T-45 Goshawk

T-45 Goshawk
Peranan Pesawat latihan tentera laut
Pengeluars McDonnell Douglas/British Aerospace
Boeing/BAE Systems
Penerbangan sulung 16 April 1988
Diperkenalkan 1991
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Jumlah dibina 221[1]
Dibangunkan dari BAE Hawk

T-45 Goshawk adalah sebuah pesawat terbitan daripada pesawat latihan BAE Hawk. Ia dikeluarkan oleh McDonnell Douglas (kini Boeing) dan British Aerospace (kini BAE Systems). T-45 digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai sebuah pesawat latihan yang boleh beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat.

Pembangunan

Latar belakang

T-45 Goshawk bermula pada pertengahan tahun 1970an, di mana Tentera Laut Amerika Syarikat secara rasmi memulakan pencarian untuk sebuah pesawat latihan baharu untuk dijadikan sebagai pesawat gantian bagi kedua-dua pesawat latihan T-2 Buckeye dan A-4 Skyhawk yang sedang digunakan.[2] Pada tahun 1978, program pesawat latihan lanjut VTXTS untuk memenuhi keperluan ini secara rasminya dilancarkan oleh Tentera Laut A.S. Sebuah pasukan Anglo-Amerika yang terdiri daripada pengeluar pesawat Britain, British Aerospace (BAe) dan syarikat pesawat Amerika, McDonnell Douglas (MDC) telah memutuskan untuk menghantar cadangan bagi sebuah versi pesawat latihan Hawk yang memenuhi keperluan tentera laut. Para pengeluar lain juga telah menghantar bidaan mereka seperti pasukan pesaing dari syarikat pesawat Perancis, Dassault Aviation, pengeluar Jerman untuk Dornier dan syarikat aeroangkasa Amerika, Lockheed, yang mana telah menawarkan pesawat Alpha Jet.[2]

Persaingan VTX-TS tidak bermakna perolehan pesawat semata-mata; ia terdiri dari lima perkara teras: pesawat, penyelaku penerbangan, bantuan latihan akademik yang matang, sokongan logistik bersepadu, dan pengurusan program.[2] Dalam cadangan mereka, MDC merupakan kontraktor utama dan penyepadu sistem, BAe bertindak sebagai sub-kontraktor utama dan rakan unsur pesawat, Rolls-Royce menyediakan enjin Adour untuk digunakan pada pesawat, dan Sperry adalah subkontraktor utama untuk sistem penyelaku.[2] Pada bulan November 1981, Tentera Laut A.S. telah mengumumkan bahawa ia telah memilih pesawat Hawk sebagai pemenang dalam persaingan VTX-TS competition.[2] Dilaporkan kira-kira 60 peratus kerja dalam program T-45 akan dilakukan di luar negara iaitu di Britain. Pada September 1982, satu kontrak Pembangunan Kejuruteraan Berskala Penuh telah diserahkan kepada pasukan MDC untuk membangunkan dan mengeluarkan pesawat cadangan sepenuhnya, yang mana diberi designasi sebagai T-45 Goshawk.[2] Pada 16 April 1988, pesawat T-45A Goshawk pertama melakukan penerbangan sulung.[3]

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Varian

T-45A
Pesawat latihan asas dan lanjutan dua tempat duduk untuk Tentera Laut A.S dan Kor Marin A.S
T-45B
Cadangan versi berpangkalan di darat yang berkemungkinan adalah sebuah pesawat Hawk konvensional yang dilengkapi dengan kokpit spesifikasi Tentera Laut A.S dan tiada keupayaan kapal pengangkut. Tentera Laut A.S ingin mendapatkan pesawat T-45B untuk membolehkan para juruterbang pelatih mendapatkan keupayaan latihan pada peringkat awal, tetapi meninggalkan idea ini pada tahun 1984 bagi memberi laluan kepada program naik taraf yang berkos rendah ke atas pesawat TA-4J dan T-2C.
T-45C
Versi T-45A yang dipertingkat, dilengkapi dengan kokpit kaca, navigasi inersia, dan penambahbaikkan lain-lain. Semua pesawat T-45A sedia ada dinaik taraf kepada standard T-45C.[4]
T-45D
Designasi sementara untuk cadangan naik taraf ke atas T-45, berkemungkinan pelbagai naik taraf peralatan tambahan dan pengeluaran, seperti paparan lekapan helmet.[5][6]

Pengguna

T-45 Goshawks di atas USS Harry S. Truman pada tahun 2005
 United States

Rujukan

  1. ^ "Boeing, US Navy Celebrate T-45 Jet Trainer's Million-Flight-Hour Milestone". Boeing Defense, Space & Security. 26 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 December 2014. Dicapai pada 19 November 2013.
  2. ^ a b c d e f Gaines 1988, p. 21.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mil dir 98
  4. ^ "US Carrier Pilots’ T-45 Training System." Diarkibkan 26 Mei 2011 di Wayback Machine Defense Industry Daily, 19 April 2017.
  5. ^ Hoyle, Craig. "US Navy to add synthetic radar to Goshawk, eyes T-45D." Diarkibkan 16 September 2017 di Wayback Machine Flight International, 24 March 2008.
  6. ^ Hoyle, Craig. "BAE Systems promotes major upgrade programme for Hawk." Diarkibkan 16 September 2017 di Wayback Machine Flight International, 15 July 2008.

Pautan luar

  • T-45 Goshawk US Navy fact file and T-45 US Navy history page
  • T-45 Goshawk page and T-45 Goshawk history page on Boeing.com
  • BAE Hawk at Greg Goebel's AIR VECTORS
  • T-45 Goshawk page on GlobalSecurity.org
  • Boeing/BAE SYSTEMS T-45 Goshawk page on Aeroflight.co.uk
  • T-45A/C Goshawk page on Naval-Technology.com
  • US Navy to add synthetic radar to Goshawk, eyes T-45D, Flightglobal.com
  • l
  • b
  • s
Kapal angkasa dan pesawat tentera McDonnell dan McDonnell Douglas
Pejuang
XP-67 Bat · FH Phantom · F2H Banshee · XF-85 Goblin · XF-88 Voodoo · F3H Demon · F-101 Voodoo · F-110 Spectre · F-4 Phantom II · F-15 Eagle · F/A-18 Hornet · CF-18(8) Hornet · F/A-18E/F Super Hornet
Penyerang
Latihan
T-45 Goshawk
Pengangkut
McDonnell Douglas C-9 · KC-10 Extender · McDonnell Douglas YC-15 · C-17 Globemaster III
Helikopter
XHJH-1 Whirlaway · XH-20 Little Henry · McDonnell XHCH · McDonnell XHRH · AH-64 Apache
UAV
KDH Katydid (TD2D)
Ujian
Kapal angkasa
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan