Parlimen Kanada

Parlimen Kanada
ڤرليمن كنادا
Parliament of Canada 🍁 Parlement du Canada
Parlimen Kanada ke-42
Jenis
Jenis
Dwidewan
Dewan
  • Senat
  • Dewan Rakyat
Sejarah
Diasaskan1 Julai 1867; 156 tahun yang lalu (1867-07-01)
Kepimpinan
Ratu
Elizabeth II
sejak 6 Februari 1952
Gabenor Jeneral
Julie Payette
sejak 2 Oktober 2017
Speaker Senat
George Furey, Tidak bersekutu
sejak 3 Disember 2015
Geoff Regan, Liberal
sejak 3 Disember 2015
Perdana Menteri
Justin Trudeau, Liberal
sejak 4 November 2015
Struktur
Ahli
  • 443
  • 338 AP
  • 105 senator
Struktur terkini Senat
Kumpulan politik di Senat
  •      ISG (43)
  •      Konservatif (33)
  •      Liberal (11)[a]
  •      Tidak bersekutu (6)
  •      Kosong (12)
Struktur terkini Dewan Rakyat
Kumpulan politik di Dewan Rakyat
  •      Liberal (183)[a]
  •      Kumpulan Parlimen Quebec (7)
  •      Konservatif (97)
  •      Demokratik Baru (43)
  •      Blok Québécois (3)
  •      Hijau (1)
  •      Bebas (2)
  •      Kosong (4)
Pilihan raya
Sistem pengundian Senat
Dilantik oleh Gabenor Jeneral dengan nasihat Perdana Menteri
Sistem pengundian Dewan Rakyat
Pilihan raya terakhir Dewan Rakyat
19 Oktober 2015
Tempat persidangan
Blok Tengah
Blok Tengah, Bukit Parlimen
Ottawa, Ontario
Laman sesawang
www.parl.ca
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parlimen Kanada (Bahasa Inggeris: Parliament of Canada; Bahasa Perancis: Parlement du Canada) ialah badan perundangan persekutuan Kanada yang bertempat di Bukit Parlimen, Ottawa. Badan ini terdiri daripada baginda ratu, yang diwakili oleh wizurai (dikenali sebagai gabenor jeneral); satu dewan pertuanan iaitu Senat dan Dewan Rakyat.[ruj 1] Setiap unsur badan tersebut mempunyai pegawai dan organisasinya yang tersendiri. Dewan Rakyat mempunyai kuasa yang dominan mengikut konvensyen perlembagaan, Senat menyemak semula perundangan berdasarkan sudut pandangan yang tidak berpihak dan baginda Ratu atau wizurai memberikan perkenan diraja untuk menjadikan suatu rang undang-undang itu kepada undang-undang.

Antara peranan gabenor jeneral adalah melantik 105 orang senator dengan nasihat perdana menteri, manakala 338 orang ahli Dewan Rakyat—dipanggil sebagai ahli parlimen (AP)—setiap daripada mereka mewakili satu daerah pilihan raya yang biasanya dikenali sebagai riding dan dipilih secara terus oleh para pengundi Kanada. Gabenor jeneral juga memanggil, memprog atau membubarkan parlimen (baginda ratu juga boleh berbuat demikian), dan ratu boleh memanggil untuk diadakan suatu pilihan raya umum.[ruj 2] Salah seorang daripada mereka juga akan membaca titah ucapan takhta. Parlimen terbaru, yang dipanggil oleh David Johnston pada 2015 adalah yang ke-42 sejak Konfederasi.

Komponen

Parlimen Kanada terdiri daripada tiga bahagian: baginda ratu, Senat dan Dewan Rakyat.[ruj 1][1] Setiap daripadanya mempunyai peranan yang berbeza, tetapi bekerjasama di dalam proses perundangan. Format ini telah diwarisi dari United Kingdom dan ia hampir menyerupai sistem berparlimen di Westminster, dengan perbezaan besar daripada keadaan yang unik di Kanada seperti sifat kediaman ratu yang tidak kekal di dalam negara dan tiada ciri golongan bangsawan untuk membentuk dewan pertuanan.

Hanya mereka yang menduduki Dewan Rakyat yang dipanggil sebagai ahli parlimen (AP); istilah ini tidak pernah diguna pakai untuk senator, walaupun Senat adalah sebahagian daripada parlimen. Walaupun secara perundangannya kurang berkuasa, para senator mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam susunan keutamaan.[2] Tiada individu yang boleh berkhidmat di lebih daripada satu dewan pada waktu yang sama.

