Eritrea

نݢارا إريترياcode: ms is deprecated
Bendera Eritrea
Emblem Eritrea
Bendera Emblem
Lagu kebangsaan: "Ertra, Ertra, Ertra"
(bahasa Inggeris: "Eritrea, Eritrea, Eritrea"code: en is deprecated )
Show globe
Show map of Africa
Ibu negara
dan bandar terbesar
Asmara
15°20′N 38°55′E / 15.333°N 38.917°E / 15.333; 38.917Bahasa rasmiTiada[1]Bahasa kebangsaan
  • Tigrinya
  • Beja
  • Tigre
  • Kunama
  • Saho
  • Bilen
  • Nara
  • Afar
Bahasa lazim
  • Bahasa Tigrinya
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab[2]
Bahasa lain
Kumpulan etnik
(2010 est.[5])
  • 55% Tigrinya
  • 30% Tigre
  • 4% Saho
  • 2% Kunama
  • 2% Rashaida
  • 2% Bilen
  • 5% Lain-lain (Afar, Beni-Amer, Nara
Agama
Kristian (63%), Islam (36%), Lain-lain(<1%)[6]KerajaanRepublik berpresiden unitari satu parti[7][8][9]
• Presiden
Isaias Afwerki Badan perundanganPerhimpunan KebangsaanKemerdekaan 
daripada Habsyah
• Secara de facto
24 Mei 1991
• Secara de jure
24 Mei 1993 Keluasan
• Jumlah
117,600 km2 (45,400 bt2) (ke-99)
• Perairan (%)
0.14%Penduduk
• Perkiraan 2021
(2021) 3,600,000[10]KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$11.263 bilion[11] (ke-156)
• Per kapita
$1,797[11] (ke-180)KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$8.116 billion[11] (ke-149)
• Per kapita
$1,295[11] (ke-160)HDI (2019) 0.459[12]
rendah · ke-180Mata wangNakfa
(ERN)Zon waktuUTC+3 (Waktu Afrika Timur)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (tiada)Bahagian memandukananKod panggilan+291Kod ISO 3166ERDPT internet.er
Sebuah terowong kereta di Dataran Tinggi Eritrea.

Eritrea (Ge'ez ኤርትራ ʾĒrtrā) atau nama rasminya Negara Eritrea ialah sebuah negara di bahagian utara Afrika Timur. Negara ini menyempadani Sudan di barat, Habsyah di selatan, dan Djibouti di tenggara. Bahagian timur dan timur laut negara ini mempunyai garis pinggir laut yang panjang yang menghadapi Laut Merah, betul-betul berhadapan dengan Arab Saudi dan Yaman. Kepulauan Dahlak dan banyak pulau di Kepulauan Hanish merupakan sebahagian Eritrea.

Eritrea digabungkan menjadi sebuah tanah jajahan oleh kerajaan Itali pada 1 Januari 1890.[13] Negara bangsa moden Eritrea mencapai kemerdekaan daripada Habsyah selepas berperang selama tiga puluh tahun dari 1961 hingga 1991. Eritrea secara rasmi merupakan sebuah demokrasi berparlimen yang terdiri daripada enam kawasan, tetapi kini berfungsi sebagai sebuah negara satu parti. Eritrea adalah sebuah negara berbilang bahasa dan berbilang budaya dengan dua agama utama serta sembilan kerakyatan, dengan setiap mereka bertutur dalam bahasa yang berlainan. Negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi, tetapi menggunakan tiga bahasa kerja, iaitu bahasa Tigrinya, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris. Bahasa keempat, iaitu bahasa Itali, kekadang juga digunakan untuk perdagangan. [14][15]

Penamaan

Nama Eritrea berasal daripada nama Yunani kuno bagi Laut Merah (Ἐρυθρὰ Θάλασσα Erythra Thalassa, daripada ἐρυθρός erythros "merah"). Nama itu pertama kali diguna pakai secara formal pada 1890 ketika pembentukan Eritrea Itali (Colonia Eritrea).[16] Nama itu kekal digunakan sepanjang zaman penjajahan Inggeris dan Habsyah berikutnya, dan disahkan dalam referendum kemerdekaan 1993 dan perlembagaan diggubal tahun 1997.[17]

Sejarah

Penyelidikan menunjukkan bahawa alat-alat yang ada dijumpai di Lembah Barka yang disahkan dari kira-kira 8000 SM muncul sebagai bukti kukuh pertama mengenai penempatan manusia di kawasan itu.[18] Penyelidikan juga menunjukkan bahawa kebanyakan etnik Eritrea adalah yang terawal mendiami kawasan ini.[19]

Sekitar 2000 SM, sebahagian kawasan Eritrea kemungkinan besar adalah sebahagian daripada Tanah Punt yang pertama kali disebut pada abad ke-25 SM.[20] Petempatan itu terkenal dengan penghasilan dan pengeksportan emas, resin aromatik, kayu hitam, gading dan binatang liar. Wilayah ini dikenali menerusi catatan ekspedisi para pedangang Mesir purba ke sana.

