Sumpah Bunian

  • Drama
  • Fantasi
Ditulis olehSharifah Abu SalemPengarahAdam Hamid
Dibintangi oleh
  • Nora Danish
  • Ryzal Jaafar
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod19PenerbitanPenerbitZainuddin IsmailTempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Enuja ProductionPenyiaranSaluran asalTV3Format gambar480i (SDTV)Format audioDolby DigitalSiaran asal30 September 2009 – 2 November 2009KronologiMengikutiSenandung Si DayangDiikuti olehNenek Kebaya

Sumpah Bunian ialah sebuah siri drama televisyen ghaib Malaysia 2009 yang dibintangi oleh Nora Danish[1] dan Ryzal Jaafar. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Lagenda TV3 pada 30 September 2009 menggantikan Senandung Si Dayang.[2]

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan Hawa, seorang puteri bunian, yang mana pada waktu kecilnya, Hawa sering memerhatikan Adam yang sedang bermain dengan rakan-rakannya. Hawa tertarik dengan peribadi Adam yang baik dan mulia, berbeza dengan sikap sepupu Adam, Fikri yang mempunyai sikap yang bertentangan. Sesiapa yang menyakiti binatang pasti dimarahi Adam. Keperibadian Adam inilah memikat hati Hawa. Kekerapan Hawa yang sering ke tempat Adam membangkitkan kemarahan ibu bapanya. Bagaimanapun, Hawa tidak lagi dapat melihat pergerakan Adam apabila Adam terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke kota.

Hawa merindui Adam dan berasa sunyi selepas pemergiannya. Tujuh belas tahun berlalu, Adam kini sudah dewasa dan membantu syarikat bapanya, Tuan Hashim. Namun minat Adam masih pada alam semula jadi, flora dan fauna. Adam kembali ke hutan, tempat dia bermain sewaktu kecil untuk melihat haiwan-haiwan jinak yang sering menemani zaman kanak-kanaknya. Terlihatkan kunjungan Adam, Hawa sekali lagi terpikat dengan Adam yang sudah 17 tahun dirinduinya.

Pelakon

Pelakon utama

  • Nora Danish sebagai Siti Hawa (Puteri Bunian)
  • Ryzal Jaafar sebagai Adam

Pelakon pembantu

Rujukan

  1. ^ Kakak Tua: Bila Nora Danish jadi puteri bunian yang 'gedik' mStar Online. 6 Oktober 2009. Dicapai pada 27 Ogos 2010.
  2. ^ Budiey (29 September 2009). Drama Lagenda Puteri Bunian Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 27 Ogos 2010.
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.