Topologi mesh

Imej menunjukan gambaran topologi mesh

Topologi mesh ialah satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian. Ia membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semuanya tersambung satu sama lain adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain dalam setiap bahagian komponennya yang membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.

Rangkaian mesh adalah rangkaian yang boleh dibaiki sendiri (self-healing) di mana rangkaian masih boleh beroperasi bila satu nod tidak dapat berfungsi atau kerosakan pada sambungan. Ia merupakan rangkaian boleh dipercayai. Konsep ini dapat digunakan kepada rangkaian tanpa wayar, rangkaian berkabel dan perisian yang bertindak. Gambar animasi menunjukkan gambaran bagaimana rangkaian mesh tanpa wayar diperbaiki.

Animasi menunjukkan rangkaian mesh diperbaiki

Rangkaian mesh tanpa wayar adalah aplikasi yang paling kerap dibincangkan di dalam seni bina mesh. Asalnya rangkaian ini dibina untuk aplikasi untuk tentera tetapi telah menjadi evolusi penting sedekat kemudian.

Kelebihan dan kelemahan topologi mesh

Kelebihan

  • Tahan lasak, jika berlaku kegagalan ia tidak begitu mengganggu rangkaian jika dibandingkan dengan topologi yang lain
  • Mudah untuk diperbaiki

Kelemahan

  • Agak susah untuk dipasang dan konfigurasi semula jika melibatkan komputer yang banyak
  • Kos penyelenggaraan sambungan berulang adalah tinggi
  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Rangkaian komputer
Jenis
Rangkaian kawasan persendirian (PAN) • Rangkaian kawasan setempat (LAN) • Rangkaian kawasan kampus (CAN) • Rangkaian kawasan metropolitan (MAN) • Rangkaian kawasan luas (WAN) • Rangkaian kawasan global (GAN)
Peralatan
Penghala • Kad antara muka rangkaian Penguat • Hab • Jambatan • Modem • DSL • ADSL • Suis • 8P8C • Brouter
Kabel
Sepaksi • Pasangan berlingkar • Gentian optik
Protokol
Model OSI • Model DoD • Penghalaan • Unicast • Alamat IP • Protokol Internet versi 4 • Protokol Internet versi 6 • Rakan-ke-rakan • Rangkaian pensuisan paket
Kaedah sambungan
Ethernet Wayarles WiMAX Wi-Fi Hotspot Talian pajak • Pensuisan litar Pensuisan mesej • Pensuisan paket Geganti sel
Medium penyambungan
Jalur asas Jalur lebar Jalur sempit
Internetwork
Intranet Extranet • Internet
Topologi
Komputer
Komputer pelayan Komputer pelanggan
Kelajuan
Syarikat pengeluar