Sempadan negara bangsa Eritrea moden telah ditetapkan semasa peristiwa Perebutan Afrika. Pada tahun 1869 atau 1870,[21] ketua pemerintah berkuasa menjual tanah di sekitar Teluk Assab kepada Rubattino Shipping Company. [51] Kawasan ini berfungsi sebagai stesen pengisian bahan api arang di sepanjang laluan pelayaran yang diperkenalkan oleh Terusan Suez yang baru siap dibina.

Sementara berlakunya kekosongan kuasa selepas kemangkatan Maharaja Yohannes IV pada 1889, Jeneral Oreste Baratieri menjajah dataran tinggi di sepanjang pantai Eritrea, dan pihak Itali mengisytiharkan penubuhan koloni Eritrea Itali baharu sebagai tanah jajahan Kerajaan Itali. Dalam Perjanjian Wuchale yang ditandatangani pada tahun yang sama, Raja Menelik dari Shewa, sebuah kerajaan di selatan Habsyah, mengakui pendudukan Itali di tanah pesaingnya di Bogos, Hamasien, Akkele Guzay, dan Serae sebagai pertukaran bagi jaminan kewangan bantuan dan akses berterusan senjata dan peluru Eropah. Kemenangannya berikutnya atas raja-raja saingannya dan pertabalannya sebagai Maharaja Menelek II (bertakhta 1889–1913) menjadikan perjanjian itu terikat secara rasmi di seluruh wilayah.

Pertempuran Keren pada 1941 menyaksikan Inggeris berjaya mengusir pemerintah Itali lalu mengambil alih pentadbiran negara itu. Akibat ketiadaan kesepakatan dalam kalangan Kuasa Sekutu mengenai status Eritrea, pentadbiran British berlanjutan sepanjang Perang Dunia II hingga 1950.

Geografi

Eritrea terletak di kawasan Tanduk Afrika di Afrika Timur. Negara ini bersempadan di timur laut dan timur dengan Laut Merah, Sudan di barat, Habsyah di selatan, dan Djibouti di tenggara. Eritrea terletak di antara latitud 12° dan 18° U, dan longitud 36° dan 44° T.

Politik

Politik Eritrea dan Kerajaan Eritrea berlaku dalam rangka kerja diktator totalitarian republik presiden satu parti. Presiden secara rasmi berkhidmat sebagai ketua negara dan ketua pemerintahan. Barisan Rakyat untuk Demokrasi dan Keadilan adalah satu-satunya parti politik yang dibenarkan secara sah untuk wujud di Eritrea. Perhimpunan Kebangsaan yang dipilih secara popular dengan 150 kerusi, dibentuk pada 1993 sejurus selepas kemerdekaan daripada Habsyah, memilih presiden semasa, Isaias Afwerki. Tidak ada pilihan raya umum sejak kemerdekaan rasminya pada tahun 1993. Perlembagaan baru telah digubal pada 1993 dan disahkan pada 1997, tetapi belum dilaksanakan.[22] Sejak Perhimpunan Kebangsaan kali terakhir bermesyuarat pada Januari 2002, Presiden Isaias Afwerki telah melaksanakan kuasa kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan kerajaan.

Sumber maklumat politik tempatan bebas mengenai politik domestik Eritrea adalah terhad; pada September 2001 kerajaan menutup semua media cetak milik persendirian negara, dan pengkritik lantang kerajaan telah ditangkap dan ditahan tanpa perbicaraan, menurut pemerhati domestik dan antarabangsa, termasuk Human Rights Watch dan Amnesty International. Pada tahun 2004, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan Eritrea sebagai Negara Keprihatinan Tertentu (CPC) atas dakwaan rekod penganiayaan agamanya.

