Sukan Paralimpik Musim Panas 2028

Sukan Paralimpik XVIII
Bandar tuan rumahLos Angeles, California, Amerika Syarikat
Cogan kataTogether we create the Future
(Bahasa Melayu: Bersama kita mencipta masa depan)
Upacara pembukaanOgos 22
Upacara penutupanSeptember 3
Stadium utamaLos Angeles Memorial Coliseum

Sukan Paralimpik Musim Panas 2028 atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-18 (bahasa Inggeris: 17th Summer Paralympics Gamescode: en is deprecated ), turut dikenali sebagai Sukan Paralimpik LA28, merupakan satu acara sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang akan diadakan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat dari 22 Ogos hingga 3 September 2028.

Pembidaan

Sebagai persetujuan antara IOC dengan IPC, tuan rumah Sukan Olimpik 2024 juga perlu menganjurkan Sukan Paralimpik 2024.[1]

Lima bandaraya telah menyerahkan pencalonan mereka, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri, akhirnya tinggal hanya Paris dan Los Angeles yang membida. Oleh itu, IOC mengambil keputusan untuk melantik tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 dan 2028 pada masa yang sama semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017. Perbincangan antara IOC dengan suruhanjaya pembidaan Paris dan Los Angeles telah diadakan selepas keputusan tersebut dibuat.[2]

Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk edisi 2028, maka Paris akan menjadi tuan rumah untuk edisi 2024. Kedua-dua keputusan ini telah diluluskan pada Sesi IOC ke-131.[3]

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028
Bandar Negara Undi
Los Angeles Amerika Syarikat Amerika Syarikat Sebulat Suara

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Paralympics 2012: London to host 'first truly global Games'". BBC Sport. Dicapai pada 1 August 2012.
  2. ^ "Bach Says Paris and LA Mayors Are 'Optimistic' About Agreement After Initial Discussions - GamesBids.com". gamesbids.com.
  3. ^ "Paris set to host 2024 Olympics, Los Angeles to be awarded 2028 Games by IOC". ABC. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
Didahului oleh
Paris
Sukan Paralimpik Musim Panas
Los Angeles

Sukan Paralimpik Musim Panas XVIII (2028)
Diikuti oleh:
Brisbane