Sukan Olimpik Musim Panas 2004

Sukan Olimpik XXVIII
Hos BandarAthens, Yunani
Negara201[1]
Atlet10,625[1]
Acara301 acara dalam 26 sukan
Pembukaan13 Agustus 2004
Penutupan29 Agustus 2004
Dibuka oleh
Presiden Costis Stephanopoulos
Kawah Obor
Nikolaos Kaklamanakis
StadiumStadium Olimpik Athens
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2004


Sukan Olimpik 2004 (bahasa Inggeris: 2004 Summer Olympicscode: en is deprecated , Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 2004code: el is deprecated , Therinoí Olympiakoí Agónes 2004) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXVIII (bahasa Inggeris: Games of the XXVIII Olympiadcode: en is deprecated ), dan turut dikenali sebagai Athens 2004, merupakan acara pelbagai sukan yang diadakan di Athens, Yunani dari 13 Ogos hingga 29 Ogos 2004. Sebanyak 10,625 orang atlet yang menyertai[1] (lebih 600 daripada yang dijangkakan oleh penganjur) serta diiringi oleh 5,501 pegawai pasukan dari 201 buah negara.[1] Temasya ini menandakan kali pertama semua negara yang mempunyai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan menyertai Sukan Olimpik sejak Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Temasya ini juga menyaksikan Sukan Olimpik kembali ke tempat asalnya. Athens turut merupakan bandar yang keempat untuk menganjur dua edisi Sukan Olimpik selepas Paris, London dan Los Angeles. Terdapat 301 acara dalam 28 acara sukan yang berbeza telah dipertandingkan.[1]

Pembidaan

Athens diumumkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2004 pada 5 September 1997 semasa Sesi IOC ke-106 yang dianjurkan di Lausanne.[2] Athens pernah membida untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1996 tetapi gagal.[3] Ekoran daripada itu, mereka telah mempelajari daripada kesilapan mereka semasa 1996 dan mengambil tindakan untuk menambah baik kritikan dan masalah yang telah diajukan.[4]

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik 2004
Bandar Negara Peringkat 1 Peringkat tambahan Peringkat 3 Peringkat 4 Peringkat 5
Athens  Yunani 32 38 52 66
Rom  Itali 23 28 35 41
Cape Town  Afrika Selatan 16 62 22 20
Stockholm  Sweden 20 19
Buenos Aires  Argentina 16 44

Maskot

Maskot berdasarkan model tanah liat ini di Muzium Arkeologi Nasional.

Sejak Sukan Olimpik Musim Sejuk 1968 di Grenoble, Perancis, setiap Sukan Olimpik mempunyai maskot yang tersendiri. Bagi edisi 2004, maskot rasmi merupakan Athiná dan Phévos, yang merupakan kakak dan abang. Nama mereka berasal daripada Athena (dewi kebijaksanaan, perancangan dan perang) dan Phoebus, (dewa cahaya dan muzik). Mereka berilham oleh daidala kuno, sejenis patung yang digunakan untuk tujuan keagamaan.[5]

Liputan dalam talian

Untuk kali pertama, penyiar utama dibenarkan untuk serve liputan video Olimpik melalui Internet, asalkan mereka mengehadkan perkhidmatan geografi, untuk melindungi kontrak-kontrak penyiaran di kawasan lain. Misalnya, BBC membuat liputan secara langsung yang lengkap kepada pelanggan-pelanggan Internet laju UK dengan percuma; para pelanggan Amerika Syarikat hanya berupaya menerima siaran tertangguh.[6]

IOC melarangkan atlet, jurulatih, kakitangan dan pegawai lain daripada mewujudkan weblogs dan/atau laman web yang lain untuk meliputi temasya tersebut daripada perspektif mereka. Mereka dilarang memuat naik audio, video atau gambar yang telah diambil. Pengecualian diberi kepada atlet yang telah mempunyai laman web peribadi mereka yang bukan diwujudkan khas untuk temasya tersebut.[7]

NBC melancarkan laman web Olimpik tersendiri, NBCOlympics.com. Tertumpu dalam liputan televisyen temasya tersebut, platform tersebut juga mempunyai video, pungutan pingat dan keputusan secara langsung berkaitan temasya tersebut. Namun tujuan utamanya adalah untuk memaparkan jadual waktu bagi acara-acara yang disiarkan di NBC Universal. Penyiaran televisyen adalah sepanjang 24 jam setiap hari di beberapa saluran.

