Sony Ericsson

Sony Ericsson Mobile Communications AB
SonyEricsson
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriTelekomunikasi
Ditubuhkan2001
Dibubarkan1 April 2021
Ibu pejabatIbu pejabat:
United Kingdom Acton, London, England, UK
Diperbadankan:
Sweden Sweden
Tokoh pentingHideki 'Dick' Komiyama (Presiden), Anders Runevad (EVP)
KeluaranTelefon bimbit
Peranti muzik mudah alih
Sistem tanpa wayar
Peranti suara tanpa wayar
Aksesori berteknologi tinggi
Peranti data tanpa wayar
Hasil€10,959 juta (2006)
Pendapatan bersih€997 juta (2006)
PemilikSony Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan~8,000
Syarikat indukSony Corporation (50%)
Ericsson AB (50%)
Tapak web[1]
Facebook: sonymobile Twitter: sonyxperia Instagram: sonyxperia Youtube: sonyxperia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sony Ericsson ialah satu syarikat usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh syarikat elektronik Jepun Sony Corporation dan syarikat telekomunikasi Sweden Ericsson untuk membuat telefon bimbit. Sebab utama yang dinyatakan bagi usaha sama tersebut adalah bagi menggabungkan kepakaran Sony dalam bidang elektronik pengguna dengan kepemimpinan teknologi Ericsson dalam sektor komunikasi. Kedua-dua syarikat induk telah berhenti menghasilkan telefon bimbit.

Ibu pejabat pengurusan global terletak di Hammersmith, London, dan ia mempunyai pasukan kajian & pembangunan di Sweden, Jepun, China, Kanada, Belanda, Amerika Syarikat, India dan United Kingdom.

Sony Ericsson mempunyai lebih kurang 8,000 pekerja di seluruh dunia. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 43%, ia menjadi pembekal telefon bimbit yang paling pantas berkembang pada suku tahun ketiga 2006 berbanding Motorola dengan kadar sebanyak 39%. Hari ini, Sony Ericsson adalah syarikat pembuat telefon bimbit kedua paling menguntungkan di belakang Nokia serta telah mencapai status ini disebabkan pertumbuhan yang tinggi di dalam pasaran telefon bimbit canggih.[perlu rujukan]

Setakat 1 November 2007, Presiden syarikat sekarang ialah Hideki Komiyama, yang menggantikan Miles Flint, dan Naib Presiden Eksekutif Korporat ialah Anders Runevad. Agensi pengiklanan global syarikat adalah Saatchi & Saatchi.

Sejarah

Ericsson, yang telah berada dalam pasaran telefon bimbit sejak berdekad, membuat keputusan untuk melepaskan bisnes ini pada tahun 2001 berikutan kerugian besar. Ericsson membuat keputusan untuk memperolehi sumber cip bagi telefon bimbitnya daripada sumber tunggal, sebuah kilang Philips di New Mexico. Pada Mac 2000 kebakaran di kilang Philips tersebut telah menyebabkan pencemaran di makmal steril. Philips memberi jaminan kepada Ericsson dan Nokia (satu lagi pelanggan utama kilang tersebut) bahawa pengeluaran akan tertangguh dalam masa kurang daripada seminggu. Apabila sudah jelas bahawa pengeluaran sebenarnya tertangguh selama berbulan-bulan, Ericsson mengalami masalah kekurangan bahan yang serius. Nokia sudah pun mula mendapatkan bahagian daripada sumber alternatif, tetapi keadaan Ericsson position bertambah buruk memandangkan kedua-dua pengeluaran bagi model semasa serta pelancaran model baru telah ditangguhkan.[1]

Sony Ericsson ialah penaja global kepada Persatuan Tenis Wanita (WTA), dan kerja-kerja bersama persatuan tersebut bagi mempromosikan pertandingan jelajah di lebih 80 bandar raya.

Sony Ericsson telah membeli UIQ Technology, sebuah syarikat perisian Sweden daripada Symbian Ltd. pada Februari 2007. Miles Flint mengumumkan bahawa UIQ akan kekal sebagai sebuah syarikat bebas.[perlu rujukan]

Pada 15 Oktober 2007, Sony Ericsson mengumumkan semasa Pertunjukan Telefon Bimbit Pintar Symbian bahawa mereka akan menjual separuh daripada saham UIQ yang dimilikinya kepada Motorola, menjadikan teknologi UIQ dimiliki oleh dua syarikat besar telefon bimbit.

