Timbuktu

Timbuktu
ⵜⵏⴱⴾⵜcode: tmh is deprecated  (Tamashek)
Tumbutucode: khq is deprecated  (Koyra Chiini Songhay)
City
Transkripsi  
 • Koyra Chiini:Tumbutu
Pemandangan kota dari puncak Masjid Sankore
Pemandangan kota
dari puncak Masjid Sankore
Timbuktu is located in Bumi
Timbuktu
Timbuktu (Bumi)
Koordinat: 16°46′33″N 3°00′34″W / 16.77583°N 3.00944°W / 16.77583; -3.00944Koordinat: 16°46′33″N 3°00′34″W / 16.77583°N 3.00944°W / 16.77583; -3.00944
NegaraMali
KawasanKawasan Tombouctou
CercleTimbuktu Cercle
Settledkurun ke-5 SM
Pentadbiran
 • Datuk bandarHallé Ousmane
Aras
261 m (856 ft)
Penduduk
 (2009)[1]
 • Jumlah54,453
IklimBWh
Timbuktu
Nama asliTombouctou, تمبكتو
Nama rasmiTombouctou Sunting ini di Wikidata
TermasuklahDjinguereber Mosque Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1988 (sesi ke-12)
Dalam bahaya1990–2005; 2012–kini
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Timbuktu (bahasa Tuareg: ⵜⵏⴱⴾⵜcode: tmh is deprecated Tin Buqt, Arab: تُمْبُكْتُو, rumi: Tumbuktūcode: ar is deprecated , Perancis: Tombouctoucode: fr is deprecated , bahasa Koyra Chiini: Tumbutu) ialah suatu kota terletak jauh 20 km (12 bt) utara dari sungai Niger di Mali. Ia berpendudukan sebanyak 54,453 orang setakat sensus 2009.

Ia dijadikan petempatan tetap seawal abad ke-12 di mana ia makmur hasil perdagangan garam, gading, hamba abdi dan emas. Ia menjadi sebahagian daripada Empayar Mali seawal kurun ke-14 namun ditawan puak-puak Tuareg pada awal kurun ke-15, ia diserap dalam Empayar Songhai sekitar tahun 1468. Ia ditawan tentera Saadi dalam pertempuran Tondibi tahun 1591; Timbuktu dijadikan kota utama dinasti tersebut. Sejak itu, kota ini semakin lama semakin hilang kepentingannya.

Kota ini pernah menjadi tumpuan para ilmuwan Islam serata Afrika dengan adanya madrasah Sankore yang merupakan pusat pengajian utama serantau benua tersebut. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO tahun 1988[2] hasil penilaian kepentingan sejarah kawasan ini serta binaan-binaan masjidnya kepada perkembangan Islam di Afrika.[3]

Penamaan

Nama kota ini dipercayai daripada bahasa Tuareg di mana Tin atau TIm bermaksud "telaga" sementara Buktu merupakan nama pengasas kota ini, seorang wanita bangsa Tuareg dari Essouk (kini di Mali).[4]

Seorang sejarawan Timbuktu sendiri bernama Abderrahmane Es Saâdi mengusulkan ia datang daripada istilah bahasa Songhai Tunbutu yang bermaksud lekukan antara gumuk pasir (dépression entre les dunes) - pencatatan istilah ini dirakam dalam penerokaan dilakukan Heinrich Barth pada abad ke-19.[4]

Geografi

Iklim dan suhu

Timbuktu beriklim gurun (BWh) menurut pengelasan iklim Köppen. Cuaca persekitaran bandar pada umumnya panas dan kering di mana hujan paling banyak turun antara bulan-bulan Jun dan September hasil kawasan pertembungan antaratropik (Intertropical Convergence Zone, ITCZ). Suhu paling maksimum pada bulan-bulan April, Mei dan Jun melebihi 40 °C, bulan-bulan paling sejuk pula pada Disember, Januari dan Februari di mana suhu menurun tidak kurang dari 30 °C; musim paling sejuk ini pula mendatangkan tiupan angin pasat dari kawasan Tibesti gurun Sahara yang membawa habuk dan pasir terkumpul menyebabkan penggurunan.[5]

