Tasik-Tasik Besar Amerika

Pemandangan Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara dari angkasa lepas.

Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara (bahasa Inggeris: Great Lakescode: en is deprecated , Perancis: Grands Lacscode: fr is deprecated ) terdiri dari lima buah tasik besar yang terletak di bahagian timur benua tersebut berdekatan sempadan antara negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat. Kelompok tasik ini termasuklah tasik-tasik Erie, Huron, Michigan, Ontario dan Superior membentuk rangkaian atau kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia.[1] Sistem tasik ini kadangkala dianggap sebagai laut pedalaman. Kumpulan Tasik ini bertemu dengan Lautan Atlantik di timur melalui Sungai Lawrence.

Kumpulan tasik

Kumpulan Tasik-Tasik Besar terdiri daripada lima tasik yang secara ringkasnya dikenali sebagai HOMES - Huron, Ontario, Michigan, Erie, dan Superior:-

Tasik Erie

Tasik Erie.

Tasik Erie ialah tasik keempat terbesar (dari segi luas permukaan) daripada kelima-lima tasik dalam sistem Tasik-Tasik Besar, sekaligus ke-12 terbesar di dunia.[2] Tasik ini merupakan yang paling kecil (dari segi isipadu), paling cetek dan juga paling selatan di kalangan kumpulan tersebut.[3][4] Ia dikelilingi oleh Wilayah Ontario, Kanada di utara, negeri-negeri Ohio, Pennsylvania dan New York di selatan, manakala Michigan di sebelah barat. Tasik ini dinamakan sedemikian sempena dengan nama puak Erie, sebuah puak asli Amerika yang menetap di sepanjang tebing selatannya.[3]

Tasik Huron

Tasik Huron.

Tasik Huron memiliki isipadu air ketiga terbesar dan luas permukaan kedua terbesar (seluas 59,596 km²) di kalangan kumpulan Tasik-Tasik Besar. Selepas Tasik Victoria di Afrika, tasik ini adalah yang keempat terbesar di dunia.[2] Nama tasik ini diberikan oleh seorang penjelajah Perancis bernama Louis Jolliet bersempena dengan puak asli Huron yang menetap di sekitar persisiran tasik ini.[5] Tasik ini memiliki panjang 332 km, lebar 245 km dan kedalaman maksimum mencecah 230 m.

Tasik Michigan

Tasik Michigan.

Tasik Michigan merupakan satu-satunya tasik di dalam kumpulan Tasik-Tasik Besar yang terletak sepenuhnya di dalam wilayah Amerika Syarikat. Ia dikelilingi, dari barat ke timur, oleh negeri-negeri Wisconsin, Illinois, Indiana dan Michigan. Nama Michigan yang awalnya digunakan untuk merujuk tasik itu, berasal dari sebuah perkataan dalam bahasa Ojibwa, bahasa puak asli Algonquin, yang bermaksud air besar.[6] Tasik ini adalah sedikit besar daripada negara Croatia.

Tasik Ontario

Tasik Ontario.

Tasik Ontario ialah tasik paling kecil (keluasan 19,500 km²) dan paling timur di kalangan Tasik-Tasik Besar. Ia dikelilingi oleh Ontario di utara manakala Semenanjung Niagara, Ontario dan negeri New York, Amerika Syarikat di selatan. Namanya sekarang berasal daripada perkataan bahasa puak Iroquois yang bermaksud tasik cantik.[5] Nama itu kemudiannya digunakan untuk memanggil wilayah Ontario.

Tasik Superior

Tasik Superior.

Tasik Superior merupakan tasik air tawar terbesar di dunia dari segi luas permukaan dengan mencapai keluasan sebanyak 82,414 km².[2] Ia berukuran maksimum 616 km panjang dan 260 km lebar. Kedalaman puratanya ialah 149 m (dengan kedalaman maksimum 406 m) manakala isipadunya berjumlah 12,232 km³. Tasik ini dikelilingi oleh Wilayah Ontario di Kanada dan negeri-negeri Minnesota, Wisconsin dan Michigan di Amerika Syarikat.

Nota

  1. ^ Ghassemi, Fereidoun (2007). Inter-basin water transfer. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 264. ISBN 0-521-86969-2. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); line feed character in |publisher= at position 21 (bantuan)
  2. ^ a b c "Large Lakes of the World". Fact monster. Dicapai pada 12 Ogos 2008.
  3. ^ a b "Lake Erie - Facts and Figures". Great Lakes Information Network. Dicapai pada 12 Ogos 2008.
  4. ^ "Erie, Lake". Fact monster. Dicapai pada 12 Ogos 2008.
  5. ^ a b Synder, Fred. "The Great Lakes - Still Great By Any Other Names". Jabatan Kualiti Alam Sekitar Michigan. Dicapai pada 12 Ogos 2008.
  6. ^ "Great Waters". Superior Watershed Partnership. Dicapai pada 12 Ogos 2008.
  • l
  • b
  • s
Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara
  • l
  • b
  • s
Sejarah
Garis masa
Topik
  • Bekas jajahan dan wilayah
  • Ekonomi
  • Etimologi
  • Evolusi wilayah
  • Imigresen
  • Ketenteraan
  • Mahkota dan orang asli
  • Pemerinahan beraja
  • Perlembagaan
  • Tapak Sejarah Negara
  • Tokoh penting
  • Wanita
Provinsi
dan wilayah
Provinsi
Wilayah
Kerajaan
Politik
  • Hak asasi LGBT
  • Kepelbagaian budaya
  • Pilihan raya
Geografi
Kawasan
(barat ke timur)
  • Pasifik Barat Laut
  • Barat Kanada
  • Great Plains
    • Prairi Kanada
  • Utara Kanada
  • Perisai Kanada
  • Tasik-tasik Besar
  • Tengah Kanada
  • Maritim
  • Timur Kanada
  • Kanada Atlantik
Topik
  • Bandar
  • Gempa bumi
  • Gunung
    • gunung berapi
  • Haiwan
  • Kawasan
  • Pulau
  • Sungai
  • Taman negara
  • Tasik-Tasik Besar
  • Tumbuhan
Ekonomi
Masyarakat
  • Jagaan kesihatan
  • Jenayah
  • Merokok
  • Nilai-nilai
  • Pendidikan
Demografi
Topik
  • Orang Kanada
  • Agama
  • Bahasa
  • Bancian: 1996
  • 2001
  • 2006
  • 2011
  • 2016
  • Imigresen
  • Populasi
100 teratas
  • Kawasan dan kelompok metropolitan
  • Perbandaran
  • Pusat kependudukan
Kebudayaan
  • Cerita rakyat
  • Cuti
  • Identiti
  • Kesenian
  • Masakan
  • Muzik
  • Nasionalisme
  • Perlindungan
  • Pesta
  • Sastera
  • Seni bina
  • Sukan
  • Teater
  • Wayang
Simbol
  • Bendera
  • Diraja
  • Jata
  • Lambang kebangsawanan
  • Provinsi dan wilayah
Kajian
  • Bibliografi
  • Pensejarahan
  • Buku
  • Kategori
  • Portal