Universiti Bologna

Universiti Bologna
Università di Bologna
Latin: Universitas Bononiensiscode: la is deprecated
MotoPetrus ubique pater legum Bononia mater[1] (Latin)<>{{|Santo Petrus bapa segala undang-undang, Bologna ibunya [universitas]}}
JenisUniversiti awam
Ditubuhkan padas. 1088; 936 tahun yang lalu (1088)
RektorFrancesco Ubertini
Staf akademik
2,850
Pelajar86,509
Siswazah63,781
Ijazah/Sarjana19,119
Kedoktoran
3,877
Lokasi
Bologna
,
Itali
KampusBandar
Sports teamsCUSB
Warna     Merah
PenggabunganCoimbra Group, Guild of European Research-Intensive Universities, Rangkaian Utrecht, UNIMED
Laman sesawangwww.unibo.it

Universiti Bologna ( Itali: Università di Bolognacode: it is deprecated , UNIBO) adalah sebuah universiti penyelidikan di Bologna, Itali . Ia adalah antara universiti tertua di dunia dan yang tertua di dunia Barat[2] sejak penubuhannya oleh suatu persatuan pelajar ("studiorum") pada tahun 1088.

Ia merupakan badan pertama yang dibentuk dalam model universitas (asal istilah "universiti" dalam bahasa baku Malaysia melalui bahasa Inggeris, masih dikekalkan dalan baku Indonesia); malah ia merupakan salah satu institusi akademik terkemuka di Itali dan Eropah. [3] Ia adalah salah satu daripada badan pendidikan yang paling berprestij di negara Itali sehingga mengungguli kedudukan pertama di peringkat nasional. [4][5]

Sejarah institusi

Tarikh penubuhannya tidak pasti, namun difahamkan kebanyakan pihak telah 1088[6] terutamanya dengan bukti kajian dilakukan sejarawan terkenal Giosuè Carducci pada abad ke-19.[7] [8] [9]

Universiti ini dikurniakan suatu piagam diraja (Authentica habita) oleh Maharaja Rom Suci Frederich I pada tahun 1158. Walau bagaimanapun, perkembangan institusi ini kepada suatu universiti adalah proses yang beransur-ansur; menurut sejarawan Paul Grendle, badan ini "tidak mungkin ada pengajar dan organisasi yang secukupnya sehingga mampu merainh status universiti sebelum 1150-an, dan ia mungkin tidak berlaku sebelum tahun 1180-an." [10]

Kemudahan

11 Sekolah (yang menggantikan faks sedia ada 23) adalah:

  • Sekolah Pertanian dan Perubatan Veterinar
  • Sekolah Ekonomi, Pengurusan dan Statistik
  • Sekolah Kejuruteraan dan Senibina
  • Sekolah Bahasa Asing dan Kesusasteraan, Interpretasi dan Terjemahan
  • Sekolah Undang-undang
  • Sekolah Seni, Kemanusiaan, dan Warisan Budaya
  • Sekolah Perubatan dan Pembedahan
  • Sekolah Farmasi, Bioteknologi dan Sains Sukan
  • Sekolah Sains Politik
  • Sekolah Psikologi dan Sains Pendidikan
  • Sekolah Sains

Universiti ini dibahagikan pengurusannya kepada 33 jabatan[11] (terdapat 66 hingga 2012) anjuran domain penyelidikan khusus yang menerangkumkan kegiatan yang berkaitan dengan satu atau lebih fakulti:

  • Seni Bina - DA
  • Warisan Budaya - DBC
  • Kimia "Giacomo Ciamician" - CHIM
  • Kimia Perindustrian "Toso Montanari" - CHIMIND
  • Seni - DARvipem
  • Farmasi dan Bioteknologi - FaBiT
  • Falsafah Klasik dan Pengajian Itali - FICLIT
  • Pengajian Falsafah dan Komunikasi - FILCOM
  • Fizik dan Astronomi - DIFA
  • Sains Komputer dan Kejuruteraan - DISI
  • Kejuruteraan Awam, Kimia, Alam Sekitar, dan Bahan - DICAM
  • Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Maklumat "Guglielmo Marconi" - DEI
  • Kejuruteraan Industri - DIN
  • Menterjemah dan Terjemahan - DIT
  • Bahasa Moden, Literatur, dan Budaya - LILEC
  • Matematik - MAT
  • Perubatan Eksperimen, Perubatan Diagnostik dan Perubatan Khusus - DIMES
  • Psikologi - PSI
  • Sains Pertanian - DipSA
  • Pengurusan - DiSA
  • Sains Biologi, Geologi dan Alam Sekitar - BiGeA
  • Sains Bioperubatan dan Neuromotor - DIBINEM
  • Pengajian Pendidikan "Giovanni Maria Bertin" - EDU
  • Sains-Sains Pertanian dan Makanan - DISTAL
  • Ekonomi - DSE
  • Kajian Undang-undang - DSG
  • Sains Perubatan dan Pembedahan - DIMEC
  • Sains Perubatan Veterinar - DIMEVET
  • Jabatan Pengajian Kualiti Hidup - QUVI
  • Sains-Sains Politik dan Masyarakat - SPS
  • Sains Statistik " Paolo Fortunati " - STAT
  • Undang-undang Sosiologi dan Perniagaan - SDE
  • Sejarah dan Budaya - DiSCi

