Serban

Tiga orang Muslim berserban di Pakistan.
Seorang Sikh berserban.

Serban ([sĕr.ban]) ialah sehelai kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala.

Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Ini adalah sebagai menghormati kepala sama seperti pantang duduk di atas bantal kerana hormat kepala.[1]

Kelaziman mengikut agama

Dalam Islam

Berserban (Arab: عمامة, rumi: ʾimāmahcode: ar is deprecated ) ini dilihat terangkum dalam perilaku menutup kepala bagi kaum lelaki yang berhukum sunat. Ia merupakan pakaian Sunnah khusus[2] yang datang daripada kelaziman masyarakat Arab termasuk puak Quraisy dan kabilah sezaman Nabi Muhammad; namun baginda nabi membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli hadis meriwayatkan baginda mengajar pupunda baginda Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum Ali diutus ke Khaibar dalam ekspedisi dakwah.[3] Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada "kopiah".

Ia menjadi antara perbuatan nabawi ikutan para Sahabah, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini. Terdapat juga pendapat jauh yang menyatakan bahawa sesiapa yang secara berterang-terangan memusuhi sunnah ini dianggap kafir.[4]

Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang atau saiz terdapat dalam Syama'il Tarmidhi atau kitab-kisah lain seperti yang telah dikeluarkan salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E. Bemat. Bentuk serban yang dipakai oleh umat Islam sendiri tidak seragam antara lain ini mungkin disebabkan faktor cuaca; serban yang dipakai oleh orang Afghanistan lebih besar dan tebal berbanding dengan orang Islam di Malaysia.

Ia tidak boleh dilakukan ketika dalam ihram.

Di Malaysia misalnya, ia merupakan kebiasaan bagi penganut Islam yang baru balik mengerjakan haji. Namun dekad terakhir ini ramai kelompok tertentu seperti Jemaah Tabligh dan Al Arqam turut memakai serban sebagai mengikuti sunnah.

Dalam Sikhisme

Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi di seluruh dunia turut memakai serban diberi nama dastar (Bahasa Panjabi: ਦਸਤਾਰcode: pa is deprecated atau دستارdastár); pemakaian ini seiringan dengan perintah kesh (ਕੇਸ) dalam "Lima K" yang melarang kaum lelaki memotong rambut mereka.

Kain serban yang dipakai para penganut Sikh lebih tebal, lonjong dan seragam bentuknya dengan panjang diukur sejauh 5 meter. Di Amerika Syarikat, Kanada , Eropah dan lain-lain, mereka yang memakai serban dianggap sebagai penganut agama Sikh. Serban di kalangan penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai .

Dalam Yahudi

Serban Ibrani

Permasalahan terzahir

Dalam peraturan sekolah

Di Malaysia, murid Islam di sekolah kerajaan adalah dilarang memakai serban. Pada 23 November 2004, Hakim Mahkamah Rayuan Negeri Sembilan Gopal Sri Ram, mengesahkan keputusan guru besar Sekolah Kebangsaan Felda Serting Fatimah Sihi yang membuang tiga murid berusia antara 10 hingga 13 tahun pada 10 November 1997 kerana memakai serban.[5][6] Mahkamah memutuskan bahawa ia merupakan masalah displin murid yang enggan mengikuti peraturan sekolah.[1][2][3]

Isu keselamatan

Pada 27 Ogos 2007, pihak Pentadbir Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (TSA) mengenakan peraturan pemeriksaan menyeluruh dan terpeinci ke atas serban atau penutup kepala penganut agama Sikh biarpun sudah melepasi mesin imbasan pengesan besi; dasar ini berkuatkuasa sejak 4 Ogos 2007. Semua anggota keselamatan di 450 lapangan terbang dan stesen kereta api, pelabuhan dan sistem transit aliran ringan akan melaksanakan semua prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu pihak Gabungan Sikh (SC) mengecam tindakan itu kerana bertentangan dengan semangat kepelbagaian agama yang menjadi antara asas penubuhan Amerika Syarikat.

Rujukan

  1. ^ Sup untuk santapan rohani remaja By Azam Md. Atan.
  2. ^ CHAPTER ON THE TURBAN OF SAYYIDINA RASOOLULLAH SALLALLAHU ALAIHE WASALLAM
  3. ^ Al-Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, m/s. 336 dari Imam al-Tabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti
  4. ^ Energi Zikir dan Salawat Nabi By Syekh M. Hisyam Kabbani.
  5. ^ The Serban Case: Full Judgment delivered by Datuk Abdul Hamid Mohamad FCJ
  6. ^ "Malaysian court upholds school ban on Muslim turban". Australian Broadcasting Corporation (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2004. Dicapai pada 21 Ogos 2020.

