Sukan Paralimpik Musim Panas 1992

Sukan Paralimpik XIII
Bandar tuan rumahBarcelona dan Madrid, Sepanyol
Cogan kataSport Without Limits
(Melayu: Sukan Tanpa Hadcode: ms is deprecated )
(Catalan: Esport Sense Límitscode: ca is deprecated )
(Sepanyol: Deporte Sin Límitescode: es is deprecated )
Penyertaan negara82 (BCN)
75 (MAD)[1]
Penyertaan atlet3,020 (BCN)
1,600 (MAD)[1][2]
Acara508 dalam 20 sukan
Upacara pembukaan3 September (BCN)
15 September (MAD)
Upacara penutupan14 September (BCN)
22 September (MAD)
Pembukaan dirasmikan olehRatu Sofía
Obor paralimpikAntonio Rebollo (BCN)
Coral Bistuer (MAD)
Stadium utamaEstadi Olímpic de Montjuïc (BCN)
Palacio de Deportes de la Comunidad de Madrid (MAD)

Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 (bahasa Inggeris: 1992 Summer Paralympicscode: en is deprecated , Sepanyol: Juegos Paralímpicos de Verano de 1992code: es is deprecated ; Catalan: Jocs Paralímpics d'estiu de 1992code: ca is deprecated ) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-9 (bahasa Inggeris: 9th Summer Paralympics Gamescode: en is deprecated ) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Barcelona, Spain.[3] Tambahan lagi, Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental turut diadakan selepas itu di Madrid.[2]

Amerika Syarikat telah mendapat tempat pertama dalam jadual pingat keseluruhan dengan 175 buah pingat (75 pingat emas), diikuti dengan Jerman dan Great Britain. Afrika Selatan menyertai semula Sukan Paralimpik setelah penglibatannya "tidak diingini" oleh IPC atas sebab pengamalan dasar apartheid.[4][5] Temasya ini juga merupakan Sukan Paralimpik yang pertama bagi Algeria, Burkina Faso, Chile, Taipei Cina, Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Iraq, Myanmar, Namibia, Nigeria, Pakistan, Panama, Seychelles, Tanzania, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Uruguay dan Yaman.

Ekoran daripada pembubaran Kesatuan Soviet dan Yugoslavia, Croatia, Estonia, Latvia, Lithuania dan Slovenia menyertai Sukan Paralimpik 1992 sebagai negara merdeka, manakala negara bekas Kesatuan Soviet yang lain bertanding di bawah Pasukan Bersatu. Jerman bertanding sebagai satu negara yang bersatu buat pertama kali setelah Tembok Berlin diruntuhkan.

Maskot

Maskot rasmi bagi temasya ini ialah Petra, seorang perempuan yang mempunyai kecacatan pada tangannya. Maskot tersebut direka bentuk oleh pereka yang sama dengan maskot Sukan Olimpik 1992, Javier Mariscal.[6]

Temasya

Acara sukan

560 acara dalam lima belas sukan telah dipertandingkan. Acara Powerlifting dan angkat berat dianggap sebagai satu sukan yang sama.[7]

Jadual pingat

Jadual ini juga merangkumi pingat yang dimenangi semasa Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental yang dianjurkan di Madrid, Sepanyol.[2]

  *   Tuan rumah (Sepanyol)

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Amerika Syarikat (USA)755248175
2 Jerman (GER)615159171
3 Great Britain (GBR)425146139
4 Sepanyol (ESP)*393249120
5 Australia (AUS)373734108
6 Perancis (FRA)363635107
7 Kanada (CAN)29232981
8 Pasukan Bersatu (EUN)19151650
9 Sweden (SWE)16331968
10 China (CHN)168731
11 Belanda (NED)14141240
12 Norway (NOR)1313733
13 Iceland (ISL)1381839
14 Denmark (DEN)12221246
15 Korea Selatan (KOR)11161845
16 Poland (POL)10131134
17 Itali (ITA)1071835
18 Romania (ROM)106723
19 Jepun (JPN)871631
20 Finland (FIN)861226
21 Mesir (EGY)76720
22 Switzerland (SUI)6161335
23 Belgium (BEL)55717
24 Austria (AUT)541322
25 Uruguay (URU)54514
26 New Zealand (NZL)5106
27 Czechoslovakia (TCH)43613
28 Brazil (BRA)43512
29 Hungary (HUN)43411
30 Peserta Paralimpik Bebas (IPP)4318
31 Afrika Selatan (SAF)4138
32 Portugal (POR)36514
33 Hong Kong (HKG)34411
34 Cuba (CUB)3339
35 Kenya (KEN)3137
36 Nigeria (NGR)3003
37 Republik Dominika (DOM)2619
38 Israel (ISR)24511
39 Slovenia (SLO)2013
40 Kuwait (KUW)1315
41 Iran (IRI)1214
42 Bulgaria (BUL)1203
 Panama (PAN)1203
44 Argentina (ARG)1102
45 Chile (CHI)1001
46 Lithuania (LTU)0437
47 Ireland (IRL)0347
48 Yunani (GRE)0314
49 Estonia (EST)0213
50 Mexico (MEX)011011
51 Jamaica (JAM)0123
 Malaysia (MAS)0123
53 Kepulauan Faroe (FRO)0101
 Tunisia (TUN)0101
55 Bahrain (BRN)0011
 Croatia (CRO)0011
 Ecuador (ECU)0011
 Iraq (IRQ)0011
 Puerto Rico (PUR)0011
 Taipei Cina (TPE)0011
 Thailand (THA)0011
 Venezuela (VEN)0011
Jumlah (62 negara)5595505921701

Penyertaan

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental

Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental yang pertama (dan yang terakhir) diadakan di Madrid dari 15 hingga 22 September, sehari selepas Sukan Paralimpik di Barcelona tamat.[8] Lebih daripada 1,400 atlet dari 74 menyertai pertandingan ini yang ditaja oleh Association Nacional Prestura de Servicio (ANDE) dan disokong oleh Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa and the Persekutusan Sukan untuk Orang Kurang Upaya Mental Antarabangsa.

Acara sukan

Lima sukan telah dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik bagi Orang Kurang Upaya Mental.[2]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b "Barcelona 1992 – General Information". International Paralympic Committee. 2008. Dicapai pada 2011-07-12.
  2. ^ a b c d "Madrid 1992 – the Paralympic Games that time forgot!". Paralympicanorak.wordpress.com. 25 June 2012. Dicapai pada 13 October 2012.
  3. ^ "Barcelona 1992", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  4. ^ "'The Netherlands against Apartheid' – 1970s", International Institute of Social History
  5. ^ South Africa at the Paralympics, International Paralympic Committee
  6. ^ "Barcelona 1992 Paralympic Mascot Petra - Photos & History".
  7. ^ "1992 Barcelona". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2008-08-06.
  8. ^ Yabe, Kyonosuke; Kusano, Katsuhiko; Nakata, Hideo (2012). Adapted Physical Activity: Health and Fitness. Springer Science & Business Media. m/s. 23. ISBN 978-4-431-68272-1.

Pautan Luar

  • Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
Didahului oleh
Seoul
Sukan Paralimpik Musim Panas
Barcelona-Madrid

Sukan Paralimpik Musim Panas IX (1992)
Diikuti oleh:
Atlanta