Topologi cincin

Imej menunjukan gambaran topologi cincin

Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.

Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin. Rangkaian FDDI dapat mengatasi kelemahan dengan penghantaran data mengikut arah jam dan arah lawan jam membentuk cincin: jika berlaku kegagalan data akan dihantar balik untuk melengkapkan cincin sebelum ia sampai dihujung kabel, ia bertindak menyelenggarakan sepanjang setiap nod seperti "cincin C". Protokol rangkaian 802.5 -- juga dikenali sebagai rangkaian gelang token IBM -- juga mengelak kelemahan tersebut: mereka menggunakan topologi bintang pada lapisan fizikal dan unit akses pelbagai stesen untuk meniru cincin pada lapisan pautan data.

Banyak rangkaian cincin menambah satu "kaunter cincin berputar" untuk membentuk satu topologi berlebihan.

Kelebihan dan kelemahan topologi cincin

Kelebihan

  • Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan
  • Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token

Kelemahan

  • Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian
  • Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan
  • Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet
  • Lebih perlahan dari rangkaian ethernet

Topologi lain

  • Topologi bintang
  • Topologi bas
  • Topologi mesh
  • Gelang token
  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Rangkaian komputer
Jenis
Rangkaian kawasan persendirian (PAN) • Rangkaian kawasan setempat (LAN) • Rangkaian kawasan kampus (CAN) • Rangkaian kawasan metropolitan (MAN) • Rangkaian kawasan luas (WAN) • Rangkaian kawasan global (GAN)
Peralatan
Penghala • Kad antara muka rangkaian Penguat • Hab • Jambatan • Modem DSL ADSL Suis • 8P8C Brouter
Kabel
Protokol
Kaedah sambungan
Ethernet Wayarles WiMAX Wi-Fi Hotspot Talian pajak • Pensuisan litar Pensuisan mesej • Pensuisan paket Geganti sel
Medium penyambungan
Jalur asas Jalur lebar Jalur sempit
Internetwork
Intranet Extranet • Internet
Topologi
Komputer
Komputer pelayan Komputer pelanggan
Kelajuan
Syarikat pengeluar