Ratu Kanada
Dewan Rakyat

Pemerintahan beraja

Tempat Ratu di dalam badan perundangan, secara rasmi dipanggil sebagai Ratu-dalam-Parlimen,[ruj 3] ditakrifkan oleh Akta Perlembagaan 1867 dan beberapa konvensyen.[1] Walau bagaimanapun, ratu dan wizurai baginda tidak terlibat di dalam proses perundangan, kecuali untuk memberi perkenan bagi suatu undang-undang itu untuk diluluskan di kedua-dua dewan parlimen di mana ia dikenali sebagai Perkenan Diraja. Kesemua rang undang-undang persekutuan bermula dengan frasa "Sekarang, oleh itu, Duli Yang Maha Mulia, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Senat dan Dewan Rakyat Kanada, menggubal seperti berikut ..."[b][3] dan oleh itu, Mahkota adalah kebal daripada akta-akta parlimen kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam akta itu sendiri.[4] Gabenor jeneral biasanya yang menjalankan tugas memberi perkenan, walaupun baginda ratu juga mungkin berbuat demikian, dengan permintaan Kabinet atau wizurai, yang boleh menagguhkan perkenan kepada ratu sesuai dengan perlembagaan.[5]

Rujukan

Catatan

  1. ^ a b Ahli parlimen dan senator daripada parti Liberal duduk di dalam kaukus yang berasingan.
  2. ^ Terjemahan daripada bahasa Inggeris: "Now, therefore, Her Majesty, by and with the advice and consent of the Senate and House of Commons of Canada, enacts as follows ..."; bahasa Perancis: "Sa Majesté, sur l’avis et avec le consentement du Sénat et de la Chambre des communes du Canada, édicte : ..."

Petikan

  1. ^ a b MacLeod (2015), halaman 24.
  2. ^ Hicks (2012), halaman 20.
  3. ^ MacLeod (2015), halaman 16.

Umum

  1. ^ a b Victoria (1867). "Constitution Act, 1867". IV.17 (dalam bahasa Inggeris). Westminster: Queen's Printer (diterbitkan 29 Mac 1867). Dicapai pada 15 Januari 2009.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ "Order of Precedence" (dalam bahasa Inggeris). CanadaInfo. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  3. ^ Perkhidmatan Kerja Raya dan Kerajaan Kanada (13 Disember 2006). "Bill C-43". Mukadimah (dalam bahasa Inggeris). Ottawa: Queen's Printer for Canada. Dicapai pada 19 Mei 2009.
  4. ^ Elizabeth II (1985). "Interpretation Act". §17. Ottawa: Queen's Printer for Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2009. Dicapai pada 1 Jun 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Victoria (29 Mac 1867). Ditulis pada IV.55. "Constitution Act, 1867". Westminster: Queen's Printer.CS1 maint: location (link)

Bibliografi

  • MacLeod, Kevin S. (2015), A Crown of Maples (PDF) (ed. 3), Ottawa: Queen's Printer for Canada, dicapai pada 20 Februari 2015
  • Hicks, Bruce (2012). "The Westminster Approach to Prorogation, Dissolution and Fixed Date Elections" (PDF). Canadian Parliamentary Review. 35 (2): 20.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Parlimen Kanada di Wikimedia Commons
  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
  • Open Parliament
  • l
  • b
  • s
Sejarah
Garis masa
Topik
  • Bekas jajahan dan wilayah
  • Ekonomi
  • Etimologi
  • Evolusi wilayah
  • Imigresen
  • Ketenteraan
  • Mahkota dan orang asli
  • Pemerinahan beraja
  • Perlembagaan
  • Tapak Sejarah Negara
  • Tokoh penting
  • Wanita
Provinsi
dan wilayah
Provinsi
Wilayah
Kerajaan
Politik
  • Hak asasi LGBT
  • Kepelbagaian budaya
  • Pilihan raya
Geografi
Kawasan
(barat ke timur)
  • Pasifik Barat Laut
  • Barat Kanada
  • Great Plains
    • Prairi Kanada
  • Utara Kanada
  • Perisai Kanada
  • Tasik-tasik Besar
  • Tengah Kanada
  • Maritim
  • Timur Kanada
  • Kanada Atlantik
Topik
  • Bandar
  • Gempa bumi
  • Gunung
    • gunung berapi
  • Haiwan
  • Kawasan
  • Pulau
  • Sungai
  • Taman negara
  • Tasik-Tasik Besar
  • Tumbuhan
Ekonomi
Masyarakat
  • Jagaan kesihatan
  • Jenayah
  • Merokok
  • Nilai-nilai
  • Pendidikan
Demografi
Topik
  • Orang Kanada
  • Agama
  • Bahasa
  • Bancian: 1996
  • 2001
  • 2006
  • 2011
  • 2016
  • Imigresen
  • Populasi
100 teratas
  • Kawasan dan kelompok metropolitan
  • Perbandaran
  • Pusat kependudukan
Kebudayaan
  • Cerita rakyat
  • Cuti
  • Identiti
  • Kesenian
  • Masakan
  • Muzik
  • Nasionalisme
  • Perlindungan
  • Pesta
  • Sastera
  • Seni bina
  • Sukan
  • Teater
  • Wayang
Simbol
  • Bendera
  • Diraja
  • Jata
  • Lambang kebangsawanan
  • Provinsi dan wilayah
Kajian
  • Bibliografi
  • Pensejarahan
  • Buku
  • Kategori
  • Portal
Portal:
  • flag Kanada
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
Lain-lain