Universitas Indonesia

Universitas Indonesia
Lambang Universitas Indonesia
Makara UI[1]
Latin: Universitas Studiorum Indonesiensiscode: la is deprecated
MotoVeritas, Probitas, Iustitia (Latin)
JenisAwam (Perguruan Tinggi Negeri)
Ditubuhkan pada1849 (sebagai Dokter-Djawa School Batavia)
1954-sekarang (sebagai Universitas Indonesia) [2]
RektorProf. Ari Kuncoro, S.E., M.A., Ph.D.
(sejak 4 Disember 2019)
Staf akademik
2.267 (2018)[3]
Pelajar46.771 (2018)[3]
Siswazah28.095 (2015)[3]
Ijazah/Sarjana13.609 (2015)[3]
Kedoktoran
2.315 (2015)[3]
Lokasi
Depok
,
Jawa Barat
,
Indonesia

Koordinat: 6°21′44″S 106°49′36″E / 6.362281°S 106.826674°E / -6.362281; 106.826674
KampusUrban, 3.000.000 - 3.200.000 meter persegi[4]
WarnaKuning     
Nama samaranJaket Kuning (Akronim: Jakun); Kampus Perjuangan
PenggabunganAUN[5], ASAIHL, APRU[6], ASEA-UNINET, SEAMEO, AUAP[7], FUIW[8]
Laman sesawangwww.ui.ac.id

Universitas Indonesia[9] (disingkatkan kepada UI) adalah salah satu perguruan tinggi atau universiti negeri di Indonesia yang berpengalaman dalam bidang pengajaran dan penelitian. Universiti ini merupakan salah satu universiti tertua di Indonesia yang rasmi didirikan tahun 1849 dengan nama Dokter-Djawa School lalu berganti nama pada 1950 menjadi Universiteit Indonesia. Ia juga merupakan salah satu dari tiga badan perguruan tinggi terbaik di Indonesia bersama dengan Universitas Gadjah Mada dan Institut Teknologi Bandung.[10][11]

Sebahagian besar kemudahan pengajaran universiti ini (atau "fakultas") berada di kawasan Depok, Jawa Barat, kecuali Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan beberapa Program Pascasiswazah yang berlokasi di Jalan Salemba, Jakarta.

Pada tarikh 26 Disember 2000, pemerintah Republik Indonesia mengesahkan status otonomi UI berasaskan Peraturan Pemerintah Nombor 152. Pada saat ini, UI sedang berada dalam masa transisi dari suatu universiti negeri menuju universiti negeri yang otonom.

Universiti ini dipimpin oleh seorang rektor. Pemimpin setaraf pada saat ini adalah Ari Kuncoro, rektor sebelumnya adalah Muhammad Anis.

Sejarah

Bangunan rektorat
Masjid Ukhuwah Islamiyah di tengah kampus
Pengangkutan di dalam kampus

Universitas Indonesia mula terbentuk dalam beberapa fasa. Fasa pertama bermula dengan tertubuhnya Sekolah Ilmu Kesehatan dan Vaksin (''Opleiding van eleves voor de genees-en helkunde en vaccine'') pada tanggal 2 Januari 1849 berdasarkan Surat Keputusan Gubernur Hindia Belanda[12] yang bertujuan untuk menghasilkan asisten dokter tambahan. Pelajar di sekolah itu mendapatkan pelatihan kedokteran selama dua tahun. Lulusannya diberikan sertifikat untuk melakukan perawatan tingkat dasar di bawah gelaran Javaansche dokter atau "Doktor Jawa"[13] kerana izin terhad beroperasi di wilayah Hindia Belanda sahaja terutamanya pulau Jawa. Pada tahun 1864, program pendidikan tersebut ditambah waktunya menjadi tiga tahun, dan pada tahun 1875 menjadi 7 tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai doktor perubatan yang sebenar. Gelar yang diberikan pun berubah menjadi Dokter Medis (Medical Doctor).