Pautan luar

  • Juhaidi Yean Abdullah (26 November 2016). "Antara serban Muslim, dastar Sikh". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2018.
  • SERBAN, KOPIAH DAN SONGKOH: MANA YANG SUNNAH DAN LEBIH SUNNAH.[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Bahan
Bulu · Bulu biri · Kapas · Kulit · Linen · Nilon · Poliester · Rayon · Spandeks · Sutera
Baju
Baju panas  · Baju tiub  · Blaus · Crop top · Guernsey (pakaian) · Halterneck · Hoodie · Jersi · Kemeja · Kemeja formal · Kemeja Henley · Kemeja polo · Kemeja-T · Kemeja tanpa lengan · Leher polo
Seluar
Bell-bottoms · Jean · Jodhpur · kulot (seluar ala skirt)  · Seluar angin · Seluar Bermuda · Seluar Capri · Seluar gaun · Seluar kargo · Seluar payung terjun · Seluar peluh · Seluar pelumba basikal · Seluar pendek · Seluar pendek petinju · Seluar perhambaan
Skirt
Skirt garis-A · Skirt balerina · Skirt Hobble · Skirt jean · Job skirt · Skirt kulit · Kilt · Skirt pensel · Skirt poodle · Skirt Prairie · Miniskirt · Mikroskirt · Gaun dalam · Skort · Tren
Rok
Gaun · Gaun majlis dansa · Gaun teh · Gaun malam · Pakaian hitam kecil · Pakaian jumper · Pakaian koktel · Pakaian pengantin · Sari · Skirt dalam · Sundres
Sut dan pakaian seragam
Gimslip · Jubah rahib Buddha · Jumpsut · Kot makmal · Pakaian akademik · Pakaian mahkamah · Pakaian paderi · Pakaian pagi · Rig Laut Merah · Sut Afrosentrik · Skrub · Stroler · Sut Mao · Sut seluar · Tali leher hitam · Tali leher putih · Tangzhuang · Tuksedo
Pakaian luar
Abaya · Anak baju · Anorak · Apron · Baju hujan  · Baju luar (overal atau dungaree) · Blazer · Baju serkup · Jaket · Jaket adang angin · Jaket ringkas · Jubah · Jubah akademik · Kot · Kot atas · Kot Duffle · Kot frok · Kot labuh · Kot luar · Kot opera · Kot pea · Kot trenc · Mantel · Pakaian dalam lelaki · Ponco · Redingote · Sebai · Selimut berlengan · Sut ski · Weskot
Pakaian dalam
Anak baju · Coli · Kniker · Korselet · Korset · Lingeri · Pakaian dalam panjang · Seluar dalam · Seluar dalam wanita · Seluar pendek mampatan · Seluar petinju · Seluar renang · Teddy ·
Hiasan tambahan
Beg tangan · Chap · Cermin mata hitam · Dompet · Kelasak · Pemanas kaki · Kalung · Rantai pinggang · Sarung betis · Sarung tangan · Seluar sama sendat · Skarf · Stoking · Subang · Tali bawat · Tali leher · Tali leher kupu-kupu · Tali pinggang
Kasut
But · Flip-flop · Kasut · Kasut olahraga · Kasut pakaian rasmi · Pam · Sandal · Sarung kaki · Selipar · Stoking
Pakaian kepala
Balaklava · Cekak rambut · Fasinator · Hijab · Serkup · Kain tudung · Kep · Mantila · Niqāb · Serban · Sombrero · Topi · Topi keledar · Ushanka · Vel
Pakaian malam
Babydoll · Gaun tidur · Kep tidur · Negligi · Pakaian tidur selimut · Peignoir · Baju tidur
Bahagian pakaian
Alat pengancing  · Belah sembunyi · Butang · Elastik · Gancu · Garis kelepet · Garis leher · Garis pinggang · Kancing cangkuk dan mata · Kancing kilat · Kolar · Lapel · Lengan baju · Lubang butang · Manset · Ped bahu · Pita · Pita bahu · Saku · Tutupan belakang · Velkro
Pakaian kebangsaan
Abaya · Áo bà ba · Áo dài · Áo tứ thân · Barong Tagalog · Baro't saya · Bunad · Buningurinn · Cheongsam · Dashiki · Deel · Dhoti · Dirndl · Djellaba · Gákti · Gho & Kira · Hanbok · Jellabiya · Jilbab · Kebaya · Kente cloth · Kilt · Kimono · Lederhosen · Pakaian Aboyne · Hanfu · Pakaian Scotland · Sampot · Sarafan · Sari · Sarung
Pakaian sejarah
Badan paras pinggang · Baju lindung · Banyan · Brakae · Brunswick · Cemis · Citon · Dublet · Eksomis · Farthingale · Frok · Gaun tidur · Himasi · Hos · Houppelande · Jerkin · Justakorp · Klamis · Pakaian tunik · Palla · Pemakaian sulung seluar menunggang kuda · Peplos · Polonaise · Seluar menunggang kuda · Stola · Toga
Sejarah dan tinjauan
Afrika · Anglo-Saxon · Byzantine · Dunia purba · Eropah Zaman Pertengahan Awal · Garis masa pakaian dan teknologi tekstil · Hanfu · Istilah pakaian · Pakaian dalam · Pakaian rasmi · Rom kuno · Sejarah siri fesyen Barat (1100-an - 2000-an) · Sejarah pakaian dan tekstil · Tatapakaian · Undang-undang sumptuari · Vietnam · Wanita memakai seluar · Yunani
Lihat juga
Bikini · Dobi-mendobi · Fesyen · Jubah mandi · Kostum · Lampin dewasa · Pakaian luar dalam (Berbalik) · Pakaian kunci · Pakaian penyesuaian · Baju mandi · Penyeterikaan