Temasya

Acara Sukan

Acara Sukan Olimpik Musim Panas 2004

Penyertaan

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai
  •  Afghanistan (5 atlet)
  •  Albania (7)
  •  Algeria (61)
  •  Samoa Amerika (3)
  •  Andorra (6)
  •  Angola (30)
  •  Antigua dan Barbuda (5)
  •  Argentina (152)
  •  Armenia (18)
  •  Aruba (4)
  •  Australia (470)
  •  Austria (74)
  •  Azerbaijan (36)
  •  Bahamas (22)
  •  Bahrain (10)
  •  Bangladesh (4)
  •  Barbados (10)
  •  Belarus (151)
  •  Belgium (50)
  •  Belize (2)
  •  Benin (4)
  •  Bermuda (10)
  •  Bhutan (2)
  •  Bolivia (7)
  •  Bosnia dan Herzegovina (9)
  •  Botswana (11)
  •  Brazil (243)
  •  Kepulauan Virgin British (1)
  •  Brunei (1)
  •  Bulgaria (95)
  •  Burkina Faso (5)
  •  Burundi (7)
  •  Kemboja (4)
  •  Cameroon (17)
  •  Kanada (263)
  •  Tanjung Verde (3)
  •  Kepulauan Cayman (5)
  •  Republik Afrika Tengah (4)
  •  Chad (1)
  •  Chile (22)
  •  China (384)
  •  Colombia (53)
  •  Comoros (3)
  •  Republik Congo (5)
  •  Kepulauan Cook (3)
  •  Costa Rica (20)
  •  Croatia (81)
  •  Cuba (151)
  •  Cyprus (20)
  •  Republik Czech (142)
  •  Republik Demokratik Congo (4)
  •  Denmark (92)
  •  Dominika (2)
  •  Republik Dominika (33)
  •  Ecuador (16)
  •  Mesir (97)
  •  El Salvador (8)
  •  Guinea Khatulistiwa (2)
  •  Eritrea (4)
  •  Estonia (42)
  •  Habsyah (26)
  •  Persekutuan Mikronesia (5)
  •  Fiji (10)
  •  Finland (53)
  •  Perancis (308)
  •  Gabon (5)
  •  Gambia (2)
  •  Georgia (32)
  •  Jerman (441)
  •  Ghana (29)
  •  Great Britain (264)
  •  Yunani (426) (tuan rumah)
  •  Grenada (5)
  •  Guam (4)
  •  Guatemala (18)
  •  Guinea (3)
  •  Guinea-Bissau (3)
  •  Guyana (4)
  •  Haiti (8)
  •  Honduras (5)
  •  Hong Kong (32)
  •  Hungary (209)
  •  Iceland (26)
  •  India (73)
  •  Indonesia (38)
  •  Iran (37)
  •  Iraq (24)
  •  Ireland (46)
  •  Israel (36)
  •  Itali (364)
  •  Ivory Coast (5)
  •  Jamaica (47)
  •  Jepun (306)
  •  Jordan (8)
  •  Kazakhstan (114)
  •  Kenya (46)
  •  Kiribati (3)
  •  Korea Utara (36)
  •  Korea Selatan (264)
  •  Kuwait (11)
  •  Kyrgyzstan (29)
  •  Laos (5)
  •  Latvia (32)
  •  Lubnan (5)
  •  Lesotho (3)
  •  Liberia (2)
  •  Libya (8)
  •  Liechtenstein (1)
  •  Lithuania (59)
  •  Luxembourg (10)
  •  Macedonia Utara (10)
  •  Madagaskar (8)
  •  Malawi (4)
  •  Malaysia (26)
  •  Maldives (4)
  •  Mali (21)
  •  Malta (7)
  •  Mauritania (2)
  •  Mauritius (9)
  •  Mexico (109)
  •  Moldova (33)
  •  Monaco (3)
  •  Mongolia (20)
  •  Maghribi (55)
  •  Mozambique (4)
  •  Myanmar (2)
  •  Namibia (8)
  •  Nauru (3)
  •  Nepal (6)
  •  Belanda (210)
  •  Antillen Belanda (3)
  •  New Zealand (148)
  •  Nicaragua (5)
  •  Niger (4)
  •  Nigeria (70)
  •  Norway (52)
  •  Oman (2)
  •  Pakistan (26)
  •  Palau (4)
  •  Palestin (3)
  •  Panama (4)
  •  Papua New Guinea (4)
  •  Paraguay (22)
  •  Peru (12)
  •  Filipina (16)
  •  Poland (194)
  •  Portugal (81)
  •  Puerto Rico (43)
  •  Qatar (15)
  •  Romania (108)
  •  Rusia (446)
  •  Rwanda (5)
  •  Saint Kitts dan Nevis (2)
  •  Saint Lucia (2)
  •  Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine (3)
  •  São Tomé dan Príncipe (2)
  •  Samoa (3)
  •  San Marino (5)
  •  Arab Saudi (16)
  •  Senegal (16)
  •  Serbia dan Montenegro (85)
  •  Seychelles (9)
  •  Sierra Leone (2)
  •  Singapura (16)
  •  Slovakia (64)
  •  Slovenia (79)
  •  Kepulauan Solomon (2)
  •  Somalia (2)
  •  Afrika Selatan (106)
  •  Sepanyol (317)
  •  Sri Lanka (8)
  •  Sudan (4)
  •  Suriname (4)
  •  Swaziland (3)
  •  Sweden (115)
  •  Switzerland (98)
  •  Syria (6)
  •  Taipei Cina (88)
  •  Tajikistan (9)
  •  Tanzania (8)
  •  Thailand (42)
  •  Timor-Leste (2)
  •  Togo (3)
  •  Tonga (5)
  •  Trinidad dan Tobago (19)
  •  Tunisia (54)
  •  Turki (64)
  •  Turkmenistan (9)
  •  Uganda (11)
  •  Ukraine (239)
  •  Emiriah Arab Bersatu (4)
  •  Amerika Syarikat (533)
  •  Uruguay (15)
  •  Uzbekistan (69)
  •  Vanuatu (2)
  •  Venezuela (48)
  •  Vietnam (11)
  •  Kepulauan Virgin (6)
  •  Yaman (3)
  •  Zambia (6)
  •  Zimbabwe (12)