Pada tahun 1898, pemerintah kolonial mendirikan Sekolah Pendidikan Dokter Bumiputra(School tot Opleiding van Indische Artsen, STOVIA) untuk melatih tenaga kerja dalam bidang perubatan. selama 9 tahun: 3 tahun setingkat SMP, tiga tahun setingkat SMA, dan tiga tahun lainnya setingkat Diploma. Banyak lulusan STOVIA yang kemudian memainkan peranan penting dalam pergerakan kemerdekaan Indonesia.[14] Pada tahun 1927 STOVIA ditukarkan tarafnya menjadi status dan nama STOVIA menjadi Sekolah Kedoktoran Tinggi Batavia (Geneeskundige Hogeschool, GHS). Infrastruktur pendidikan dan pelatihan yang digunakan GHS menjadi gedung Fakultas Kedokteran UI saat ini. Banyak alumni GHS yang kemudian berperan besar dalam pendirian Universitas Indonesia.[15]

Pada 1924, Rechtshoogeschool te Batavia (RHSm "Sekolah Perundangan Tinggi Batavia") didirikan yang bertujuan untuk memenuhi tenaga kerja pentadbiran peringkat rendahan; RHS inilah yang menjadi asas bakal Fakultas Hukum Universitas Indonesia.

Tidak lama selepas merdekanya Indonesia, seberapa lembaga pendidikan penting mula tertubuh:[16]

  • Badan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia di Jakarta terdiri dari Perguruan Tinggi Kedokteran (sejak 19 Ogos 1945) dan Perguruan Tinggi Hukum/Kesusasteraan (1 Oktober 1945[17]) yang berpindah sementara ke Klaten, Surakarta, Yogyakarta, Surabaya, dan Malang
  • Universitas Sementara (Nood Universiteit) Jakarta ditubuhkan Pemerintahan Sipil Hindia Belanda pada tanggal 21 Jun di bawah nama Universiteit van Indonesië (UvI)

Sebaik pihak penjajah Belanda mengundur dari Indonesia, BPTRI mengambil alih milik prasarana UvI didirkan Pemerintahan Sipil tersebut yang kemudiannya dijadikan Universitet Indonesia.[16] Ia rasmi berdiri sejak tanggal 2 Februari 1950 dengan pelantikan ketua pentadbirannya (yang digelar "Presiden" pada ketika itu) yang pertama iaitu Ir. R.M. Pandji Soerachman Tjokroadisoerio.[18][12] Pada tahun 1951, universiti ini hanya mempunyai 10 "fakultas" yang tersebar di lima bandar besar: Jakarta, Bogor, Bandung, Surabaya, dan Makassar. Kemudian cabang-cabang di luar Jakarta tersebut menjadi universiti-universiti atau institut-institut yang berdiri sendiri.

Pada 11 Julai 1955, Pemerintah Indonesia memaktubkan Undang-Undang No. 10 tentang Perubahan Nama yang mewajibkan penukaran nama "Universitet" ditukarkan secara rasminya kepada bentuk Latin Universitas (yakni sebagai "Universitas Indonesia") yang turut dikenakan kepada Universitas Gajah Mada.[9][19]

Pada 1 September 1963, Fakulti Pertanian dan Fakulti Perubatan Veterinar UI memisahkan diri menjadi Institut Pertanian Bogor (IPB) yang kini menjadi perguruan tinggi pertanian terkemuka bertaraf antarabangsa. Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Ilmu Pengetahuan Alam di Bandung berkembang menjadi Institut Teknologi Bandung. Di Surabaya pula menjadi Universiti Airlangga dan di Makassar menjadi Universiti Hasanuddin. Pada 1964, Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan menjadi Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Jakarta dan kini berubah kembali menjadi Universitas Negeri Jakarta.

Ketika Orde Baru dimulai pada tahun 1966, pemerintah menunjuk beberapa guru besar UI untuk menduduki jabatan menteri dengan tujuan untuk memulihkan kembali situasi ekonomi nasional. Sejak saat itu, UI secara konstan telah memberikan penyumbangan nyata pada usaha-usaha kerajaan untuk meraih kemakmuran kebangsaan.

