Tanjung Verde

ريڤوبليك تنجوڠ ۏرديcode: ms is deprecated
República de Cabo Verde
Bendera Tanjung Verde
Lambang Tanjung Verde
Bendera Lambang
Lagu kebangsaan: Cântico da LiberdadeLokasi Tanjung VerdeIbu negaraPraiaBandar terbesarPraiaBahasa rasmiBahasa Portugis (rasmi)
dan sembilan Bahasa-bahasa Cape Verdean CriouloKerajaanRepublik
• Presiden
José Maria Neves
• Perdana Menteri
Ulisses Correia e Silva Kemerdekaan 
daripada Portugal
• Diiktiraf
5 Julai 1975
• Perairan (%)
sedikit sahajaPopulasi
• Perkiraan Julai 2006
420,979 (165)
• Bancian Penduduk 2005
507,000KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$3.055 billion (158)
• Per kapita
$6,418 (92)HDI (2004)0.722
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 106Mata wangEscudo Tanjung Verde
(CVE)Zon waktuUTC-1 (CVT)
• Musim panas (DST)
UTC-1 (tidak diperhatikan)Kod panggilan238Kod ISO 3166CVDPT internet.cv

Tanjung Verde atau Republik Tanjung Verde (bahasa Portugis: Cabo Verde, sebutan IPA: ['kabu 'veɾdɨ]) ialah sebuah republik yang terletak di kepulauan kawasan ekologi Macaronesia di Lautan Atlantik Utara, berhampiran dengan pantai barat Afrika. Kepulauan ini yang dahulu tidak dihuni manusia ditemui dan dijajah oleh negeri Portugal pada abad ke-15. Negara ini dinamai sempena nama Cap-Vert (bermaksud "Tanjung Hijau") di Senegal, hujung yang paling barat di benua Afrika.

Sejarah

Politik

Maklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Cape Verde boleh didapati di Siri politik dan kerajaan Cape Verde.

Politik Tanjung Verde dikendalikan dalam rangka republik demokrasi perwakilan berparlimen yang perdana menterinya merupakan ketua kerajaan, serta sistem berbilang parti politik. Kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan, manakala kuasa perundangan dipegang oleh kedua-dua kerajaan dan Dewan Perundangan. Badan kehakiman adalah bebas daripada badan-badan eksekutif dan perundangan.

Geografi

Tanjung Verde ialah sebuah kepulauan yang terletak berhampiran pantai barat Afrika pada 15.02 U 23.34 B. Ia terdiri daripada 10 buah pulau utama serta 8 buah pulau kecil. Pulau-pulau utamanya ialah:

Kaunti-kaunti Tanjung Verde
  • Barlavento (kumpulan pulau utara)
    • Santo Antão
    • São Vicente
    • Santa Luzia
    • São Nicolau
    • Sal
    • Boa Vista
  • Sotavento (kumpulan pulau selatan)
    • Maio
    • Santiago
    • Fogo
    • Brava

Pulau-pulau yang kecil termasuk Branco, dan Razo. Antara pulau-pulau Tanjung Verde, hanya Santa Luzia dan lima buah pulau kecil tidak dihuni. Kini, pulau-pulau tersebut telah dijadikan sebuah Kawasan Simpanan Semula Jadi. Semua pulau mempunyai gunung berapi, tetapi hanya terdapat sebuah gunung berapi yang masih aktif yang terletak di pulau Fogo (sila lihat Gunung Fogo).

Persekitaran

Keterasingan Tanjung Verde hampir 500 kilometer dari tanah besar Afrika menyebabkan pulau-pulaunya mempunyai sebilangan besar spesies endemik, dengan banyaknya terancam oleh pembangunan manusia. Burung-burung endemiknya termasuk Burung Layang-layang Alexander (Apus alexandri), Burung Lark Raso (Alauda razae), Burung Siul Teluk Verde (Acrocephalus brevipennis), dan Burung Pipit Iago (Passer iagoensis), dengan reptilia yang termasuk Cicak Raksasa Teluk Verde (Tarentola gigas).

Iklim

Tanjung Verde terletak di dalam zon tropika. Suhu puratanya antara 24 °C (75 °F) pada bulan Januari dan Februari hingga 29 °C (85 °F) pada bulan September. Hujan tahunan puratanya 68.4 mm, dengan bulan September merupakan bulan yang paling lembap dengan 33.6 milimeter. Sebaliknya, bulan-bulan antara April dan Julai ialah bulan-bulan yang paling kering, dengan hujan yang kurang daripada satu milimeter setiap bulan.

