective Exhibition 1964–2003]. Kuala Lumpur, Malaysia: National Art Gallery. 2003. ISBN 983-9572-71-7.
  • Muliyadi Mahamood (2004). The History of Malay Editorial Cartoons (1930s–1993). Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributions. ISBN 967-61-1523-1.
  • Tim Pilcher; Brad Brooks (2005). The Essential Guide to World Comics. New York, United States: Collins & Brown. m/s. 125. ISBN 9781843403005.
  • Lat (1994). "Lat on Lat". Lat: 30 Years Later. Petaling Jaya, Selangor: Kampung Boy. m/s. 1–38. ISBN 983-996-174-8.
Sumber akademik
  • Lent, John (April 1999). "The Varied Drawing Lots of Lat, Malayasian Cartoonist". The Comics Journal. Washington, United States: Fantagraphics Books (211): 35–39. ISSN 0194-7869. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2005. Dicapai pada 10 March 2010.
  • Rohani Hashim (2005). "Lat's Kampong Boy: Rural Malays in Tradition and Transition". Dalam Palmer, Edwina (penyunting). Asian Futures, Asian Traditions. Kent, United Kingdom: Global Oriental. m/s. 389–400. ISBN 1-901903-16-8.
Sumber kewartawanan
  • Willmott, Jennifer Rodrigo (March 1989). "Malaysia's Favourite Son". Reader's Digest. Jil. 134 no. 803. New York, United States: The Reader's Digest Association. ISSN 0034-0375. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 12 March 2010.
  • Jayasankaran, S (22 July 1999). "Going Global". Far Eastern Economic Review. Hong Kong. 162 (29): 35–36. ISSN 0014-7591. ProQuest 208233691.
  • Crossings: Datuk Lat (Television production). Singapore: Discovery Networks Asia. 21 September 2003.
  • Bissme, S (30 April 2009). "Kampung Boy Unveiled". Sun2Surf. Selangor, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2017. Dicapai pada 18 April 2010.
Tapak Internet
  • "History of New Straits Times". NSTP. Kuala Lumpur, Malaysia: The New Straits Times Press. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2008. Dicapai pada 16 July 2010.
  • Nor-Afidah Abd Rahman (10 October 2002). "Samad Ismail". Infopedia. Singapore: National Library Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2008. Dicapai pada 16 July 2010.
  • "Creating a Malaysian Narrative: A Conversation With Lat". Ilham Gallery. August–December 2015. Dicapai pada 24 May 2021.

Pautan luar

  • Laman web rasmi Lat House
  • l
  • b
  • s
Karya terkenal
Autobiografi
  • Lat: 30 Years Later (1994)
Filemografi
Pameran seni
Mercu tanda
Keluarga