Pada tarikh 26 Desember 2000, melalui Peraturan Pemerintah RI Nombor 152 tahun 2000, UI ditetapkan sebagai perguruan tinggi negeri mandiri bertaraf Badan Hukum Milik Negara (BHMN). Dalam status tersebut, UI wajib lebih mengedepankan kinerja pengelolaan sebuah universiti awam dengan prinsip-prinsip efisiensi, efektiviti, akuntabiliti, dan transparansi.

Jenjang Pendidikan

Ada 6 jenjang pendidikan atau program yang saat ini ada di Universiti Indonesia, yaitu:

  • Program Diploma
  • Program Sarjana
  • Program Pascasarjana
  • Program Magister
  • Program Doktor
  • Program Spesialis

Fakulti

Ilmu Kesihatan

FAKULTI PERUBATAN (FK)

Laman Rasmi Fakultas Perubatan Universiti Indonesia Diarkibkan 2021-02-13 di Wayback Machine

Program Sarjana
  • Jabatan Ilmu Biologi
  • Jabatan Fizik Medik
  • Jabatan Kimia
  • Jabatan Anatomik
  • Jabatan Histologi
  • Jabatan Ilmu Faal
  • Jabatan Biokimia
  • Jabatan Patologi
  • Jabatan Patologi Klinik
  • Jabatan Mikrobiologi Kedokteran
  • Jabatan Parasitologi
  • Jabatan Farmakologi
  • Jabatan Perubatan Komuniti
  • Jabatan Penyakit Dalam
  • Jabatan Bedah
  • Jabatan Obstetri dan Ginekologi
  • Jabatan Kesihatan Anak
  • Jabatan Penyakit Saraf
  • Jabatan Perubatan Jiwa
  • Jabatan Ilmu Kesihatan THT-KL
  • Jabatan Ilmu Penyakit Mata
  • Jabatan Kardiologi
  • Jabatan Radiologi
  • Jabatan Dermatologi
  • Jabatan Anestesiologi
  • Jabatan Pulmonologi
  • Jabatan Kedokteran Forensik
  • Jabatan Ilmu Penyakit Gigi dan Mulut
  • Jabatan Bedah Saraf
International Class for Undergraduate Program
Program Magister
  • Jabatan Ilmu Biomedik (Perubatan Dasar)
  • Gizi
Program Doktor
  • Jabatan Perubatan
  • Ilmu Biomedik
  • Gizi
Program Spesialis
  • Jabatan Ilmu Bedah
  • Penyakit Dalam
  • Kesihatan Anak
  • Obstetri & Ginekologi
  • Penyakit Saraf
  • Perubatan Jiwa
  • Penyakit Mata
  • Penyakit Kulit & Kelamin
  • Penyakit THT-KL
  • Penyakit Jantung
  • Penyakit Paru-Paru
  • Radiologi
  • Anestesiologi
  • Kedoktoran Forensik
  • Patologi
  • Anatomik
  • Patologi Klinik
  • Ilmu Bedah Orthopaedi
  • Bedah Urologi
  • Bedah Syaraf
  • Rehabilitasi Medik
  • Bedah Plastik
  • Perubatan Sukan
  • Mikrobiologi Klinik
  • Farmakologi Klinik

FAKULTI PERGIGIAN (FKG)

Laman Rasmi Fakulti Pergigian Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Bedah Mulut
  • Jabatan Kesihatan Gigi Kanak-Kanak
  • Jabatan Kesihatan Gigi Masyarakat & Pencegahan
  • Jabatan Ortodontik
  • Jabatan Konservasi Gigi
  • Jabatan Penyakit Mulut
  • Jabatan Periodontik
Program Magister
  • Jabatan Pergigian Asas
  • Pergigian Komuniti
Program Doktor
  • Jabatan Pergigian
Program Spesialis
  • Jabatan Ilmu Bedah Mulut
  • Ilmu Penyakit Mulut
  • Ilmu Konservasi Gigi
  • Ilmu Kesihatan Gigi Kanak-Kanak
  • Ortodontik
  • Periodontik
  • Prostodontik