Pungutan pingat

Berikut merupakan sepuluh negara teratas yang memenangi pingat di Sukan Olimpik ini:[8]

 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Amerika Syarikat 36 39 27 102
2  China 32 17 14 63
3  Rusia 27 27 38 92
4  Australia 17 16 16 49
5  Jepun 16 9 12 37
6  Jerman 13 16 20 49
7  Perancis 11 9 13 33
8  Itali 10 11 11 32
9  Korea Selatan 9 12 9 30
10  Great Britain 9 9 12 30

Legasi

Beberapa prasarana telah dibina oleh kerajaan Yunani untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2004, antaranya termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos (lapangan terbang moden yang menjadi gerbang masuk baharu ke Yunani)[9], pemanjangan sistem metro Athens[10], sistem tram yang baharu[11], laluan kereta api yang baharu yang menghubungkan kawasan suburban dan lapangan terbang dengan bandaraya Athens, lebuh raya yang baharu[12] dan pengubahsuaian jalan raya ke laluan pejalan kaki di sekitar lokasi bersejarah.[13][14]

Namun, terdapat juga beberapa impak yang negatif bagi kerajaan Yunani dan bandar Athens. Beberapa tempat pertandingan yang pernah menganjurkan acara sukan semasa Sukan Olimpik telah dibiarkan.[15] Penganjuran Sukan Olimpik 2004 juga dikaitkan dengan krisis hutang yang berlaku di Yunani dari tahun 2010 hingga 2018.[16]