Jenis telefon bimbit

Siri Kelas produk Bentuk Penjenamaan Penerangan Sub-siri Asal
penggunaan asal penggunaan semasa
D Rendah ke pertengahan "candybar" T-Mobile - Telefon bimbit eksklusif rangkaian T-mobile. 7xx 'D'eutsche Telekom
F Rendah ke pertengahan "candybar" Vodafone - Telefon bimbit eksklusif rangkaian Vodafone. 5xx Voda'f'one
J Peringkat rendah "candybar" - - Siri termurah bagi telefon bimbit Sony Ericsson. 1xx, 2xx, 3xx 'J'unior
K Rendah ke peringkat tinggi "candybar" Cyber-shot

(sebahagian)

- Tertumpu kepada kamera. 2xx, 3xx, 5xx, 6xx, 7xx, 8xx 'K'amera
M Peringkat pertengahan "candybar" - - Telefon bimbit pintar berorientasikan perniagaan. 6xx 'M'essaging
P Peringkat tinggi Jenis lipat
"candybar"
- - Telefon bimbit pintar perniagaan dan pengguna peringkat tinggi. 8xx, 9xx & Px 'P'DA
S Pertengahan ke peringkat tinggi Jenis pulas
Jenis gelungsur
- Telefon kamera peringkat tinggi. Telefon yang memfokuskan fesyen dan reka bentuk. 5xx, 7xx 'S'wivel, 'S'lider
T Peringkat rendah ke tinggi "candybar" - Tertumpu kepada kamera. Telefon yang memfokuskan fesyen dan reka bentuk premium. 1xx, 2xx, 3xx, 6xxx & 6x 'T'ala

(Perkataan Sweden bagi 'bual')

V Pertengahan ke peringkat tinggi "candybar"
Jenis lipat
Vodafone - Telefon eksklusif rangkaian Vodafone. 6xx, 8xx 'V'odafone
W Peringkat rendah ke tinggi "candybar"
Jenis lipat
Jenis gelungsur
Walkman - Telefon yang memfokuskan muzik dan dijenamakan sebagai Walkman. 2xx, 3xx, 5xx, 6xx, 7xx, 8xx, 9xx 'W'alkman
Z Peringkat rendah ke tinggi Jenis lipat - - Telefon yang memfokuskan fesyen dan reka bentuk. 2xx, 3xx, 5xx, 6xx, 7xx, 8xx & 1xxxx Clam'z'hell

Rujukan

  1. ^ "When the chain breaks" (June 17, 2006). The Economist: A survey of logistics, p. 18.

[2011] Sony Ericsson memutuskan untuk berpisah setelah 10 tahun bekerjasama. Sony telah membeli kesemua saham Ericsson

Pautan luar

Laman web rasmi
  • Sony Ericsson Mobile Communications AB – Laman web rasmi
  • Laman web korporat Sony Ericsson Diarkibkan 2007-10-29 di Wayback Machine
  • Ericsson.com
Pembangun
  • Laman web pembangun Sony Ericsson (Rasmi) Diarkibkan 2009-01-06 di Wayback Machine
  • Laman web pembangun Ericsson
Sumber
  • Esato.com – Forum berorientasikan Sony Ericsson
  • Yahoo! - Profil syarikat Sony Ericsson Mobile Communications AB
  • Fun & downloads Diarkibkan 2007-05-22 di Wayback Machine – Laman web muat turun dan tambahan bimbit Sony Ericsson
  • Kelab tidak rasmi Sony Ericsson – Komuniti bebas peminat Sony Ericsson serta sumber berita dan maklumat.
  • Sony.com

Barisan produk
Teknologi dan jenama: α • Betacam • Blu-rayBRAVIACDCyber-shot • DAT • DVDLocationFreeMemory Stick • MiniDisc • MiniDV • mylo • PlayStationPSPVAIO • Video8/Hi8/Digital8 • Walkman• Telefon Bimbit Walkman • XDCAM
Produk bersejarah: AIBO • Betamax • Sony CLIÉ • Lissa • Mavica • NEWS • Qualia • TR-55 • Trinitron • U-matic • WEGA

Segmen operasi
Sony Corp. (Sony Electronics di Amerika Syarikat) • Sony PicturesSony Computer EntertainmentSony Music • Sony Financial Holdings

Lain-lain
Pengambilalihan: Columbia Records • Columbia Pictures Entertainment (Columbia Pictures & TriStar Pictures) • Metro-Goldwyn-Mayer (20%) • Aiwa
Usahasama: Sony Ericsson • Sony MusicSony/ATV • S-LCD • STLCD • Sony NEC Optiarc • FeliCa Networks
Orang penting: Harrison • Hirai • Ibuka • Idei • Kuroki • Kutaragi • Lynton • Morita • Ohga • Pascal • Stringer

  • l
  • b
  • s
Syarikat teknologi maklumat utama
Perisian
Adobe · Apple · CA · Compuware · Corel · IBM · Idealab · Intuit · Microsoft · Oracle · PTC · Red Hat · SAP · Sun Microsystems
Perkakasan
Rangkaian
Dot Com
Amazon · AOL · eBay · Google · Yahoo!
Paparan
Acer · BenQ · LG · Samsung · Sharp · Sony · Toshiba · Trident Microsystems · ViewSonic
Permainan
Activision Blizzard · Capcom · EA · Infogrames · Microsoft · Nintendo · Sega · Sony · Take-Two Interactive · Valve Corporation
Keselamatan
AVG Technologies · ESET · F-Secure · Kaspersky · McAfee · SOFTWIN · Sophos · Symantec · Trend Micro
Perkakasan celular
Alcatel-Lucent · Apple · Sony Ericsson · LG · Motorola · Samsung · Nokia