FAKULTI KESIHATAN MASYARAKAT (FKM)

Laman Rasmi Fakulti Kesihatan Masyarakat Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Pentadbiran Kebijakan Kesihatan
  • Jabatan Pendidikan Kebijakan
  • Jabatan Epidemiologi
  • Jabatan Gizi dan Kesihatan Masyarakat
  • Jabatan Ilmu Kependudukan dan Biostatistik
  • Jabatan Kesihatan Lingkungan
  • Jabatan Pendidikan Kesihatan dan Ilmu Perilaku
Program Sarjana Ekstensi
  • Ilmu Kesihatan Masyarakat
Program Magister
  • Ilmu Kesihatan Masyarakat
  • Epidemiologi
  • Keselamatan dan Kesihatan Kerja
  • Pentadbiran Hospital
  • Program Dual Degree
Program Doktor
  • Jabatan Kesihatan Masyarakat
  • Epidemiologi

FAKULTI KEJURURAWATAN (FIK)

Laman Rasmi Fakulti Kejururawatan Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Kelompok Keilmuan Dasar Kejururawatan dan Kejururawatan Asas
  • Kelompok Keilmuan Kejururawatan Medikal Bedah
  • Kelompok Keilmuan Kejururawatan Kanak-Kanak
  • Kelompok Keilmuan Kejururawatan Materniti
  • Kelompok Keilmuan Kejururawatan Jiwa
  • Kelompok Keilmuan Kejururawatan Komuniti
  • Ilmu Pengetahuan dan Teknologi
Program Sarjana Ekstensi
  • Ilmu Kejururawatan
Program Magister
  • Jabatan Kepemimpinan dan Manajemen Kejururawatan
Program Spesialis
  • Spesialis Kejururawatan Komuniti
  • Spesialis Kejururawatan Materniti

FAKULTI FARMASI (FF)

Laman Rasmi Fakulti Farmasi Universiti Indonesia

Ilmu Pengetahuan dan Teknologi

FAKULTI MATEMATIK DAN SAINS ALAM (FMIPA)

Laman Rasmi Fakulti Matematik dan Sains Alam Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Matematik
  • Jabatan Fizik
  • Jabatan Kimia
  • Jabatan Biologi
  • Jabatan Geografi
Program Sarjana Ekstensi
  • Fizik
  • Kimia
  • Farmasi
Program Magister
  • Jabatan Ilmu Bahan-Bahan/Material
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Geografi
  • Farmasi
Program Doktor
  • Jabatan Ilmu Bahan-bahan/Material
  • Kimia
  • Biologi

FAKULTI KEJURUTERAAN (FT)

Laman Rasmi Fakulti Kejuruteraan Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Kejuruteraan Awam
  • Jabatan Kejuruteraan Lingkungan
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanik
  • Jabatan Kejuruteraan Perkapalan
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Jabatan Kejuruteraan Komputer
  • Jabatan Kejuruteraan Biomedik
  • Jabatan Kejuruteraan Metalurgi dan Material
  • Jabatan Kejuruteraan Kimia
  • Jabatan Kejuruteraan Bioproses
  • Jabatan Arkitektur
  • Jabatan Arkitektur Interior
  • Jabatan Kejuruteraan Industri
International Class for Undergraduate Program
Program Sarjana Ekstensi
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanik
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Kimia
Program Magister
  • Jabatan Kejuruteraan Awam
  • Pengurusan Projek
  • Kejuruteraan Mekanik
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Metalurgi
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Industri
  • Opto Elektroteknika & Aplikasi Laser
Program Doktor
  • Jabatan Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Opto Elektroteknika & Aplikasi Laser

FAKULTI ILMU KOMPUTER (FASILKOM)