Lihat juga

  • iconPortal Olimpik

Rujukan

  1. ^ a b c d e "Athens 2004". International Olympic Committee. www.olympic.org. Dicapai pada 19 Januari 2008.
  2. ^ "International Olympic Committee – Athens 2004 – Election". Olympic.org. Dicapai pada 15 March 2010.
  3. ^ Weisman, Steven R. (19 September 1990). "Atlanta Selected Over Athens for 1996 Olympics". The New York Times. Dicapai pada 23 September 2008.
  4. ^ Anderson, Dave (7 September 1997). "Athens Can Thank Atlanta for 2004 Games". The New York Times. Dicapai pada 25 May 2010.
  5. ^ "Phevos and Athena". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-08. Dicapai pada 2008-09-08.
  6. ^ Pfanner, Eric (30 Ogos 2004). "Athens Games beating Sydney in TV race". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-12. Dicapai pada 2006-08-18.
  7. ^ "You're Athletes, Not Journalists". Wired News. 20 Ogos 2004. Dicapai pada 2006-08-18.
  8. ^ "Athens 2004". International Olympic Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2009. Dicapai pada 9 March 2010.
  9. ^ "The Company". Aia.gr. 28 March 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 February 2010. Dicapai pada 15 March 2010.
  10. ^ "AttikoMetro Inside". Ametro.gr. 9 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2010. Dicapai pada 15 March 2010.
  11. ^ "Tram Sa". Tramsa.gr. 22 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2010. Dicapai pada 15 March 2010.
  12. ^ [1] [pautan mati]
  13. ^ "Unification of Archaeological Sites in the Centre of Athens". Minenv.gr. 4 November 1995. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2011. Dicapai pada 15 March 2010.
  14. ^ "As Olympic Glow Fades, Athens Questions $15 Billion Cost". Csmonitor.com. 21 July 2008. Dicapai pada 15 March 2010.
  15. ^ Bloor, Steven (13 Ogos 2014). "Abandoned Athens Olympic 2004 venues, 10 years on – in pictures". The Guardian. Dicapai pada 29 September 2021.
  16. ^ "Olympic Cities: Booms and Busts". Cnbc.com. 19 January 2012. Dicapai pada 7 February 2014.

Pautan luar

  • Laman IOC mengenai Sukan Olimpik 2004
  • Liputan Sukan Olimpik 2004 oleh Community-online.com
  • Kos Sukan Olimpik 2004
  • Gambar daripada upacara perasmian
  • Gambar belakang tirai daripada upacara perasmian
  • Liputan media: BBC
  • Pin Atlet NOC Sukan Olimpik 2004
  • History of a stay during the Athens 2004 Olympic Summer Games
  • Pin Sukan Olimpik Athens 2004[pautan mati kekal]
  • Surat memohon maaf kepada Athens daripada SI.com
Didahului oleh
Sydney
Sukan Olimpik Musim Panas
Athens

XXVIII Olympiad (2004)
Diikuti oleh:
Beijing


  • l
  • b
  • s
Olimpik Musim Panas
Athens 1896  • Paris 1900  • St. Louis 1904  • 19061  • London 1908  • Stockholm 1912  • 19162  • Antwerp 1920  • Paris 1924  • Amsterdam 1928  • Los Angeles 1932  • Berlin 1936  • 19402  • 19442,3  • London 1948  • Helsinki 1952  • Melbourne 1956  • Rom 1960  • Tokyo 1964  • Bandar Raya Mexico 1968  • Munich 1972  • Montreal 1976  • Moscow 1980  • Los Angeles 1984  • Seoul 1988  • Barcelona 1992  • Atlanta 1996  • Sydney 2000  • Athens 2004  • Beijing 2008  • London 2012  • Rio de Janeiro 2016  • Tokyo 2020  • Paris 2024  • Los Angeles 2028 • Brisbane 2032
Olimpik Musim Sejuk
Kategori Kategori  Portal Portal