Kepimpinan

Rektor

Berikut adalah senarai rektor institusi ini sejak abad ke-19:[12]:

  • Augusto Murri – 1888 hingga 1889[13]
  • Vittorio Puntoni, 1896 hingga 1911 dan 1917 hingga 1923
  • Leone Pesci, 1911 hingga 1917
  • Pasquale Sfameni, 1923 hingga 1927
  • Giuseppe Albini, 1927 hingga 1930
  • Alessandro Ghigi, 1930 hingga 1943
  • Enrico Redenti, 31 Ogos hingga 19 Oktober 1943
  • Umberto Borsi, dal 19 hingga 28 Oktober 1943
  • Goffredo Coppola dal 25 Januari 1944 hingga 21 April 1945
  • Edoardo Volterra, 1945 hingga 1947
  • Guido Guerrini, 1947 hingga 1950
  • Felice Battaglia, 1950 hingga 1956 dan 1962 hingga 6 Mei 1968
  • Giuseppe Gherardo Forni, 1956 hingga 1962
  • Walter Bigiavi, 6 Mei al 29 Jun 1968
  • Tito Carnacini, 29 Jun 1968 hingga 1976
  • Carlo Rizzoli, 1976 hingga 1985
  • Fabio Alberto Roversi Monacox 1985 hingga 2000
  • Pier Ugo Calzolari, 2000 hingga 2009
  • Ivano Dionigi, 2009 hingga 2015
  • Francesco Ubertini sejak 2015[14][15]

Rujukan

  1. ^ Charters of foundation and early documents of the universities of the Coimbra Group, Hermans, Jos. M. M., ISBN 90-5867-474-6
  2. ^ Nuria Sanz, Sjur Bergan: "The heritage of European universities", 2nd edition, Higher Education Series No. 7, Council of Europe, 2006, ISBN Templat:Isbn missing, p. 136
  3. ^ Empty citation (bantuan)
  4. ^ Alma Mater superstar: stacca le concorrenti tra le mega università, by Ilaria Venturi.
  5. ^ Empty citation (bantuan)
  6. ^ Nove secoli di storia - Università di Bologna
  7. ^ Top Universities Error in Webarchive template: Empty url. World University Rankings Retrieved 2010-1-6
  8. ^ Our History - Università di Bologna
  9. ^ Paul L. Gaston (2012). The Challenge of Bologna: What United States Higher Education Has to Learn from Europe, and Why It Matters That We Learn It. Stylus Publishing, LLC. m/s. 18. ISBN 978-1-57922-502-5.
  10. ^ Paul F. Grendler, The Universities of the Italian Renaissance (JHU Press, 2002), 6.
  11. ^ List of the Departments of the University of Bologna
  12. ^ "Serie dei rettori dello studio e dell'università" (dalam bahasa Itali). Università di Bologna. Dicapai pada 27 September 2016.
  13. ^ Gissi, Alessandra. "Augusto Murri" (dalam bahasa Itali). Roma: Istituto dell'Enciclopedia Italiana. Dicapai pada 6 Oktober 2017. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  14. ^ "Risultati del secondo turno - ballottaggio". Sito Alma Mater Studiorum (dalam bahasa Itali). Bologna: UNIBO. Jun 2015. Dicapai pada 29 Julai 2015.
  15. ^ Venturi, Ilaria (30 Jun 2015). "Alma Mater di Bologna, il nuovo rettore è Ubertini: è il più giovane d'Italia" (dalam bahasa Itali). Bologna: Repubblica. Dicapai pada 30 Julai 2015.

Pautan luar

  • Laman web rasmi (Inggeris)