Laman Rasmi Fakulti Ilmu Komputer Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Ilmu Komputer
International Class for Undergraduate Program
Program Magister
  • Jabatan Ilmu Komputer
  • Teknologi Informasi
Program Doktor
  • Jabatan Ilmu Komputer

Humaniora dan Ilmu Sosial

FAKULTI HUKUM (FH)

Laman Rasmi Fakulti Hukum Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Ilmu Hukum Dasar
  • Jabatan Hukum Keperdataan
  • Jabatan Hukum Pidana
  • Jabatan Hukum Tata Negara
  • Jabatan Hukum Pentadbiran Negara
  • Jabatan Hukum Antarabangsa
  • Jabatan Hukum dan Masyarakat
  • Jabatan Ilmu Hukum Acara
Program Sarjana Ekstensi
  • Ilmu Hukum
Program Magister
  • Jabatan Ilmu Hukum
  • Hukum Ekonomi
Program Doktor
  • Jabatan Ilmu Hukum

FAKULTI EKONOMI DAN BISNIS (FEB)

Laman Rasmi Fakulti Ekonomi dan Bisnis Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Ilmu Ekonomi
  • Jabatan Perakaunan
  • Jabatan Pengurusan
International Class for Undergraduate Program
Program Sarjana Ekstensi
  • Pengurusan
  • Perakaunan
Program Magister
  • Jabatan Ilmu Ekonomi
  • Pengurusan
  • Perencanaan & Kebijakan Publik
Program Doktor
  • Jabatan Ilmu Ekonomi
  • Pengurusan

FAKULTI SAINS BUDAYA (FIB)

Laman Rasmi Fakulti Sains Budaya Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Pendidikan Arkeologi
  • Pendidikan Sejarah
  • Pendidikan Falsafah
  • Pendidikan Pengurusan Maklumat dan Perpustakaan
  • Pendidikan Sastera Cina
  • Pendidikan Sastera Jepang
  • Pendidikan Bahasa dan Kebudayaan Korea
  • Pendidikan Sastera Belanda
  • Pendidikan Sastera Arab
  • Pendidikan Sastera Jerman
  • Pendidikan Sastera Inggeris
  • Pendidikan Sastera Perancis
  • Pendidikan Sastera Rusia
  • Pendidikan Sastera Jawa
  • Pendidikan Sastera Indonesia
Program Magister
  • Jabatan Ilmu Susastra
  • Arkeologi
  • Linguistik
  • Falsafah
  • Pengurusan Maklumat dan Perpustakaan
Program Doktor
  • Jabatan Ilmu Susastra
  • Arkeologi
  • Linguistik
  • Falsafah
  • Sejarah
Program Spesialis
  • Penerjemahan Bahasa Perancis

FAKULTI PSIKOLOGI (FPsi)

Laman Rasmi Fakulti Psikologi Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Psikologi Industri & Pertubuhan
  • Jabatan Psikologi Klinik
  • Jabatan Psikologi Perkembangan
  • Jabatan Psikologi Pendidikan
  • Jabatan Psikologi Sosial
  • Jabatan Psikologi Umum dan Eksperimen
International Class for Undergraduate Program
Program Sarjana Ekstensi
  • Psikologi
Program Magister
  • Jabatan Psikologi kekhususan Profesi Psikolog
  • Psikolog SDM
  • Intervensi Sosial
  • Psikologi Kriminal
Program Doktor
  • Jabatan Psikologi

FAKULTI ILMU SOSIAL DAN ILMU POLITIK (FISIP)

Laman Rasmi Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universiti Indonesia

Program Sarjana
  • Jabatan Antropologi
  • Jabatan Hubungan Internasional
  • Jabatan Ilmu Komunikasi
  • Jabatan Kesejahteraan Sosial
  • Jabatan Kriminologi
  • Jabatan Ilmu Politik
  • Jabatan Sosiologi
Program Sarjana Ekstensi
  • Ilmu Komunikasi
  • Ilmu Politik
  • Kriminologi
Program Magister
  • Jabatan Ilmu Sosiologi
  • Komunikasi
  • Antropologi
  • Politik
  • Hubungan Internasional
Program Doktor
  • Jabatan Ilmu Komunikasi
  • Politik
  • Sosiologi
  • Antropologi