Ekonomi

Ekonomi Eritrea telah mengalami pertumbuhan yang cukup besar sejak kebelakangan ini (2010-2020) seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan tahunan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melebihi 5% dalam beberapa tahun terakhir, dengan sesetengah tahun mencapai nilai setinggi 8.7%.[23] Punca-punca utama pertumbuhan ekonomi Eritrea baru-baru ini termasuk permulaan operasi penuh lombong emas dan perak Bisha dan pengeluaran simen dari kilang simen di Massawa.[24]

Demografi

Penduduk, kadar kesuburan dan kadar pembiakan bersih, anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sumber tidak bersetuju dengan populasi semasa Eritrea, dengan beberapa mencadangkan bilangan serendah 3.6 juta[25] dan yang lain setinggi 6.7 juta.[26] Eritrea tidak pernah menjalankan bancian rasmi kerajaan.[27]

Negara ini mempunyai sembilan kumpulan etnik yang diiktiraf. Daripada jumlah ini, yang terbesar ialah Tigriniya, yang membentuk 50% daripada populasi; orang Tigre, yang juga bercakap bahasa Semitik, membentuk kira-kira 30% penduduk.[28] Kebanyakan penduduk yang lain tergolong dalam komuniti berbahasa Afro-Asiatik yang lain di cawangan Cushitic. Selain itu, terdapat beberapa etnik minoriti berbahasa Nilo-Saharan dan kumpulan kecil lain.[29]

Dua agama yang paling dianuti ialah Kristian (47%-63% daripada jumlah penduduk) dan Islam (37%-52%).[30][31][28]

Kebudayaan

Muzium Negara Eritrea ialah sebuah muzium kebangsaan di Asmara, Eritrea

Kebudayaan Eritrea merupakan warisan budaya kolektif pelbagai penduduk asli Eritrea. Eritrea mempunyai sembilan kumpulan etnik yang diiktiraf. Setiap kumpulan mempunyai tradisi dan adat yang tersendiri tetapi beberapa tradisi dikongsi dan dihayati di kalangan kelompok etnik yang berbeza.[32] Budaya tempatan terdiri daripada pelbagai, dan selalunya agak serupa, tradisi yang diamalkan oleh banyak kumpulan etnik Afro-Asiatik berbahasa Kushitik dan Habsyah yang berbahasa Semitik, di samping yang diamalkan oleh minoriti Nilotik di kawasan itu. Budaya Eritrea dalam beberapa cara serupa dengan budaya negara lain di rantau ini.[33]

Rujukan

  1. ^ "Constitution of the State of Eritrea". Shaebia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2011. Dicapai pada 2 Mei 2010.
  2. ^ "Eritrea at a Glance". Eritrea Ministry of Information. 1 Oktober 2009. Dicapai pada 9 September 2020.
  3. ^ "Settimana della lingua italiana nel mondo: l'italiano parlato in Eritrea - Orizzonti culturali italo-romeni". www.orizzonticulturali.it.
  4. ^ "Home". www.maitacli.it.
  5. ^ "Eritrea" (PDF). The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Februari 2020. Dicapai pada 10 Jun 2020.
  6. ^ "Religions in Eritrea". Pew-Templeton Global Religious Futures Project. Pew Research Center. Dicapai pada 13 September 2020.
  7. ^ "Report of the commission of inquiry on human rights in Eritrea". UNHRC website. 8 Jun 2015. Dicapai pada 9 Jun 2015.
  8. ^ "World Report 2017: Rights Trends in Eritrea". Human Rights Watch. 12 Januari 2017.
  9. ^ Saad, Asma (21 Februari 2018). "Eritrea's Silent Totalitarianism".
  10. ^ "Eritrea population (2020) live — Countrymeters". countrymeters.info. 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2021. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  11. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2018 (staff estimates for 2020)". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 16 Mei 2020.
  12. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  13. ^ Killion, Tom (1998). Kamus Sejarah Eritrea. ISBN 0-8108-3437-5.
  14. ^ (Perancis) [ http://cy.revues.org/document39.html Les langues en Erythrée]. Dicapai pada 18 Julai 2006
  15. ^ "[ http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/profiles/Eritrea.pdf Profil Negara:Eritrea]. Perpustakaan Kongres. Dicapai pada 18 Julai 2006
  16. ^ Dan Connell; Tom Killion (14 Oktober 2010). Historical Dictionary of Eritrea. Scarecrow Press. m/s. 7–. ISBN 978-0-8108-7505-0.
  17. ^ "Today, 23 May 1997, on this historic date, after active popular participation, approve and solemnly ratify, through the Constituent Assembly, this Constitution as the fundamental law of our Sovereign and Independent State of Eritrea." The Constitution of Eritrea (eritrean-embassy.se)
  18. ^ Connell, Dan (24 Mei 2002). "Eritrea: A Country Handbook". Ministry of Information – melalui Google Books.
  19. ^ G, Mussie Tesfagiorgis (24 Mei 2010). Eritrea. ABC-CLIO. ISBN 9781598842319 – melalui Google Books.
  20. ^ Najovits, Simson (2004) Egypt, trunk of the tree, Volume 2, Algora Publishing, p. 258, ISBN 087586256X.
  21. ^ Ullendorff, Edward. The Ethiopians: An Introduction to Country and People 2nd ed., p. 90. Oxford University Press (London), 1965. ISBN 0-19-285061-X.
  22. ^ "The Status of the Constitution of Eritrea and the Transitional Government". eri-platform.org (dalam bahasa Tigrinya). Dicapai pada 27 Februari 2023.
  23. ^ Report for Selected Countries and Subjects: Eritrea. Imf.org (14 September 2006). Dicapai 20 September 2013.
  24. ^ "Eritrea Economic Outlook – African Development Bank". Afdb.org. Dicapai pada 30 Disember 2013.
  25. ^ "World Population Prospects 2019". UN DESA. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2021. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  26. ^ "Eritrea – Indicators – Population (million people), 2018". Common Market for Eastern and Southern Africa. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2021. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  27. ^ "Eritrea – Population and Health Survey 2010" (PDF). National Statistics Office, Fafo Institute for Applied International Studies. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 Jun 2019. Dicapai pada 3 Mac 2021.
  28. ^ a b "Eritrea". CIA World Factbook. Dicapai pada 1 Jun 2023.
  29. ^ Minahan, James (1998). Miniature empires: a historical dictionary of the newly independent states. Greenwood Publishing Group. m/s. 76. ISBN 0-313-30610-9. The majority of the Eritreans speak Semitic or Cushitic languages of the Afro-Asiatic language group. The Kunama, Baria, and other smaller groups in the north and northwest speak Nilotic languages.
  30. ^ "Religious Composition by Country, 2010-2050". Pew Research Center's Religion & Public Life Project (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2015. Dicapai pada 12 Mei 2021.
  31. ^ "Eritrea". United States Department of State (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Oktober 2022.
  32. ^ Tekle, Amare (1994). Eritrea and Ethiopia: From Conflict to Cooperation. The Red Sea Press. m/s. 197. ISBN 0932415970. Djibouti, Eritrea, Ethiopia, Somalia and Sudan have significant similarities emanating not only from culture, religion, traditions, history and aspirations but also from being in comparable levels of income and economic development. For the most part, the peoples of these countries share common values. They appreciate similar foods and spices, beverages and sweets, fabrics and tapestry, lyrics and music, and jewelry and fragrances. They even compare in sizes and looks and are hard to tell.
  33. ^ Woldu, Demelash. Exploring language uses and policy processes in Karat Town of Konso Woreda, Ethiopia. Diss. University of East Anglia, 2018.

