Teh susu mutiara

Teh (susu) mutiara
Bubble tea, 珍珠奶茶 zhēn zhū nǎi chá
Segelas teh buih
Nama alternatifTeh mutiara
Teh boba (boba tea)
Teh buih (bubble tea)
JenisTeh susu Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianMinuman
Tempat asalTaiwan
Kawasan/rantauAsia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand
Bahan utamaTepung, susu, krim, teh diseduh, gula, perasa
Bahan yang biasa digunakanTapioca, gula, teh, non-dairy creamer, susu, Coconut jelly, popping boba Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Teh susu mutiara (Cina tradisional: 珍珠奶茶code: zh is deprecated ; pinyin: zhēn zhū nǎi chá, bahasa Inggeris: bubble teacode: en is deprecated ), teh mutiara[1] atau [teh] boba (Cina tradisional: 波霸奶茶code: zh is deprecated pinyin: bō bà nǎi chá) ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an.[2] Ia terdiri daripada sejenis teh ditambah susu atau sebaliknya serta dimaniskan mengikut citarasa sebelum ditaruh atau ditambah bebola kecil kanji ubi; jeli buah, cincau, agar dan puding sering juga ditambah. Minuman ini juga dibekukan dan dikisarkan untuk menghasilkan konsistensi yang lembap.[3]

Minuman ini boleh didapati dalam pelbagai perasa, namun minuman berasaskan teh hitam dan teh hijau yang paling popular.[3]

Pembuatan

Bahan-bahan yang dipakai untuk membancuh minuman berbeza mengikut resepi diingini pengusaha, namun ia mempunyai dua komponen utama iaitu teh dan bebola ubi.

Teh

Banyak jenis teh hitam, teh hijau, teh oolong dan teh putih (白茶, bái chá) digunakan sebagai asas. Teh ini boleh dihidangkan terus setelah dimaniskan mahupun diletakkan susu sama ada yang segar, sejat mahupun yang tepung.

"Bebola mutiara" atau boba (粉圓, fěn yuán)

Bebola-bebola kecil ini ditambahkan kepada teh untuk menambahkan rasa kenyal kepada minuman dijamu. Ia diperbuat daripada kanji ubi yang dicampurkan bersama gula perang - gula jenis inilah yang memberikan warna kehitaman yang tersendiri kepada bebola tersebut.

Jeli pelbagai perisa (termasuk cincau, konnyaku, laici dan sebagainya) dan bentuk (termasuk jejari atau kiub), kastad serta sagu turut boleh ditaruh sebagai penambah perisa dan tekstur dalam minuman.

Sejarah

Minuman ini menjadi terkenal luas serata rantau-rantau Asia Timur dan Asia Tenggara sejak dekad tahun 1990-an,[4] terutamanya di Vietnam.[5]

Rujukan

  1. ^ Contoh nama "teh mutiara": Teh mutiara dan Sinar Harian 13 tahun https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/40852
  2. ^ Martin, Laura C. (2007). Tea: The drink that changed the world. Rutland: Tuttle Publishing. m/s. 219. ISBN 9780804837248.
  3. ^ a b Chang, Derrick (12 June 2012). "Is this the inventor of bubble tea?". International Edition. CNN. Dicapai pada 13 February 2015.
  4. ^ "珍珠奶茶的製作方法 Zhēn zhū nǎi chá de zhì zuò fāng fǎ" [Cara pembuatan teh susu mutiara] (dalam bahasa Cina). Crystalpalace.poempalace.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 27 Julai 2011.
  5. ^ Atsushi Tomiyama (3 Mei 2018). "Vietnam embraces Taiwan-style bubble tea". Nikkei Asian Review. Dicapai pada 28 Ogos 2019.