FAKULTI ILMU PENTADBIRAN (FIA)

Situs Resmi Fakultas Ilmu Pentadbiran Universiti Indonesia

Program Pascasarjana dan Vokasi

PROGRAM PASCASISWAZAH

Laman Rasmi Program Pascasiswazah Universiti Indonesia

Program Pascasiswazah setaraf Magister
  • Kajian Ilmu Lingkungan
  • Kajian Ilmu Polis
  • Kajian Jender
  • Kajian Kependudukan dan Ketenagakerjaan
  • Kajian Ketahanan Nasional
    • Kajian Stratejik Intelijen
  • Kajian Pengembangan Perbandarayaan
  • Kajian Timur Tengah dan Islam
  • Kajian Wilayah Amerika
  • Kajian Wilayah Eropah
  • Kajian Wilayah Jepun
  • Teknologi Biomedik

PROGRAM VOKASI

Laman Rasmi Program Vokasi Universiti Indonesia

Program Diploma
  • Penghospitalan
  • Terapi Pekerjaan
  • Perakaunan
  • Pengurusan Maklumat & Dokumen
  • Ilmu Pentadbiran Perpajakan
  • Ilmu Pentadbiran Asuransi & Aktuaria
  • Ilmu Pentadbiran Keuangan & Perbankan
  • Ilmu Pentadbiran Perpejabatan & Kesetiausahaan
  • Ilmu Komunikasi
  • Pelancongan

Sebahagian besar informasi dikutip dari Situs Rasmi Universiti Indonesia

Rujukan

  1. ^ "Panduan Penggunaan Logo Universitas Indonesia". Kantor Komunikasi UI. Publikasi Kantor Komunikasi UI. Dicapai pada 10 Jun 2015.
  2. ^ "Sejarah Universitas Indonesia". Situs Resmi Universitas Indonesia. Dicapai pada 4 Ogos 2016.
  3. ^ a b c d e Dikti, Forlap (2015). Profil Perguruan Tinggi Universitas Indonesia. Pangkalan Data Perguruan Tinggi Indonesia (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-29. Dicapai pada 2016. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ Pertiwi, Adhika (25 Oktober 2011). Kadek (penyunting). "Pelesir di Tengah Rindangnya Kampus UI". Kompas.com. Dicapai pada 25 Oktober 2011.
  5. ^ "Membership of ASEAN Universities Network". ASEAN Universities Network (AUN). Dicapai pada 4 Ogo 2016.
  6. ^ "Member Universities of Association of Pacific Rim Universities". Association of Pacific Rim Universities. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-17. Dicapai pada 4 Ogo 2016.
  7. ^ "AUAP Member List". Association of Universities of Asia and the Pasific. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-16. Dicapai pada 4 Ogo 2016.
  8. ^ "Universities Member of Federation of the Universities of the Islamic World". Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW). Dicapai pada 4 Ogo 2016.
  9. ^ a b Hukum Online:Pengubahan Nama Universiteit, Universitet, Universitit, Faculteit, Facultet, dan Facultit menjadi Universitas dan Fakultas, diakses 7 Jun 2017
  10. ^ Presidents of 12 premier universities in Asia and Middle East to gather at WUSTL May 4-7 to discuss global energy and environment, Washington University in St Louis, April 12, 2007, http://news-info.wustl.edu/news/page/normal/9271.html
  11. ^ Kampanye Pemilihan Rektor Universitas Indonesia Tahun 2014, http://pemilihanrektor.ui.ac.id/content/kampanye-bertema-02-mempertahankan-prestasi-dan-konsistensi-dari-ui-sebagai-satu-satunya Diarkibkan 2015-02-06 di Wayback Machine
  12. ^ a b "Dies Natalis UI ke-67, Menyatukan Keberagaman untuk Indonesia Maju". Universitas Indonesia. 02 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-19. Dicapai pada 08 Jun 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  13. ^ Cheah, Pheng. Spectral Nationality. New York: Columbia University Press. m/s. 295. ISBN 978-0-231-13018-9. Dicapai pada 7 Jun 2017.
  14. ^ Jakarta100Bars: Museum of National Awakening (STOVIA School) Jakarta, diakses 7 Jun 2017
  15. ^ Jakarta.go.id: Geneeskundige Hoge School GHS[pautan mati kekal], diakses 7 Jun 2017
  16. ^ a b (Belanda) Bonne, C. (1941). "De Geneeskunde in Nederlandsch-Indie: Het geneeskundig onderwijs" dalam S. A. Tydskrif vir Geneeskunde edisi 8 November 1941.
  17. ^ Somadikarta, S. (1999). Tahun emas Universitas Indonesia, Jil 1: Dari Balai ke Universitas. Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia (UI-Press). m/s. 12.
  18. ^ Drs. Suratmin, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Direktorat Sejarah dan Nilai Tradisional, Proyek Inventarisasi dan Dokumentasi Sejarah Nasional 1981/1982, "Prof. Ir. Raden Mas Panji Surakhman Cokroadisuryo: Hasil Karya dan Pengabdiannya"
  19. ^ Carr, Denzel (1958). "Some Problems Arising from Linguistic Eleutheromania". The Journal of Asian Studies. 17 (2): 213. doi:10.2307/2941467.