Pautan luar

  • flagPortal Eritrea
Ketahui lebih lanjut tentang Eritrea di Wikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku

Kerajaan

  • Laman web rasmi Kementerian Maklumat Eritrea
  • Laman web rasmi Kementerian Pelajaran Eritrea Diarkibkan 2006-12-10 di Wayback Machine

Lain-lain

  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Senarai negara dan wilayah tanggungan di benua Afrika
Afrika Utara

Algeria · Mesir1 · Libya · Mauritania · Maghribi · Sudan · Tunisia · Sahara Barat2

Afrika Barat

Benin · Burkina Faso · Cape Verde · Gambia · Ghana · Guinea · Guinea-Bissau · Ivory Coast · Liberia · Mali · Mauritania · Niger · Nigeria · Senegal · Sierra Leone · Togo

Afrika Tengah

Angola · Burundi · Cameroon · Chad · Guinea Khatulistiwa · Gabon · Republik Afrika Tengah · Republik Demokratik Congo · Republik Congo · Rwanda · Sao Tome dan Principe

Afrika Timur

Burundi · Comoros · Djibouti · Eritrea · Habsyah · Kenya · Madagascar · Malawi · Mauritius · Mozambique · Rwanda · Seychelles · Somalia · Sudan Selatan · Tanzania · Uganda · Zambia · Zimbabwe

Selatan Afrika

Botswana · Lesotho · Namibia · Republik Afrika Selatan · Swaziland

Wilayah tanggungan dan negara tidak diiktiraf Wilayah tanggungan di Afrika :

Wilayah Lautan Hindi British, St. Helena3 (United Kingdom) · Kepulauan Canary, Ceuta, Melilla (Sepanyol) · Madeira (Portugal) · Mayotte, Réunion (Perancis) · Socotra (Yemen)
Negara yang tidak diiktiraf : Puntland · Somaliland · Republik Demokratik Arab Sahrawi

1 Sebahagiannya di benua Asia.  2 Status tidak dapat ditentukan.  3 Termasuk jajahan takluk Pulau Ascension dan Tristan da Cunha.
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Catalonia
  • Ukraine
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Sweden
  • Vatican
Lain-lain
Ikon tunas

Rencana berkaitan Afrika ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s