Pautan luar

  • Wawancara dengan perintnis perusahaan minuman ini, Lin Hsiu Hui
  • Free Boba & Bubble Tea Recipes
  • The Tale of "The Bubble Tea Origin"
  • Claremont Courier Online - Bubbly drinks help teens have a ball
  • Picture of Bubble Tea
  • l
  • b
  • s
Kepelbagaian
biasa
Teh hitam
  • Assam
  • Bohea
  • Ceylon
  • Congou
  • Darjeeling
  • Dianhong
  • Monyet Emas
  • Jin Jun Mei
  • Kangra
  • Keemun
  • Nilgiri
  • Tibeti
  • Rize
  • Yingdehong
Teh Oolong
  • Bai Jiguan
  • Ban Tian Yao
  • Bu Zhi Chun
  • Da Hong Pao
  • Dong ding
  • Dongfang Meiren
  • Gaoshan
  • Huangjin Gui
  • Huang Meigui
  • Jin Xuan
  • Qilan
  • Pouchong
  • Rougui
  • Ruanzhi
  • Shui Jin Gui
  • Shui Hsien
  • Tieluohan
  • Tieguanyin
Teh hijau
  • Anji bai cha
  • Aracha
  • Baimao Hou
  • Bancha
  • Biluochun
  • Chun Mee
  • Dafang
  • Genmaicha
  • Benih Melon Lu'an
  • Mesiu
  • Gyokuro
  • Hōjicha
  • Taiping houkui
  • Huangshan Maofeng
  • Hyson
  • Kabusecha
  • Kamairicha
  • Konacha
  • Kukicha
  • Longjing
  • Matcha
  • Maojian
  • Mecha
  • Mengding Ganlu
  • Sencha
  • Shincha
  • Tamaryokucha
Teh putih
  • Bai Mudan
  • Baihao Yinzhen
  • Shoumei
Teh kuning
  • Junshan Yinzhen
  • Huoshan Huangya
Teh yang ditapai
  • Pu-erh
  • Doncha
  • Lahpet
  • Kombucha
Diadun atau
teh berperisa
  • Earl Grey (Lady Grey)
  • Teh sarapan (Inggeris, Ireland)
  • Minum petang Inggeris
  • Teh melati
  • Lapsang souchong
  • Masala chai
  • Teh pudina
    • Teh pudina Maghrebi
  • Prince of Wales
  • Caravan Rusia
Teh herba [a]
  • Chamomile
  • Limau kering
  • Halia
  • Guayusa
  • Koththamalli
  • Kuding
  • Mate
Umum
  • Australia
  • Inggeris
  • Ceylon
  • Cina
  • Iran
  • Korea
  • Nepal
  • Taiwan
  • Turki
  • Vietnam
Budaya
Adat
  • Minum teh/petang
  • Jamuan teh
  • Tasseografi
  • Upacara minum teh
    • Jepun
    • Cina
    • Korea
  • Yum cha
Kawasan
  • Taman teh
  • Rumah teh atau bilik teh
  • Cha chaan teng
  • Chashitsu
    • Mizuya
    • Sukiya-zukuri
    • Roji
Mengikut negara
  • Amerika
  • Arab
  • Argentina
  • Azerbaijan
  • Brazil
  • Cina
  • Dominikan
  • Hong Kong
  • India
  • Mexico
  • Pakistan
  • Rusia
  • Senegal
  • Taiwan
Sejarah
  • China
  • India
  • Jepun
Pengeluaran dan
pengedaran
  • Penggredan daun
  • Pemprosesan
  • Rasa
  • Penanaman
    • Penyakit
    • Pemangsa
  • Syarikat
  • Penggunaan mengikut negara
  • Lelong
    • London
    • Chittagong
    • Guwahati
Mengikut negara
  • Bangladesh
  • Kenya
  • Sri Lanka
  • Amerika Syarikat
Persediaan
  • Teh berbunga
  • Infusi
  • Merebus
  • Prosedur ISO
  • Sedap
  • Uncang teh
  • Bata teh
Health
  • Kesan kesihatan
  • Kandungan fenolik
  • Sebatian
    • Kafeina
    • Teanina
    • Flavan-3-ol
      • Katecina
    • Epigallocatechin gallate
    • Teaflavina
Minuman
asas teh
  • Teh mutiara
  • Teh pembina
  • Teh mentega
  • Chifir
  • Doodh sabar chai
  • Teh susu gaya Hong Kong
  • Teh ais
    • Arnold Palmer
  • Jagertee
  • Kahwah
  • Lei cha
  • Teh susu
  • Siang chai
  • Teh tujuh lapis
  • Shahi haleeb
  • Suutei tsai
  • Teh manis
  • Teh tarik
  • Teh Thailand
  • Troq chai
  • Kopi cham / yuenyeung
Lihat juga
  • Peralatan teh
    • Peti
    • Caddy
    • Saringan
    • Infuser
    • Cawan teh
    • Teko
    • Gaiwan
    • Set teh
  • Sastera
    • Klasik teh
  • Kopi
  • Senarai teh Cina
  • Teh dari spesies yang berkaitan
    • Camellia japonica
    • Camellia sasanqua
    • Camellia taliensis
  • Penyelidikan teh
    • Institut Teh Lipton
    • Stesen Penyelidikan dan Penyambungan Teh
  1. ^ Teh herba tidak dibuat dari Camellia sinensis dan oleh itu secara teknikalnya tidak dianggap teh.
  • Portal Portal Minuman
  • Kategori Kategori:Tea
  • Laman projek Pasukan Petugas Kopi & Teh