Pautan luar

  • (Indonesia) Laman web rasmi


 
Institut Pendidikan Tinggi Awam di Indonesia

Universiti / Universitas: AirlanggaAndalas • Bengkulu • Brawijaya • Cendrawasih • DiponegoroGadjah Mada • Haluoleo • Hasanuddin • Indonesia • Jambi • Jember • Jenderal Soedirman • Khairun • Lambung Mangkurat • Lampung • Malikussaleh • Mataram • Mulawarman • Negeri Gorontalo • Negeri Jakarta • Negeri Makassar • Negeri Malang • Negeri Manado • Negeri Medan • Negeri Padang • Negeri Papua • Negeri Semarang • Negeri Surabaya • Negeri Yogyakarta • Nusa Cendana • Padjadjaran • Palangka Raya • Pattimura • Pendidikan Ganesha • Pendidikan IndonesiaRiau • Sam Ratulangi • Sebelas MaretSriwijaya • Sultan Ageng Tirtayasa • Sumatera UtaraSyiah Kuala • Tadulako • Tanjungpura • Terbuka • Trunojoyo • Udayana
Politeknik: Elektronik Surabaya • Perkilangan Bandung (POLMAN) • Ambon • Bali • Bandung • Banjarmasin • Jakarta • Jember • Kupang • Lampung • Lhokseumawe • Makassar • Malang • Manado • Medan • Padang • Pontianak • Samarinda • Semarang • Sriwijaya • Perikanan Tual • Perkapalan Surabaya • Pertanian Kupang • Pertanian Pangkajene Kepulauan • Pertanian Payakumbuh • Pertanian Samarinda
Sekolah Tinggi: STSI Bandung • STSI Padangpanjang
Institut: IPB Bogor • ISI YogyakartaISI DenpasarISI SurakartaITB Bandung • ITS Surabaya

Lihat juga: Institut Pendidikan Tinggi Islam Negeri • Institut Pendidikan Tinggi Swasta • Institut Pendidikan Tinggi Islam Swasta • Institut Pendidikan Tinggi Perkhidmatan

  • l
  • b
  • s
Rangkaian Universiti ASEAN
Brunei
Kemboja
Indonesia
Laos
Malaysia
Myanmar
Filipina
Singapura
Thailand
Vietnam
  • Universiti Can Tho (CTU)
  • Universiti Kebangsaan Vietnam, Hanoi (VNU-Hanoi)
  • Universiti Kebangsaan Vietnam, Bandar Ho Chi Minh (VNU-HCM)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Catalonia
  • Israel
  • Amerika Syarikat
Lain-lain