Cincau

Ketulan cincau hitam yang dipotong-potong
Segelas cincau hijau

Cincau (Jawi: چينچاوcode: ms is deprecated ; serapan bahasa Cina 仙草 - Pe̍h-ōe-jī Hokkien: sian-chháu, pinyin: xiāncǎo; juga 涼粉 liáng fěn) ialah sejenis makanan bersifat serupa agar-agar dperolehi daripada pokok dalam keluarga daun pudina yang dipergunakan di China dan Asia Tenggara sebagai pencuci mulut serta juga dalam minuman. Ia boleh didapati dalam bentuk tin mahupun bungkusan di pasar raya dan pusat-pusat beli-belah serata Asia.

Terdapat dua jenis cincau yang didapati serata Nusantara: cincau hitam yang dijumpai di Malaysia dan Singapura, dan cincau hijau yang lebih didapati di Indonesia.

Pembuatan

Terdapat seberapa jenis tumbuhan yang digunakan sebagai bahan utama:

  • Mesona chinensis yang menghasilkan cincau hitam,[1][2]
  • Cyclea barbata yang menghasilkan cincau hijau,[3]
  • Melastoma polyanthum[4]

Daun-daun mentah yang dipetik ini disimpan agar teroksida seketika sebelum ia direbus bersama-sama kalium karbonat selama beberapa jam. Cecairnya kemudiannya didinginkan sehingga menjadi seolah-olah agar-agar.[1][5] Agar cincau yang siap sejuk mempunyai kelikatan sederhana yang senang dipotong.[6]

Air cincau sejuk.

Cincau ini biasanya dicampurkan dengan sirap untuk menghasilkan sejenis minuman yang dianggap mempunyai sifat yin yang dapat menyejukkan badan.[6] Warnanya minuman ini perang tua yang jernih, dengan cincau berbentuk lembar atau kiub di dalamnya. Rasanya sedikit merupai iodin.

Penyajian

Cincau dengan potongan-potongan buah mangga

Di Tanah Besar China dan Hong Kong

Cincau dihidangkan dalam suatu air bergula secara tradisinya. Susu sejat turut ditambah kepada air cincau.

Di Taiwan

Cincau dijadikan minuman panas yang likat atau minuman berais di Taiwan. Ia sering ditambahkan pada baobing atau teh susu mutiara.

Di Malaysia dan Singapura

Cincau hitam sering dihidangkan dalam pencuci mulut seperti ais kacang serta cendol. Ia turut ditambahkan dalam minuman tertentu seperti air bandung untuk menambahkan tekstur.

Terdapat suatu minuman bancuhan mencampurkan air kacang soya dengan air cincau menghasilkan sejenis minuman yang dikenali sebagai "Michael Jackson"

Di Indonesia

Cincau didapati di Indonesia sebagai sejenis serbuk segera seperti dengan serbuk agar-agar yang lain. Serbuknya yang lebih mudah digunakan diperbuat daripada daun Mesona palustris.

Rujukan

  1. ^ a b 仙草 (dalam bahasa Cina). 台北市內雙溪森林藥用植物園編輯組. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-21. 本品加水與少許鹹共同煎汁,添加少許澱粉漿可製成仙草凍,是夏天常吃的清涼飲品
  2. ^ Armstrong, Wayne P. "Grass Jelly (Mesona chinensis)". Dicapai pada 19 Mei 2008.
  3. ^ "Cincau". Tanaman Obat Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2006. Dicapai pada 13 Oktober 2006. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Melastoma malabathricum L." www.unimainz.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2014.
  5. ^ Bush, Austin. "Inside the greenhouse". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-26. Dicapai pada 2008-05-19.
  6. ^ a b Wei, Clarissa (31 Mei 2016). "Sweet, Black Grass Jelly Shouldn't Come Out of a Can". Munchies. VICE. Dicapai pada 11 Oktober 2016.

Pautan luar

  • Di sebuah kilang cincau, rahsia-rahsia di belakang pembasuh mulut didedahkan
  • Glosari Makanan Asia Diarkibkan 2001-04-12 di Wayback Machine
  • Cincau dan agar-agar yang lain
  • Serbuk Cincau Segera Indonesia
  • l
  • b
  • s
Hidangan individu
Hidangan bersama
Hidangan Isan
  • Chim chum
  • Kai yang
  • Koi
  • Larb
  • Nam tok
  • Sai krok Isan
  • Suea rong hai
  • Tam maak hoong
  • Yam naem khao thot
Hidangan Thailand Utara
Hidangan Thailand Selatan
Makanan ringan
Pencuci mulut
Pelbagai
  • Budu
  • Sos ikan
  • Hot dog dalam masakan Thailand
  • Beras melur
  • Khantoke
  • Khanom chin
  • Khao chae
  • Kiao
  • Kun chiang
  • Mu daeng
  • Mu kratha
  • Mu yo
  • Naem
  • Nam chim
  • Nam phrik
  • Nam phrik phao
  • Sembilan pencuci mulut Thai yang menguntungkan
  • Padaek
  • Phrik khi nu
  • Pla ra
  • Kapi
  • Shumai
  • Sriracha
  • Nasi
  • Pulut
  • Suki
  • Kari Thailand
  • Ukiran buah Thailand
  • Salad Thailand
Minuman
Lihat juga
Kategori Kategori: Masakan Thailand
  • l
  • b
  • s
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah dan Sarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab, Parsi, dan lain-lain)
Serani
  • Ayam ketul
  • Kari
  • Kari debal
  • Shepherd's pie
  • Sup ekor
Siam
Makanan ringan
Kuih dan pastri
Keropok, Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
  • Ikon portal Portal Makanan
  • Kategori Kategori: Masakan Malaysia
  • Senarai hidangan Malaysia
  • l
  • b
  • s
Rencana
Hidangan
Hidangan mi
Hidangan lain
Makanan ringan dan
pencuci mulut
Minuman
  • l
  • b
  • s
Masakan Indonesia mengikut kumpulan etnik
Am
Acheh
Bali
Batak
Betawi
Bugis dan Makassar
  • Coto Makassar
  • Pallubasa
  • Konro
  • Sop sodara
  • Kapurung
  • Buras
Chirebon
China Indonesia
Jawa
Lampung
Melayu
Maluku dan Papua
Minahasa
Minangkabau
Palembang
Sasaq
Sunda
Timor
Snek
Minuman