Data iklim untuk Timbuktu (1950–2000, extremes 1897–present)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 41.6
(106.9)
43.5
(110.3)
46.1
(115.0)
48.9
(120.0)
49.0
(120.2)
49.0
(120.2)
46.0
(114.8)
46.5
(115.7)
45.0
(113.0)
48.0
(118.4)
42.5
(108.5)
40.0
(104.0)
49.0
(120.2)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30.0
(86.0)
33.2
(91.8)
36.6
(97.9)
40.0
(104.0)
42.2
(108.0)
41.6
(106.9)
38.5
(101.3)
36.5
(97.7)
38.3
(100.9)
39.1
(102.4)
35.2
(95.4)
30.4
(86.7)
36.8
(98.2)
Purata suhu harian, °C (°F) 21.5
(70.7)
24.2
(75.6)
27.6
(81.7)
31.3
(88.3)
34.1
(93.4)
34.5
(94.1)
32.2
(90.0)
30.7
(87.3)
31.6
(88.9)
30.9
(87.6)
26.5
(79.7)
22.0
(71.6)
28.9
(84.0)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 13.0
(55.4)
15.2
(59.4)
18.5
(65.3)
22.5
(72.5)
26.0
(78.8)
27.3
(81.1)
25.8
(78.4)
24.8
(76.6)
24.8
(76.6)
22.7
(72.9)
17.7
(63.9)
13.5
(56.3)
21.0
(69.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 1.7
(35.1)
7.5
(45.5)
7.0
(44.6)
8.0
(46.4)
18.5
(65.3)
17.4
(63.3)
18.0
(64.4)
20.0
(68.0)
18.9
(66.0)
13.0
(55.4)
11.0
(51.8)
3.5
(38.3)
1.7
(35.1)
Purata curahan hujan, mm (inci) 0.6
(0.02)
0.1
(0.00)
0.1
(0.00)
1.0
(0.04)
4.0
(0.16)
16.4
(0.65)
53.5
(2.11)
73.6
(2.90)
29.4
(1.16)
3.8
(0.15)
0.1
(0.00)
0.2
(0.01)
182.8
(7.20)
Purata bilangan hari hujan (≥ 0.1 mm) 0.1 0.1 0.1 0.6 0.9 3.2 6.6 8.1 4.7 0.8 0.0 0.1 25.3
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 263.9 249.6 269.9 254.6 275.3 234.7 248.6 255.3 248.9 273.0 274.0 258.7 3,106.5
Sumber 1: World Meteorological Organization,[6] NOAA (sun 1961–1990)[7]
Sumber 2: Meteo Climat (record highs and lows)[8]

Infrastruktur

Pengangkutan

Bandar ini boleh dicapai melalui jalan raya, kapal mahupun pesawat.[9] Sungai Niger yang terdekat boleh diseberangi feri dan perahu khas (pinass) apabila sungai tersebut sarat penuh[10][11][12] ke pelabuhan Korioumé 12 kilometer dari selatan, namun jalan-jalan berhampiran ia kurang berturap dan tidak begitu dihubungan dengan rangkaian jalan raya utama Mali. Lapangan Terbang Timbuktu menghubungkan kota tersebut dengan bandar-bandar Bamako, Gao dan Mopti yang berdekatan.[12]

Kota-kota kembar

Kota ini dikembarkan dengan bandar-bandar berikut:[13]

  • Chemnitz, Jerman
  • Hay-on-Wye, Wales, United Kingdom
  • Kairuan, Tunisia
  • Marrakesh, Maghribi
  • Saintes, Perancis
  • Tempe, Arizona, Amerika Syarikat

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Resultats Provisoires RGPH 2009 (Région de Tombouctou) (PDF), République de Mali: Institut National de la Statistique
  2. ^ "Report of the World Heritage Committee Twelfth Session", Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage, Brasilia: UNESCO, 1988
  3. ^ ICOMOS (14 May 1979). "Advisory Body Evaluation of Timbuktu Nomination" (PDF). UNESCO. Dicapai pada 22 Februari 2011.
  4. ^ a b Mataillet, Dominique (15 Oktober 2006). "D'où vient le nom de Tombouctou ?". Jeune Afrique (dalam bahasa Perancis). Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Benjaminsen, Tor A; Berge, Gunnvor (2004). "Myths of Timbuktu: From African El Dorado to Desertification". International Journal of Political Economy. 34 (1): 31–59. doi:10.1080/08911916.2004.11042915. Dicapai pada 14 September 2010.
  6. ^ "World Weather Information Service – Tombouctou (1950–2000)". World Meteorological Organization. Dicapai pada 14 February 2011.
  7. ^ "Tomb (Tombouctou) Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 12 October 2015.
  8. ^ "Station Tombouctou" (dalam bahasa French). Meteo Climat. Dicapai pada 10 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Rosberg, Carl Gustav (1964), Political Parties and National Integration in Tropical Africa, Berkeley, CA: University of California Press, m/s. 222, ISBN 9780520002531
  10. ^ Développement régional: le fleuve est de rétour à Tombouctou, Présidence de la République du Mali, 3 Disember 2007, diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2011, dicapai pada 19 Mac 2011
  11. ^ Lancement des travaux du Canal de Tombouctou : la mamelle nourricière redonne vie et espoir à la 'Cité mystérieuse', Afribone, 14 August 2006, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27, dicapai pada 2020-08-07
  12. ^ a b Pitcher, Gemma (2007). Africa. Melbourne: Lonely Planet Guides. m/s. 403–418. ISBN 9781741044829. timbuktu lonely planet.
  13. ^ "Timbuktu 'twins' make first visit". BBC News. 24 October 2007. Dicapai pada 24 May 2010.

Pautan luar

  • Timbuktu – Ancient History Encyclopedia
  • "Timbuktu" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 26 (ed. ke-11). 1911.
  • Jeppie, Ahamil "A Timbuktu book collector between the Mediterranean and Sahel", Video of a presentation given at the conference The southern shores of the Mediterranean and beyond: 1800 – to the present held at the University of Minnesota in April 2013.
  • Tombouctou - The Sahel Underground Diarkibkan 2019-03-27 di Wayback Machine
  • Ancient West Africa's Megacities: Timbuktu
  • Timbuktu manuscripts: Africa's written history unveiled, The UNESCO Courier, 2007-5, pp. 7–9