Ekonomi

Porto Grande, pelabuhan Mindelo, Pulau Sao Vicente.
Pandangan udara ibu negara Praia

Tanjung Verde ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai banyak sumber, malah mengalami kemarau yang teruk. Pertanian disukarkan oleh kekurangan hujan, dan terhad kepada hanya empat buah pulau pada kebanyakan bulan setiap tahun. Kebanyakan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar datangnya daripada industri perkhidmatan. Ekonomi Tanjung Verde telah bertumbuh sejak lewat dekad 1990-an, dan kini dianggap sebagai sebuah negara yang sederhana perkembangannya. Tanjung Verde banyak bekerjasama dengan Portugal pada setiap peringkat eknonominya dan oleh itu, mata wangnya dikaitkan mula-mulanya dengan escudo Portugis dan kemudiannya dengan euro pada tahun 1999.

José Manuel Durão Barroso, bekas perdana menteri Portugis dan kini presiden (penggal kedua 2004) Suruhanjaya Eropah, telah berjanji untuk membantu menggabungkan Tanjung Verde ke dalam lingkungan pengaruh Kesatuan Eropah melalui lebih banyak kerjasama dengan Portugal. Pada Mac 2005, Mário Soares, bekas presiden Portugis, memulakan petisyen untuk mendesak Kesatuan Eropah menganjurkan perbincangan tentang keahlian Tanjung Verde.

Demografi

Kebanyakan penduduk Tanjung Verde ialah mestiços yang berketurunan daripada abdi Afrika dengan peneroka orang putih Portugis. Leluhur Eropahnya juga termasuk:

Yang lain termasuk terutamanya orang kulit hitam Afrika atau orang Eropah (kebanyakan orang Portugis meninggalkan Tanjung Verde selepas kemerdekaan). Banyak orang asing dari kawasan-kawasan yang lain di dunia menetap di Tanjung Verde sebagai negara tetap mereka. Kebanyakannya merupakan peneroka Arab dan Yahudi dari Lebanon dan Maghribi, serta peneroka Belanda, Perancis, British (Inggeris), Cina (khususnya dari Macau), Amerika Syarikat, dan Brazil (termasuk keturunan Portugis dan Afrika). Kesemuanya telah diserap ke dalam masyarakat mestiço.

Lebih banyak anak negeri Tanjung Verde tinggal di luar negeri, berbanding dengan mereka yang tinggal di Tanjung Verde, dengan sebilangan komuniti penghijrah Tanjung Verde yang besar di Amerika Syarikat (500,000 orang), Portugal (80,000 orang), dan Angola (45,000 orang). Terdapat juga sebilangan besar anak negeri Tanjung Verde di São Tomé dan Príncipe, Senegal, Perancis, Brazil, dan Belanda. Anak-anak negeri Tanjung Verde juga menetap di Sepanyol, Jerman, dan Komuniti Negara Yang Bertuturan Bahasa Portugis (Brazil dan Guinea-Bissau).

Rujukan

  • Kebanyakan bahan rencana ini berasal daripada Buku Fakta Dunia CIA 2000 dan laman web Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat 2003.
  • Dr Marcel Gomes Balla dari Universiti Boston telah menulis sebuah sejarah ringkas tentang pulau-pulau ini dalam bukunya, Antonio's Island, ISBN 1-898030-48-0.

Pautan luar

Kerajaan

  • República de Cabo Verde – laman web rasmi kerajaan (bahasa Portugis)
  • Assembleia Nacional de Cabo Verde – laman web rasmi parlimen Tanjung Verde
  • Laman web Tanjung Verde Maya[pautan mati kekal] – perkhidmatan kedutaan Tanjung Verde di Washington DC

Gambar keseluruhan

  • Tarrafal Na Zona – laman web bermatlumat mengenai Tarrafal (Santiago)
  • Panduan Pulau
  • Berita BBC - Profil Negara: Tanjung Verde
  • Buku Fakta Dunia CIA - Tanjung Verde
  • Rujukan Kronologi Cabo Verde Diarkibkan 2006-02-19 di Wayback Machine
  • Kawasan-kawasan Burung Endemik: Kepulauan Tanjung Verde

Galeri

  • Galeri Terbuka: Gambar foto dari semua pulau Diarkibkan 2006-10-23 di Wayback Machine
  • 2200 gambar foto mengenai pulau, penduduk, peristiwa, dan kebudayaan
  • Video dan gambar foto Tanjung Verde

Direktori

  • Projek Direktori Terbuka: Tanjung Verde
  • Universiti Stanford - Afrika di selatan Sahara: Tanjung Verde
  • Indeks Afrika - Tanjung Verde
  • Universiti Pennsylvania - Pusat Kajian Afrika: Tanjung Verde
  • Perlembagaan Republik Tanjung Verde
  • l
  • b
  • s


Daftar negara | Afrika | Afrika Barat
Benin | Burkina Faso | Cape Verde | Chad | Gambia | Ghana | Guinea | Guinea-Bissau | Ivory Coast | Liberia | Mali | Mauritania | Niger | Nigeria | Saint Helena | Senegal | Sierra Leone | Togo