Tony Estanguet

Tony Estanguet
Maklumat peribadi
Lahir (1978-05-06) 6 Mei 1978 (umur 45)
Pau, Perancis
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)
Berat badan75 kg (165 lb)
Sukan
NegaraPerancis
SukanKanu slalom
AcaraC1
Bersara2012
Rekod pingat
Lelaki kanu slalom
Acara 1 2 3
Sukan Olimpik 3 0 0
Kejohanan Dunia 5 6 1
Kejohanan Eropah 4 3 3
Kejohanan Junior Dunia 0 1 1
Kejohanan Junior Eropah 0 1 1
Jumlah 12 11 6
Mewakili  Perancis
Sukan Olimpik
Pingat emas – tempat pertama 2000 Sydney C1
Pingat emas – tempat pertama 2004 Athens C1
Pingat emas – tempat pertama 2012 London C1
Kejohanan Dunia
Pingat emas – tempat pertama 2005 Penrith pasukan C1
Pingat emas – tempat pertama 2006 Prague C1
Pingat emas – tempat pertama 2007 Foz do Igauçu pasukan C1
Pingat emas – tempat pertama 2009 La Seu d'Urgell C1
Pingat emas – tempat pertama 2010 Tacen C1
Pingat perak – tempat kedua 1997 Três Coroas C1 pasukan
Pingat perak – tempat kedua 2003 Augsburg C1
Pingat perak – tempat kedua 2003 Augsburg C1 pasukan
Pingat perak – tempat kedua 2005 Penrith C1
Pingat perak – tempat kedua 2007 Foz do Igauçu C1
Pingat perak – tempat kedua 2009 La Seu d'Urgell C1 pasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga 1999 La Seu d'Urgell C1 pasukan
Kejohanan Eropah
Pingat emas – tempat pertama 2000 Mezzana C1
Pingat emas – tempat pertama 2006 L'Argentière-la-Bessée C1
Pingat emas – tempat pertama 2011 La Seu d'Urgell C1
Pingat emas – tempat pertama 2011 La Seu d'Urgell C1 pasukan
Pingat perak – tempat kedua 2002 Bratislava C1
Pingat perak – tempat kedua 2009 Nottingham C1 pasukan
Pingat perak – tempat kedua 2012 Augsburg C1
Pingat gangsa – tempat ketiga 2007 Liptovský Mikuláš C1 team
Pingat gangsa – tempat ketiga 2010 Bratislava C1 pasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga 2012 Augsburg C1 pasukan
Kejohanan Kanu Slalom Junior Dunia
Pingat perak – tempat kedua 1994 Wausau C1 pasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga 1996 Lipno C1 pasukan
Kejohanan Kanu Slalom Junior Eropah
Pingat perak – tempat kedua 1995 Liptovský Mikuláš C1
Pingat gangsa – tempat ketiga 1995 Liptovský Mikuláš C1 pasukan
Tony Estanguet
Presiden Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas
Penjawat kini
Memegang jawatan
5 Februari 2018
PemimpinThomas Bach
Didahului olehSeiko Hashimoto
Digantikan olehCasey Wasserman
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas Paris
Penjawat kini
Memegang jawatan
6 Februari 2018
Didahului olehJawatankuasa ditubuhkan

Tony Estanguet (dilahirkan pada 6 Mei 1978 di Pau)[1] merupakan pengayuh kanu slalom Perancis dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik dalam acara C1 sebanyak tiga kali. Beliau bertanding di peringkat antarabangsa dari 1994 hingga 2012.

Kerjayanya sebagai atlet

Estanguet telah memenangi tiga pingat emas Sukan Olimpik dalam acara C1 pada tahun 2000, 2004 dan 2012. Semasa Sukan Olimpik 2004, beliau mendapat tempat pertama setelah pihak juri membuat keputusan untuk memberi 2-saat penalti kepada Michal Martikán.

Estanguet merupakan pemegang bendera negara Perancis dalam majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2008. Beliau mendapat tempat kesembilan (hanya lapan orang sahaja yang boleh masuk ke peringak akhir) di peringkat separuh-akhir dalam acara C1. Oleh itu, beliau telah disingkirkan.

Semasa Sukan Olimpik 2012, beliau menjadi atlet Perancis yang pertama untuk mendapat tiga pingat emas dalam acara yang sama.[2]

Beliau memenangi dua belas pingat dalam Kejohanan Dunia ICF (dengan lima pingat emas, enam pingat perak dan satu pingat gangsa).

Beliau juga mendapat johan dalam Piala Dunia Kanu Slalom 2003 dan 2004 bagi acara C1. Beliau juga mendapat sepuluh pingat dalam Kejohanan Eropah (4 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa).[3]

Bersama dengan abangnya, Patrice, beliau membangunkan Stadium Rakit Redah Jeram Pau-Pyrénées (dibuka pada tahun 2008) di kampungnya, Pau.[4]

Beliau bersara pada 30 November 2012.[5]

Hidup selepas bersara

Pada tahun 2012, Estanguet dilantik ke Suruhanjaya Atlet IOC. Beliau juga merupakan ahli IOC selama lapan tahun.[6] Beliau juga mengetuai pasukan pembidaan untuk Sukan Olimpik 2024 dan kini mengetuai jawatankuasa penganjuran temasya tersebut.

Rujukan

  1. ^ "Tony Estanguet". Sports-Reference.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2020. Dicapai pada 31 December 2017.
  2. ^ "The Star Online – London Olympic Games 2012". The Star. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2013. Dicapai pada 9 August 2012.
  3. ^ "Tony ESTANGUET (FRA)". CanoeSlalom.net. Dicapai pada 10 September 2017.
  4. ^ [1] Diarkibkan 21 Januari 2011 di Wayback Machine
  5. ^ "Three-Time Olympic Champion Tony Estanguet Retires From Canoeing". canoeicf.com. ICF. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2014. Dicapai pada 15 October 2014.
  6. ^ Results of the IOC Athletes' Commission Election